Tuesday, September 29, 2009

kelantan melempang2 kedah

akibat terlalu tensem memikirkan macam mane cara aku nak melalut dalam research aku ni,maka aku dah housemate aku,mint telah bercadang nak relih2 tensem di stadium bukit jalil sambil tengok wayang..tapi niat terpaksa dibatalkan sebab esok ade kelas..dah taknak terlibat dalam gejala pontem memontem ni..jadi kami telah menukar niat kepada ke stadium kelantan aje..ada perlawanan yang hot malam ni,iaitu kelantan lempang2 kedah..kebetulan 10 daripada classmate aku pun sedang tensem nak melalut dalam research masing2,maka kami semua pun visit la stadium kelantan..

dalam perjalan yang menggembirakan,tetiba je seorang dari kawan aku denea,bertanya mengenai research yg belum disiapkan..haddoo..ilang mood..nak2 je aku bagi dia tau apa rasanya bila tiang trafic light cecah dahi dia dengan had laju 100km/j..ingat nak patah balik lau berpeluh2 buat research..tapi bila pikir tiket dah beli,rasa rugi lak kan..berbekalkan muka yang agak ensem ala2 jentolak pengorek tanah,dan ilmu perguruan yg telah aku pelajari selama 4 tahun di ipkb,kami pun bertolak la ke stadium pada pukul 8.00 malam..ingat nak gerak lpas isya',lebih afdal jika sembahyang dulu..tapi takut stadium penuh..almaklumla,ni perlawanan yg dinanti2kan..

kul 8.15,agak awal la sampai..match start kul 8.45..tapi sangkaan meleset sama sekali..keadaan pintu masuk amat mengerikan..

wei..weii..guana nak masuk ni..pintu habih kecik..terhimpit ni weii..pintu stadium ke pintu ke neraka ni???

ada yang terhimpit..ade yang terpijak..ada yg tersangkut di pagar..ade yang terkentut(akibat bnyk makan gulai kenduri masa cuti)..aku dan kawan yg lain pun dengan sepantas kura2 cirit mengambil tindakan untuk berlari ke arah pntu masuk dan menerajang sesiapa sahaja yang menghalang laluan kami..belum sempat aku nak bukak gelanggang (rutin sebelum perlawanan tomoi siam) n tukar pakaian kepada seluar boxer supaya senang untuk aku terajang broder yg memblok aku punya jln,aku dah dihimpit dan disiku2..ada yang guna kepala aku sebagai alat bantuan ntuk mereka menghampiri pintu stadium(tak sangka orang lain pun berfikiran sama cam aku..)..dia tak tau ke aku ade ilmu tinju tahap kanak2 tadika 5 tahun??!!aku tomoi2 gak kan dahi broder ni..tapi selepas meniliti keadaan fizikal broder tu,aku batalkan je la niat aku tadi..bukan ape,takut naya aku je(bodi ala2 malik noor)..sbg manusia normal,perasaan takut tu ade la gak kan..dada rasa sesak..rasa tak dapat nak nafas..sorang2 demi sorang dari kawan aku berjaya bolos kan diri mereka..akhirnya aku tekad,sekali lagi dgn berbekalkan kehenseman yang amat terlampau dan keimanan kepada tuhan,aku menarik orang2 lain didepan aku,lepas tu buat muka tak bersalah..(jari dengan bangganya point kat seseorang menunjukkan orng itu yg menarik mereka)selepas menarik beberapa broder,aku berjaya masuk..yeshhh!!!seminit selepas aku masuk,aku terdengar kabar yg pergaduhan telah berlaku kat luar sebab ade acara tarik menarik...(rasa bersalah)

bila masuk dalam stadium,rasa terkezut la..ramainya orang..patut la keadaan di pintu masuk amat mengerikan..perasaan bersalah aku menarik orang tadi terus hilang..kalau tak tarik,memang tak dpat la aku masuk stadium malam ni..


penyokong2 kelantan memenuhi setiap lorong2,corong2 di stadium..

perlawanan di antara kelantan lempang2 kedah ni berlanjutan selama 90 minit..keadaan amat menghiburkan di dalam stadium..semangat membara bila tengok FRU jalan bawa cota masing2..tetiba ada satu mercun terbang ke arah FRU lalu menetup..keadaan bertambah bising dng sorakan penyokong..aku pun bersorak gak..(sambil perhati2 takut ade mercun landing atas kepala) akhirnya melalui sepakan free kick,indra dengan tidak sengaja telah berjaya memboloskan bola sepakannya ke goal pihak lawan..alhamdulillah..kelantan berjaya menang dengan 1-0..tapi aku tak tertarik sgt pun dgn perlawanan tu..aku cuma nak relih tensem di kepala..dalam bnyk2 kejadian yg terjadi dalam stadium,aku cuma tertarik kat satu gelagat je..iaitu gelagat halim napi..penjaga maruah kelantan..


keadaan rilek halim nafi ketika perlawanan..tangan silang belakang sambil duk meneliti bootnya yg memang orii..sambil berfikir.."kenapa la mamat bertelinga besar kat tepi ni suka sgt amik gambar aku..ke nak rasa penangan tapak kasut ori aku ini.."apa aku kisah..dah kamera aku..telinga aku..


halim napi menyekip tgn dipinngangnya..sambil buat muka bengis kat penjaga goal pihak lawan di sebelah sana..budjet2 nak bagi penjaga goal kedah cuak la.tapi pada firasat aku yg selalunya mengarut ini,penjada goal kedah tu tak nampak pun mukanya itu dah jauh jaraknya..mungkn nampak la samar2 lubang idungnya..tapi..aku tabik ah..muka bengis halim napi mmg menakutkan..macam muka orang sedang mimpi kena jirik kat lori..


"weii..pi..bangun!!agak2 la bosan pun..tau le sep2 kedah sep2 ayam,tak dapat nak serang..tp jgnla tidur kat sini..ramai awek tengok nu.."kata pemain kelantan kepada halim napi..
"senang je nak bagi dia bangun..ko bagi siku ko kat kepala dia..nanti dgn tak semena2 siku dia akan melekat kat kepala botak ko lak..tapi tak pe la,asal dia bgn"..kata seorang lagi pemain kelantan..selepas itu,mereka saling siku menyiku selama beberapa minit untuk membazirkan masa...


halim napi yg dalam keadaan tertekan akibat tak sentuh bola pun dalam perlawanan ni..lalu cuba untuk menarik perhatian dgn membuat sedikit pertunjukan akrobatik..yg dipanggil..regangan bahagian bontot yang disertai dgn angin yg sedikit berbunyi dan kalau nasib baik,dapat rasa penangan baunya...

ini saje la sesi melalut aku pada malam ni..mata pun dah merah..tgn dah mencari bantal..lalu...khoohh..khohhh...

Monday, September 28, 2009

pengalaman semasa bercuti..

selepas beraya sakan macam tahun depan dah tak sempat nak beraya kat dunia ni, maka cuti raya pun dengan hampanya sudah berakhir..sepanjang cuti raya ni,bnyk gak la pengalaman yg bertambah dalam otak one terabite aku ni..maklumla,free space bnyk lagi..takkan full kalau setakat tambah bahan2 seminggu cuti raya ni..nak buat simpan movie format dvd pun muat lagi..

pengalaman pertama: kali pertama tengok orang akad nikah..sebelum ni tak pernah nak amik tahu pun pasal akad nikah ni,tapi memandangkan dah nak abis belajar,jadi aku pun menyibukkan la diri dekat masjid semasa majlis akad nikah tuan muhd faisal..nak2 je aku duduk tepi tok imam tu,salam..pastu akad gak..tapi syg,bakal tak de kat sebelah masa tu..kihkih. tapi .yang buat aku rasa cam nak wrestling je tok imam malam tu adelah,suara tok imam tu baca khutbah macam nak mengumpat..slow macam muke..(slow teramat sgt)..sedih la kan,minyak kete banyak abis..khutbah tak dapat dengar..jadi dengan sedap2 hati aku..tanpa pengawasan orang2 tua..dan tanpa amaran bahawa aksi ini mungkin boleh merbahayakan diri anda dan keluarga anda,aku telah mengaggap khutbah akad nikah tu lebih kurang khutbah semayang raya je..mungkin ade la isu2 satu malaysia skit..pastu mungkin isu2 harga minyak naik..tapi kerajaan ingat rakyat tak de otak,memperkenalkan ron 95..memangdah sah tok imam ni orang PAS..alhamdulillahh..faisal mendengar dengan muka serius..tergelak kadang2..aku tak pasti mane part lucunya..seorang lagi bakal pengantin mata dah merah..muka bagai nak tunggu orang sorong batal je,terus tido..kdg2 kedengaran dengkuran..seorang lagi siap pergi pesan nasik ayam n air sirap limau jap kat kedai depan masjid..sebagai kesimpulan, jgnla berkhutbah dengan nada slow..khutbah ni nak bagi orang dengar..kalau nak slow2, ikut lorong kiri la..anda mampu mengubahnya..

pengalaman kedua:mendengar cerita mengenai kemalangan....kejadian ni terjadi di merapoh semasa perjalan puland dari kii ill..semasa makan di sebuah kedai menjual alat2 elektrik(mestila kedai makan,nama pun makan),maka ade la beberapa orang pakcik tua sedang bercakap mengenai kemalangan yang berlaku semalam..kebetulan pemandu lori yg terlibat dalam kemalangan tu sedang makan bersama..aku pun ape lagi, sebagai seorang yang berilmu dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dengan kelebihan telinga capang aku kurnian tuhan ini,segera curik2 dengar perbualan orang..(tanggung la kau telinga esok2 bila disoal...)
pakcik 1: macam mane kemalangan semalam boleh berlaku ye wahai pemandu lori yg budiman?(sebenarnya dia bercakap kelantan..tapi telah dtranslate supaya lebih mudah difahami)
pemandu lori: macam ni sebenarnya..hahaha..saya pun tak tau kenapa tetiba je kereta tu masuk bawah lori..apa dia ingat lori ni pintu parking berbayar hypermarket ke nak masuk2..hahaha..(sambil gelak2..)
pakcik: macam mane ye keadaan driver kereta yang masuk bawah lori tu?
pemandu lori: haha..tak de la teruk sgt..nama pun masuk bawah lori,mesti la berada bawah lori kan..takkan atas lori lak..kepala ade la darah2 sikit..mana tak darahnya,dia masuk dengan kelajuan 160 km/jam..tapi tak lama tu..malam ni mati la kot..isteri dia mati kat situ gak..ahahaha..(gelak lagi)

aku segera la sedekahkan al-fatihah dekat isteri dia tu..yang aku heran knape pemandu lori tu bleh asyik gelak semasa bercerita..(walaupun telah ditokok tambah sedikit,tapi pemandu lori tu betol2 gelak sakan semasa bercerita mengenai kemalangan itu..)nak2 je aku bagi dia rasa siku aku ni..sampaikan aku pun nak tergelak..siap2 hisap rokok lagi..memang salah kereta tu,masuk line arah bertentangan,tapi takkan tak de rasa kasihan..isk2..mungkin pemandu lori tu dah biasa dengan kemalangan..sampai kan dia sudah tak rasa ape..

pengalaman ketiga:memandu kereta di kii ill ..baru aku tahu yang memandu di kii ill ni amat memenatkan wlaupun jalannya luas dan selesa..yang amat buat aku rsa cam nak lempang2 je pemandu kereta sebelah adelah..aku dengan muka hati2..berwspada melihat sign board arah jalan..selalu tengok sekeliling ntuk mengelakkan silap jalan..(semasa dalam perjalanan dari ke gombak ke cheras)..dengn tiba2..dengan secepat kilat...aku rasakan kereta aku semakin tinggi...sign board ke cheras tiba2 macam telah berada di bawah..aku ape lagi..muka cuak la kan..pesal ni sign board jadi makin rendah..sebenarnya,aku telah naik fly over ape ntah..n aku telah menuju ke seremban,nilai..n klia..haddoo..bila masa lak aku nak naik flight..kontraktor fail exam 10 kali mane ni buat jalan?sedap2 hati je ubah haluan aku...tertekan kawe..tertekan!!

itu aje la yg sempat aku tulis..bnyak lagi sebenarnya..tapi memandangkan research belum start,jadi aku membuat keputusan untuk mengaggap research lagi penting dari menulis blog..
salam 1 malaysia yg entah pe2...

Saturday, September 19, 2009

pohon ampun dan maaf


"saya pemegang mohor besar raja2..dengan ini tanpa segan silu dan terburu2 ingin mengumumkan baby bulan telah kelihatan tadi..saya sendiri telah meneropongnya..cumel sgt..macam muka saya masa kecik2..jadi dengan itu,tanggal 20 september bersamaan 1 syawal kita akan beraya..mak..ayah,saya dari la muda sampai tua,ni la kije saya..mengumumkan pose dan raya..harap2 tahun depan akan dinaikkan pangkat kepada jawatan mengumumkan darurat ke atau mengumumkan kematian orang2 ternama..baru best skit.."

tu la lebih kurang ayat2 pengumuman raya esok yang telah aku dengar di tv 1 tadi(maaf kalau ade sedikit perbezaan)..di kesempatan yang mulia ini,saya ahmad zafrullah zaki dengan ini secara terbuka ingin memohon maaf kepada semua orang atas dosa2 yang telah dilakukan sama ada dosa yang tidak disengajakan ataupun dosa yang disengajakan..menyakiti mana2 hati..menyiksa binatang..dan macam2 lagi..

selamat hari raya kepada semua rakan2..maaf zahir dan batinn..

asal raya je,mercun berbunyi..asal mercun berbunyi je,putus jari,telinga, dan macam2 lagi..
jadi..jauhilah diri anda dari kemalangan jalan raya..
ingatlah..walaupun ramai yang membenci anda,tapi tuhan masih berikan nikmat kepada anda..jadi jgnlah sia2kannya..
pandu cermat,duit jimat,jiwa selamat..
wasalam...

Tuesday, September 15, 2009

1borneo..bukan 1malaysia..

last week, aku dengan muka bangga+muka pecah aku ni sampai la ke sabah dengan menaiki kapal terbang abg pilot ape ntah namanya..aku dah lupa..


pengalaman pertama naik kapal terbang
1)histeria beberapa saat dapat lihat kapal terbang dengan jarak dekat..kalau ikut hati nak je aku panjat sayap kapal terbang tu..lalu suruh kawan amik gambar aku..tapi aku yakin,kalau aku betol2 panjat sayap kapal terbang tu,belum sempat aku nak shoot pic,aku dah kenal head shot kat polis airport tuh..
2)masuk dalam kapal terbang,ghairah sampai tahap tak sedar aku g duduk di sebelah pilot..(agak2 la nak tunjuk rasa ghairah pun)
3)masa kapal terbang naik-muka pucat..tangan tak tau nak pegang kat mane..nak pegang pramugara takut kena lempang..last2...belum sempat kapal terbang naik sepenuhnya,aku dah tertido..


sampai sabah..muka bertambah excited dan pecah..
petang hari pertama-pasar filipina-perhatian aku tertumpu kepada beberapa mamat2 sabah berjalan2 menjual alat-alat elektronik...aku dengan muka yakin bertanya la..
zaki:baa..itu spek berapa arga baa??
mamat:aku bagi murah je baa..aku kasik 30 ringgit je satu baa..talak berani??aku bagi 20 je baa..murah baa..
zaki:oooo..ok2..time kasih..tak keinginan pun nak beli..saje nak try cakap sabah..
mamat:murah ni baa..amik la..ade lagi model lain baa..kejap aku pergi amik baa..
zaki:ehh..ehh..tak yah la..aku tak mau baa..
mamat:ini jam pun ok baa..
zaki:aku cakap tak nak baa..
mamat:handphone ni pun ok baa..baru dicurik semalam..hot ni baa..cuba peagang..

dengan itu,aku hasil kan satu H1 iaitu..ketika berada di pasar filipina,jgn sesekali gatal mulut nak bertanya harga kepada penjual jalanan..nanti melekat jadinya..(tak semua berjaya keluar dari hasutan penjual itu..terutama sob..hehehe)

kundasan-sempat bergaduh dengan guard canopy walk..ade ke patut kena cas 5 ringgit atas kesalahan membawa kamera..yang peliknya,time nak masuk tak yah lak bayar,bila nak kuar baru kena bayar..orang tak buat kije lagu ni...mana ade orang nak masuk tandas,kuar baru bayar..mane ade nak masuk panggung,kuar baru bayar..kecuali..orang yg nak kena pecepuk..nak2 je aku pecepuk dahi guard tuh..tapi masa tu aku di atas pokok,takut gak kena lambung kat guard tu ke bawah..tak pasal2 aku melawat spital sabah lak..kena bayar lagi..







sekolah sembulan purnama-mengikut guru besar sekolah tu,majority daripada guru semenanjung sekolah itu adelah dari kelantan..fuhhh..nasib baik la aku orang bachok..kalau ore kelate mesti post sabah gak...aku amat respect lah dengan cikgu pustaka skolah tu..cakap angkat diri sendiri..tapi tak pe..hasil ade..pustaka nampak meriah sgt..macam bilik zaid..(warna hijau muda kegemaran zaid..hehe)
lepas ke sekolah,pergi ke perkampungan mosepiad..kenangan yang agak indah..dapat bergambar dengan lelaki kehilangan baju berketiak berbulu..dan seorang gadis sabah..nguhuhuhu..(tindakan berani mati mempamerkan gambar ini..)

kui..kui...

baa..nak tunjuk budaya sabah pun,pakai la baju tu baa..ketiak baa busuk baa..

hari last,berangkat pulang..muka puas+pecah..poket dah kering..mana taknya..hari2 berbuka kat mcD,kfc..hari last,sempat berbuka di atas kapal terbang..makanan yang cukup menyayat hati..

air mineral di dalam bekas puding pasar malam..


air tin 5 ringgit..koh3...

tq dekat AMJ kerana telah berusaha menjayakan aktiviti ini..tidak lupa juga kepada lecturer kesayangan..mr Su and madam mahany..sanggup ikut seratus peratus aktiviti kami..(arap2 dapat a asigment..poh3..)

Thursday, September 3, 2009

sedikit ujian dari Yang Maha Esa

pukul 5.15 aku bangunla sahur bersama 3 lagi rakan seperjuangan(berjuang untuk bangun sahur)..selepas diterajang dan dwrestling beberapa kali oleh housmate,akhirnya dapat la aku bangun..cepat2 merangkak untuk mengambil nasik lalu bukak bungkusan nasi puteh+daging masak merah yang di beli semalam..sebelum beli,aku dah pesan kat makcik tu..makcik2, makcik jgn campur ye kuah dengan nasik..sebab nasik ni nak buat sahur..tapi bila sahur,tiba2 aku terbau ade sedikit masam(iras2 bau makcik semalam) pada nasik aku..bila celik elok2..observe nasik selama 5 minit..be critical..tiba2..YA ALLAHHH..ALAHAI KASIIIMMMM...kuah memang dah asing.tapi yang buat aku rasa macam nak gigit kepala orang adelah..sambal dengan muka tak bersalah je landing atas nasik tu..dah la banyak dia taruk..separuh nasik aku basi akibat terkena sambal..tiba2 je tekak aku rasa sakit..kalenjar air mata mula nak merembeskan air mata..mata merah..nak je aku landing kat bahu mint sambil meluahkan perasaan sedih aku..tapi aku yakin aku akan pekena penyiku mint nanti..nak wat cane,perut lapar ni..nak2 je aku siku2 kepala makcik tu..tapi ingat bulan puasa,makan je la..lagipun makcik tu mesti tidur lagi awal2 pagi ca ni..kan relek2 aku pergi rumah dia nak bagi pelekuk sebutir dua,aku lak relek2 kena pelekuk ngan parang oleh suami dia..

selepas sahur,semayang..maka aku tertidur la semula..aku tersedar semula bila mak aku call atas urusan keluarga..tengok2 jam dah kul 7.40..alahai..lewat dah..dalam masa 10 minit,aku pun bersiap pergi ke kelas..sampai di padang(waktu PJK)..aku telah dipanggil untuk beratur di depan court sepak takraw..dua dari kawan aku berjaya melarikan diri..tapi aku lak berlari dengan muka bahagia ke arah court tu(tangan kiri kanan melambai kawan2 yang sedang beratur)..ingatkan ade orang nak bagi duit raya..rupa2nya orang yang duk beratur tuh adelah orang yang akan didenda akibat lewat..menyesal dennn!!maka dengan bahagianya aku telah didenda joging naik turun naik turun kerusi batu di padang..lari zig-zag ikut pokok pinang sambil buat gaya macam dalam cerita hindustan..muka rasa tebal..untuk mengelak kan rasa malu,maka aku buat2la sedang main2 kejar2 dengan bob kawanku..tapi bob kelihatan agak serius ketika main kejar2(muka pucat..berpeluh2)..KJ punya pasal..seingat aku,dah lima tahun aku tak kena denda ca ni..last2 sekali masa form 5 kena jalan itik keliling sekolah sebab markah BIO fail..selepas didenda,kaki rasa cam tak cecah tanah..rasa cam betol2 dah jadi itik..mana taknya,setiap kelas yang aku lalui akan kedengaran la suara2 "iiitikk..iiittikkk..weii..itik pun mari sekolah ke?itik jenih ape ni rupa cam manusia?weii..itik belakang tuh ade rupa itik mak aku laa..!cuma itik mak aku hensem lagi dari dia!(merujuk muka aku)"

KJ PJ,terima kasih banyak2 kerana menyedarkan aku bahawa walaupun aku akan bergelar guru tak lama lagi,tapi aku masih buleh didenda dengan begitu mudah...tapi agak2 la..

ni la antara ujian Tuhan berikan aku pada hari ni..tapi ujian ni amat kecil jika dibandingkan dengan ujian2 para pejuang di palestine..entah apa ujian mereka hari ni..tapi akhirnya aku dapat berbuka di rumah hari ni..syukur alhamdulillahhh..mammaaa..i'm homeee...