Wednesday, November 17, 2010

raya yg tidak begitu meriah..

salam hari raya..
raya aidiladha di johor mmg jauh bezanya jika dibandingkan dengan kemeriahan di kelantan..selepas solat sunat hari raya,ana bersama2 lima orang lagi kawan ana mencari2 kedai untuk brekfast..tapi hampa..hanya kedai makan Beng Loi, Sup Special Ah Teng yang bukak..tiada satu kedai mamak atau kedai2 siam kelihatan terbuka..membuatkan ana dan kawan2 terpaksa memilih Mc'D untuk dijadikan tempat makan pagi..
 
"akak2!saya nak pesan lemang satu!bakar bagi rangup sikit ye!kuah campur kacang dengan sambal"
keadaan yg sepatutnya tak patut berlaku di Malaysia ini..mencari makan di pagi raya sehingga ke Mc'd..tapi tiada pilihan lagi akibat semua kedai lain tutup!

 selepas itu,ke bandar tenggara untuk menghadiri jemputan kawan..dalam perjalanan,aku berusaha untuk snap sekor dua gambar lembu yg dikorbankan..tapi saya..satu pun tidak jumpa..
gambarajah cikgu2 kelantan yg tak dapat balik beraya...
may all our struggles and sacrifices be rewarded with Allah blessing..InsyaAllah..

Tuesday, November 2, 2010

polis baik hati

ketika aku sibuk nak kesekolah menguruskan file untuk ditemuduga,tiba2 satu roadblock telah muncul secara tiba2 di depan..kekalutan aku untuk memakai sit belt dapat dikesan oleh abg polis trafik lalu menahan keretaku ke tepi-tepian..muka pasrah..belum sempat ditanya ape2,aku sudah hulurkan IC yg terlekat gambar ibuku dan lesen..
abg polis:mak ke ni?
aku:uik??a'ah..mak saya la tu..
abg polis:bagus awak ni simpan gambar mak..kenapa nampak saya baru nak pakai sit belt?
aku:untuk mengelakkan di saman encik..rumah saya dekat ni aje..tak sempat nak pakai sitbelt..
abg polis:sit belt bukan untuk elak di saman,tetapi untuk keselamatan diri awak..
aku:paham encik..jgn saman bleyh?
abg polis:kerja mana?
aku:SKBP..nak pergi sekolah,ada urusan dengan pentadbir..
abg polis:laa..cikgu ke?tak balik kg main banjir?(bila masa kelantan banjir??)
aku:esok kena interview SPP...doakan saya berjaya ye encik
abg polis:owh!ok2..jgn lupa banyak berdoa dan solat hajat..
aku:tak jadi saman la ni encik?
abg polis:saya lepaskan awak..lain kali jgn sesuka hati ingat sit belt tu nak elak kena saman..selamat bertemuduga..tips dari saya,tegas dan yakin semasa menjawab(abg polis ni mungkin penemuduga SPP atau mungkin jugak baru lepas ditemuduga)
aku:time kasih banyak2 encik..moga cepat dapat isteri..

syukur alhamdulillah..tak melayang duit aku yg dah secopet nih..esok interview..agak kecelaruan..

SPP

assalamualaikum..
semakin aku membaca,semakin aku rasa makin banyak aku tidak tahu..lalu terpaksa la aku berhenti seketika untuk merasai secawan tea sabah, sekeping keropok moni dan luangkan masa untuk melepaskan tension..
pada hari khamis ini,insyaAllah aku akan ditemuduga oleh SPP untuk pengesahan jawatan kesifuan aku setelah hampir setahun mengajar..yang menjadi kerisauan dihati,soalan2 berbentuk fakta dan hubung kait akan ditanya..soalan2 seperti itu mampu membuat aku terdiam seketika,mengesap2 peluh,dan hanya satu ayat mampu aku keluarkan.."Dato,saya nak ke tandas.."
persiapan semuanya telah dibuat..kot telah dibawa jauh dari kelantan,baju dan seluar telah di iron,stokin telah disangkut di area TV supaya senang nampak(aku mengalami masalah di mana stokin selalu hilang di pagi2 hari),sijil2 telah disusun rapi, kasut terpaksa pinjam kawan punya, dan pen telah banyak dibeli
cuma persiapan mental masih belum cukup..
moga2 tiada soalan menguji tahap ketabahan aku akan ditanya nanti..
waktu rehat telah tamat..kembali membaca..

Saturday, October 9, 2010

oh jiran

usop:salam..awak..awak sedang tidur sambil mulut ternganga2 lagi ke?sudah pukul 5 petang ni awak..
saya:saya sedang memantau jiran2 saya ni wak...entah kenapa,tiap2 petang dia suka sgt membawa anjing2nya membuar air kecil dan besar di depan rumah saya..kaki conget2 lalu tanpa segan sila menabur..awak tau,saya rasa macam nak melayangkan segala siku2 dan kaki2 saya ke anjing2 tersebut,,tapi nanti kaki sy akan kena samak...kalau saya layangkan kaki saya kat perut jiran saya,takut nanti saya masuk jail..sape nak jaga budak2 saya 4 wawasan tu..
usop:senang aje der..malam2 lepas dipastikan tuan ajing2 tersebut tido,apa kata awak geletek anjing tersebut sampai dia terkencing selama sejam tak henti2..dan diakhiri dengan satu hentakan siku dengan style ong bak di kepala anjing tersebut..tapi silap pastikan awak tak tinggalkan bukti la..
saya:agak ganas cadangan tu awak..tapi sy akan pertimbangkan..

kenapa anjing2 tersebut perlu dibawa kedepan rumah aku untuk membuang air kecil diaorang??padahal depan rumah dia pun ada pagar..hanya pasrah..nak lawan2 karang,dikungfunya pulak..ilmu silat aku lak tak lebih dari bukak gelanggang,tomoi setakat pakai sarung tangan,tu pun tak reti nak ikat...

Tuesday, October 5, 2010

saya menang motoo!

apabila diumumkan sebagai antara salah seorang pemenang pertandingan makan pisang tanpa buang kulit paling banyak, aku telah dihadiahkan tiket perlancongan ke melaka selama 1 hari tak sempat malam bersama beberapa lagi cikgu lain..yang aku kurang suka skit,adalah pemenangnya jugak adalah termasuk 120 murid-murid tahun 4 sek keb bandar putra..
maka pada pukul 9 pagi hari ahad,bertolak la kami semua ke melaka dengan riang gembira..dalam bas,murid2 kelihatan semuanya membawa handset dan mengambil gambar sendirik dengan menggunakan taktik pembesaran lubang hidung..muka disendengkan,senyum kambing lekat duri keman,lalu ambil gambar dari atas..biasanya dilakukan oleh kanak2 yg ingin kelihatan comel..
apabila tiba di sana,murid-murid berlumba-lumba ingin turun bas,tak terkecuali cikgu zaprol dan cikgu12 lain..antara aktiviti yang aku dan murid2 sempat lakukan adalah:
1)melawat zoo negeri melaka-hanya satu yang menarik perhatian aku..aku terjumpa seekor lembu (aku namakan sebagai Lolo anak lelaki Bobo(ayah dia meninggal kerana tertelan jam Bonia yg terjatuh dalam kandang tersebut)) yang agak girang memamah besi..sejam aku habiskan memerhatikan lembu tersebut..kl aku bawak lori,sure lembu tersebut aku angkut bawak balik bachok kawan ngan Mail..
 
Lolo yang begitu comel memamah2 besi..Kl Mail ada mesti lagi best..

2)menaiki bot musing2 bandar melaka-aku sempat muntah hijau akibat mabuk laut walaupun ia sebenarnya adalah sungai..terima kasih kepada encik usop kerana telah menawarkan penadol..sempat melambai2 orang2 di tepi dengan menjerit "selamat tinggal orang malaysia.. gue nak balik indone dah..berigap semalam PATI masa ngeteh kat mamak"
  tiga bujang SKBP 

"tutup gigi gak sikit" katanya juru gambar..gigi besar boh!
 taktik bergambar dengan ustazah hujungg sekali..yg depan 4 orang ni sbg pasu2 bunga aje..(kenyataan yg agak kasar)
 lutut dan punggung dah tak rasa ape sebab serban berjalan banyak sgt..

 kuda paling aneh..muka duku rambut tak reti nak potong..cikgu layerkan jugak rambut kuda kenik nih..



pemandangan dari bulan..
3)menaiki menara taming sari yang sememangnya amat mengujakan..apabila sampai atas,aku hampir2 menelepon mak ayah serta orang kampung nak memberitahu aku sudah sampai bulan..tapi sayang,bateri handset low kuat sgt amik gambar..

sekian..

Friday, October 1, 2010

Mail..

Mail...maill..laungan yang aku laungkan apabila aku tiba dirumah..kelibat Mail kelihatan di sebalik pokok2 mata kucing yang sedikitpun tak endahkan laungan aku..aku agak dia tak paham apa yang aku laungkan..aku masih lagi melaungkan nama tersebut..maill..maiilll...mail kelihatan sedikit terganggu dengan panggilan aku..tapi panggilan dedak campur nisan dan rumput kehijauan lebih menarik perhatiannya..dia kelihatan sedikit pun tidak endahkan najis2 mutawassitah yg bersepah dibuang merata-rata..agak kurang asam perbuatan ko mail..aku yg kena angkut nanti..tiba-tiba..
Tok..Tokk..Tookk...kie..kiee..
eh,sape pulak ketuk pintu tgh malam nih..jam menunjukkan jam pukul 1.30..aku bukak pintu mengharapkan Mail menjelma..tapi sangkaan ku salah..Carmello(nama main bubuh) housemateku yg menjelma..
aku:kenapa lo?awal lagi nak ke sekolah ni?
Carmello:bro,lu kena tolong gua bro..tunang gua menghadapi masalah..ada perkara tak elok berlaku..ada orang nak pecah rumah dia bro..
aku:pemecah rumah ni betol2 mengganggu mimpi indah aku lah..jom bro!kita kasik hentam itu pemecah lumah..
maka bergerakla kami ke skudai..sesampai di sana,aku rasakan hatiku makin mengecut...lebih2 lagi rumah tersebut memerlukan kami berdua menaiki tangga yg agak sunyi kerana rumah nya di tingakt dua..tetapi,demi mengelakkan sesuatu yg lebih buruk,aku dan hosmate memberanikan diri..sesampai di tingkat tiga,maka kelibat pemecah rumah tersebut sudh tiada..ko bernasib baik pemecah rumah..kalau tak,mmg tak tau ape nak jadi..kami pergi membuat laporan polis..dan laporan polis itu ada yang berbunyi macam nih..
"siti dan elly (bukan nama sebenar) sedang lepak2...tiba2 terdengar suara orang memekik tak tentu hala.."jangan bukak pintu tu kak!jangan bukak!" siti dan elly telah terlihat seorang lelaki di koridor rumahnya cuba membuka sliding door..tetapi siti agak berani dan menahan sliding door tersebut..selepas itu,siti sudah penat,siti berlari2 anak masuk kebalik bersama elly..selepas itu tunang elly sampai bersama kawannya yg kedua2nya mata lebam akibat tak cukup tido..kedua2nya telah tertido semasa report ini dibuat..nak tido,baik tido kat rumah woi!siti dan elly tidak tahu sama ada itu pemecah rumah tersebut masih berada di dalam rumah atau sudah mengankut segala harta benda dalam rumah itu.."
dan hari ini,Carmello mengatakan rupa2nya lelaki semalam adalah lelaki yg ditangkap khalwat..hohhoh..kurang asam punya pengkhalwat!lu hutang gua mimpi gua bersama Mail..

selesai

hujung minggu menjelma lagi.tetapi hujung minggu ini agak berlainan untuk aku.kegumbiraan dihati menyambut kedatangan hujung minggu ni lebih kurang sama dengan rasa gembira anak ayam tumbuh bulu dada pertamanya (agak2 jah)..syukur sehingga akhir minggu selama aku menjadi ketua guru bertugas angkuh,sekolah masih dapat diselamatkan dari apa2 ancaman pengganas atau makhluk perosak lain..tiada perkara-perkara di luar kawalan aku yg berlaku..antara tugas2 penting yg perlu aku lakukan adalah seperti:
1)memberi ucapan di perhimpunan tiap2 pagi di depan guru2 dan murid2..sekeping nota yg dipegang di tangan tak dapat di baca dengan elok kerana tgn terketar2..lutut jugak turut join serta dalam mengetarkan dirinya..denyutan nadi agak kencang..peluh lak keluar macam la aku masa tuh sedang membuat aktiviti lari daripada bayang sendiri di padang pada pukul 1 tgh hari dengan memakai sweater bulu tebal..
2)memaki hamun murid-murid.ini biasanya terpaksa aku lakukan di waktu rehat.jumlah murid yg agak ramai membuatkan aku sedikit mengalami kesukaran..lebih2 lagi,murid2 nih tak reti nak rasa takut dengan kebengisan aku..
terima kasih diucapkan kepada guru2 lain yang sudi membantu..aku bebas!

Thursday, September 30, 2010

"saya pelajar kacak tahun 6 arif,akan membacakan doa pulang sekolah..kepada semua murid sila simpan buku dan bersihkan kelas.. guru2 pula,bolehlah bersiap2 untuk mengeteh di mamak..tempat biasa.."
inilah pengumuman yg paling aku tunggu2 setiap hari ke sekolah..tetapi kegembiraan hari ni sedikit tergugat apabila aku telah ditabur di depan orang ramai mengenai kelemahan aku mengruskan tugas aku..apa salahnya kl dipanggil berbincang berdua..kl tak dikantin pun, di KFC lagi elok..yg penting,aku dapat bagi feedback balik kepada persoalan yg diberi..kl setakat main tabur pastu blah,apa jadahnya..
akibat telah ditabur sebegitu sahaja,maka ngeteh hari ini aku telah order..milo tabur..
"anney!milo tabur satu!"

sedap jugak anney ni buat milo tabur..

Wednesday, September 29, 2010

kenapa hati aku ini begitu keras?

Sunday, September 26, 2010

pekan

kebiasaan aku pada hujung minggu adalah melayan beberapa movie hantu sampai pukul 10 atau 11 pagi..dan kebanyakan movie hantu tersebut,diakhiri dengan satu bunyi iaitu..trriiinnngggg..(bunyi alarm enset)..
kebiasaan itu ditukar kepada aktiviti melawat makabah angkat kepada dua kawan aku yg berada di pekan,pahang..antara aktiviti yg sempat dilakukan disana adalah
1)berkenalan dengan ahli2 keluarga (4 keluarga semuanya)
2)belajar cara-cara bergaul dengan orang2 tua..
3)melihat orang asli..
4)melihat oink oink dalam jarak yg agak dekat..agak dekat jugak nak kena samak..
5)mendengar cerita harimau.
6)cara-cara mengelak santau..
7)mengambil gambar..
bergaya bersama si kelabu comel..

 tuan punya Si Kelabu comel

 mr nik apiq(drifter terkemuka)





 keluarga angkat mr usop..sgt baik hati..aku jugak panggil mereka mak abah (ada 3 anak perempuan)
myvi dalam bentuk van buruk beks..

berjuta terima kasih diucapkan kepada sume keluarga yg telah memberi segala kemudahan yg melebihi kemudahan hotel 5 bintang kepada kami..

Thursday, September 23, 2010

j-robik

pukul 12.30,maka bergerak 3 kereta ke plaza pelangi atas jemputan pihak celcom yang nak sgt lihat persembahan J-robik(johorobik) dari sekolah aku..maka berperanan la aku sebagai ayah kepada 5 orang kanak2 perempuan yang sorang2 mulutnya..masyaAllah..silap tak bawak Singer punya mesin jahit,tenang skit hidup..
sesampai di sana, belum sempat aku sbg cikgu diaorang ni bagi arahan suruh beratur sambil tangan di bahu,jalan seiringan sambil nyanyi lagu2 patriotik,seorang daripada budak2 ni dah berlari2 ke arah mesin bayar parking otomatik dan cakap kat aku ngan kuat..
budak tak jaga nama baik cikgu:cikgu!ni la orang panggil mesin bayar parking otomatik..tadi cikgu cakap kat kelantan tak ade kan??ni bukan mesin air tin cikgu ye..saya bayarkan cikgu eh..
ada jugak yang masuk mesin otomatik ni karang..
belum sempat aku tarik balik budak tu,sorang lagi budak berlari ke arah meja guard dan bermain kayu cota pok gad yang pada masa itu tiada di situ..nasib baik hanya kayu cota yg ditinggalkan,kalau senapang patah,mmg dah ada yang kena bedil..
satu..dua..satu..dua..sekali lagi..satu..dua..satu..dua..
tarian zapin..bukan zizan..merupakan tarian yang gemar pusing2,kadang2 duduk,dan hayun2 tangan..agak baru bagi aku yg tak pernah tgk life benda ni..



sedutan sementara yang sempat di ambil..tak bleh ambil lame sgt,memori enset masih penuh ngan lagu2 raya..

aku sertakan vdeo j-robik versi lagu patriotik sekali..
mu teke sinih

Tuesday, September 21, 2010

anjal

sekarang UPSR sedang dijalankan..gejala jadual anjal merebak di setiap pelusuk SKBP..antara gejala2 jadual anjal adalah..
guru:
1.tekun berfesbuk di depan tanpa hiraukan kanak2..
2.tidur dengan bersungguh2 supaya tgh hari dapat sambung main fesbuk lagi
3.keluar kelas pergi tandas selang 5 minit akibat kebosanan..
4.cari sekecil2 kesalahan murid2 supaya dapat gunakan kepala murid untuk melakukan sedikit aktiviti regangan tangan ataupun kaki..

murid:
1.berbual2 tanpa faedah
2.perempuan-bermain batu seremban
3.laki-bermain bola menggunakan kertas buku latihan mathematics (nahas ko budak!)

sbagai seorang guru yg sgt dikenali dengan sikap pantang disuruh,terus angguk kepala tanda setuju tanpa fikir panjang (rajin tak bertempat),gejala2 di atas hendaklah dijauhi..jadi di sini,aku suggest kan beberapa aktiviti yg dapat menyusahkan murid2 selama beberapa jam dan dapat menghindarkan mereka dari buat kerja tak berfaedah..

1.aktiviti mewarna atau melukis..
-untuk aktiviti ini,cuba hindari dari beri kertas a4 kepada murid..tapi sebolehnya berikan kertas mahjong kepada setiap murid..sbg guru,anda buleyh menggunakan kreativiti sendiri untuk memilih tajuk lukisan tersebut..contohnya,melukis benda yg tak dapat dilihat..insyaAllah seharian murid2 masih belum dapat siapkkannya..

2. aktiviti membuat latihan
-aktiviti ini biasanya dilakukan oleh guru2 lelaki..aktiviti ini amat berfaedah untuk murid2..jumlah latihan bergantung kepada masa jadual anjal anda..jika masa jadual anjal anda 2 jam,maka cukuplah latihan mathematics sebanyak seribu latihan..tawarkan hadiah lumayan bagi yg dapat menyiapkkannya..contohnya,akan dihadiahkan sebulan gaji guru..tapi sila pastikan budak2 tak dapat siapkannya dalam masa tersebut,supaya mereka rasa mereka masih belum cukup pandai dan akan berusaha bersungguh2 lagi untuk belajar..

3.aktiviti membuat kerja2 pelik..
untuk aktiviti ini,guru buleh memikirkan ape2 benda pelik untuk dilakukan oleh budak2...bagi aku,aktiviti ini sungguh menghiburkan..dan lebih sesuai dilakukan untuk kelas belakang kerana minat mereka untuk belajar kurang..aktiviti tersebut ialah:
aku:kamu pernah lihat ikan bersin?
murid:lucu la tu tanya soalan cam tu..kami budak2 SKBP la..bukan budak2 SKMK (syarikat kenderaan malaysia kelantan)
aku:ikan akan bersin sekali je dalam setahun untuk membuang rumpai2 yg masuk kedalam hidung diaorang..
murid:ye ke ni cikgu?(muka penuh harapan)
aku:iye..dan kalau kamu nak tahu,seekor ikan di dalam akuarium di sebelah ni sudah setahun tak bersin..sape nak tgk ikan bersin,cikgu benarkan hari ni..
murid:sayaaa..sayaaaaa...

ini adalah contoh hasilnya..murid2 akan tidak jemu2 menjenguk ikan tersebut..sampaikan ikan2 di dalam tu nak buang air besar pun tak senang..ada budak cakap..

selamat maju jaya untuk pelajar SKBP dalam UPSR..terutama anak2 angkat ku..50 hinggit menanti korang kalau dapat 5A..keskes..

Monday, September 13, 2010

permulaan satu permulaan..insyaAllah..


pada 12 disember bersamaan3 syawal,alhamdulillah..keluarga aku telah yakin dengan kematangan aku untuk merisik anak gadis orang untuk diri aku ini..tepat jam 2.30 maka bermulalah perjalanan yang agak jauh (10 minit perjalanan dari rumah aku) ke rumah tersebut..
jutaan terima kasih diucapkan kepada..
ibu bapa aku yg sudah yakin dengan gadis pilihan ku..eheh
terima kasih jugak kepada ibu ku yg walaupun tidak berapa sihat,masih tetap gagahkan diri ke sana..
kepada datuk dan nenek yg telah menjadi orang tua untuk perbincangan..
kepada semua adik2 yang turut meriahkan majlis(didi yg menjadi photographer..huhu..)
kepada keluarga Nor Hafiza Mohammad kerana telah sudi menerima risikan tersebut dan untuk makanan yg sedap2 siap tapau..hohoho..

Nor Hafiza Mohammad
seorang guru prasekolah di sk tebing tinggi tanah merah..
secara praktikal,anak sulong daripada 6 beradik..tetapi senang dikenali dengan anak kedua..
seorang yg agak peramah,tapi tak terlalu banyak cakap.. 
berasal daripada keluarga sederhana..

sesi sarung cincin..timo kasih ma..eheh..
timo kasih adik2..=)




Saturday, September 11, 2010

coretan di hari lebaran..(menggunakan penulisan serius)

pagi bangun raya..
my ma:bangun sume anak2 ku..hari ni hari raya..bangun..bangunn..
ayat pertama yg aku dengar pada pagi hari raya..
mata dicelik..sapu sedikit amilase di mulut..korek2 mata..
ape lagi,sebagai seorang kanak2 cergas yg dari kecik sudah melatih diri sendiri untuk bangun awal2 pagi (pada hari raya la..),aku terus bangun sambil cakap.."ho..ho..ho..ho..lick!mia dah bangunn!
setelah berus gigi sebanyak tiga kali hayun kiri kanan,mandi sunat hari raya,maka berlumba2 la aku dan adik2 yg lain menghensemkan diri masing2..termasuk ibu dan ayah ku jua..semuanya kelihatan sungguh anggun
tepat jam 8.10,seperti biasa,sume akan bersiap sedia untuk berphotographi..semuanya dengan muka ceria2 kerana berjaya berkumpul di pagi raya..cuma seorang dari adikku tiada,berada di perantauan..
sesampai di masjid pantai damat,kelihatan masjid itu seolah2 dihias dengan beribu2 coklat m&m..sungguh berwarna warni dengan pakaian baru setiap orang..perasaan takbur dalam diri sedikit meningkat apabila aku juga dapat menunjukkan sampin baru ku..(baju tahun lepas punya..)..ramai yg memandang..aku berasa sungguh kagum..angkuh..lupa daratan..dalam hati.."eheh..hehe..huhuhu..ha..ha..wargghahahaaahaa.."
selepas selesai solat sunat,baru aku ingat..sampai aku merupakan sampin baru yg tak pernah dpakai oleh mane2 makhluk lain sebelum ini..perlahan2..bangun..jalan ke belakang..dan check..sangkaan ku betol..tag harga terpampang..(KAMDAR RM 30.00 sahaja)..
yie,senyum skit yie(biru)..yie sedikit risaukan peperiksaan SPMnya pada tahun ini..gud luck..gud luck..
keluarga tercinta..
di rumah nenek belah mak..ini baru separuh sepupu2..
bersama keluarga cikgu sata(betul tak eja neh..?)
tak!tak!saya tak tgk pun yg pakai baju biru tu!!kata adikku yg memakai baju jubah biru jugak..(tapi apa salahnya..wowowo)

Thursday, September 9, 2010

ops sikap

"sari berita penting..
ops sikap hari ini mencatatkan 18 lagikematian menjadikan jumlah kematian sejak 6 hari yang lalu menjadi 95 orang..sekian berita disunting oleh saya sendiri semasa berbuka puasa semalam"
terkejut..
risau..
lapar (puasa)..
dalam 6 hari,95 orang buleh sampai ajalnya di atas jalan raya..
syukur tuhan masih panjangkan umurku untuk terus bernyawa di bumiNya ini..

mengikut statistik yg dikeluarkan oleh tv3 semalam,70 peratus punca kemalangan adalah berpunca daripada pemandu sendirik,iaitu melebihi laju..
ini terbukti berdasarkan pengalaman aku balik dari johor..sebuah kereta viva dengan kelajuan lebih kurang 140km/j tanpa segan silu memotong2 kereta2 di hadapannya walaupun di selekoh..
ini juga membuktikan rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa kereta yg diaorang naiki itu bukanlah dicipta dengan teknologi makhluk asing yg mampu menerima apa2 hentakan termasuk hentakan lori treler..
mengikut seorang kawan aku yg balik dari KL,satu kemalangan telah berlaku di sebuah jalan dan telah mengakibatkan kepala mangsa terputus..dan sudah pasti meninggal dunia..masyaAllah..moga2 dijauhi diri aku ini dan orang lain dariapda kejadian seperti itu..
jadi kepada rakyat malaysia (selaku pemandu jalan raya),hati-hati lah anda di jalan raya..jgn kerana anda,orang lain turut menerima kesannya..kalau taknak ingat orang tersayang pun,ingatlah amalan anda mungkin masih belum cukup untuk menemui ajal..jadi pandu perlahan..asal selamat sampai..insyaAllah..

moga2 perjalananku kembali kejohor dan jugak perjalanan perantau2 lain nanti selamat sampai..aminnn...

Wednesday, September 1, 2010

dulu vs sekarang

jika dulu,di musim perayaan,aku akan sediakan duit seratos atau lebih untuk beraya sakan membeli baju raya supaya nampak segak bergaya..(kononnya)
tapi sekarang,aku menyimpan 100 ringgit untuk balik ke kampung..baju raya,segak tak penting,asal sampai rumah dengan selamat dan bersalaman dengan sume ahli keluarga lain di hari raya..

jika dulu,aku menanti hari raya dengan penuh rasa gembira kerana menanti kepulangan ahli keluarga yg kejauhan..
tapi sekarang,aku menanti hari raya dengan penuh rasa gembira kerana menanti hari untuk pulang ke kg halaman..

jika dulu,di musim perayaan,aku akan pergi rantau panjang beli stok mercun..jual dekat rakan2 yg mengirim..
tapi sekarang,keinginan untuk bermain mercun tiada di hati..nak buat macam mane,jarak ke rantau panjang lebih kurang 1000 KM dari sini..

jika dulu,di musim perayaan,muka akan bersinar2 bila nampak mak atau ayah sedara..lebih bersinar apabila diaorang kuarkan sampul duit raya..
tapi sekarang,aku mencarik sampul duit raya di Giant untuk diberikan kepada ahli keluarga terdekat..(limit 2 posen je satu sampul..)

jika dulu,du musim perayaan,aku akan melambai2 kawan2 yang balik dari perantauan..
tapi sekarang,aku lak melambai2 kawan2 kerana aku sudah jadi perantau..

jika dulu, aku masih bergelar pelajar..
tapi sekarang sudah bergelar guru..

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
(masih ada 10 hari nak raya..semangat punya pasal..)
(gmbar mat kacak entah dari mane aku pau..)

Saturday, August 28, 2010

serbis

wan pomeng:elo encik zaprol..elo..
zaprol:ye saye..wan pomeng kete ke ni?
wan:ye saya la tu..takkan tak kenal suara saya..lembut seperti sedia kala..subuh dah semayang ke bro?
zaprol: dah2..sebelum sahur dah semayang..ada ape tepon ni ye?
wan pomenmg:kete merah lu dah siap der..lu leh datang amik sekang..jgn lupo..bawak 25o ringgit ye..
zaprol:kalu wa bawak 2.50 sen?
wan pomeng:lu leh datang..beli cendol kat sebelah kedai gue, pastu lu bukak puasa..
zaprol:wokeyh2...

itulah antara perbualan romantik aku bersama wan pomeng kereta..barang yang telah ditukar adalah..
minyak gear box
brek pad
minyak brek..
filter
upah

fuh..bnyk jugak tu..tq belly much kat bro wan pomeng..serbis baik..(kl la wan pomeng ada masa baca blog aku nih..mesti kasik 100 lagik murah)..wohoo balik kampunggg..

Friday, August 27, 2010

menghampiri cuti

cuti semakin menghampiri..kegumbiraan di dalam hati untuk pulang ke kampung halaman tak dapat dihuraikan dengan perkataan lagi..hanya mimik muka mampu menggambarkan kegumbiraan di hati ini (mata bercahaya seperti spot lite,mulut senyum lebar seperti anak bulan sabit)...keinginan berjumpa dengan ahli kuarga tersangat tinggi..tapi yg mejadi kerisauan,perjalanan dari johor ke kelate ini bleh dikatakan melampau jauhnya..tambahan pula dalam bulan ramadhan..jadi persediaan awal kepada semua pemandu2 yang ingin berjalan jauh hendaklah dibuat seawal saat ini (jam menunjukkan pukul 1.45 a.m..atau mungkin bleh dimulakan dengan esok lagi senang)..kondisi kenderaan masing2 hendaklah dipastikan tip top..di sini aku ingin berkongsi persediaan2 yg perlu dilakukan kepada kereta anda sebelum berjalan jauh..(walapun pengetahuan aku terhadap kereta tak lebih dari isi minyak dan isi angin tayar)
1)lampu-anda mestilah memastikan lampu kereta anda menggunakan lampu kereta yg betol..dilarang menggunakan lampu ayam atau lampu suluh..atau lagi teruk,lilin..kerana perbuatan ini akan mengundang masalah kepada pemandu lain atau mana2 pengguna jalan raya lain termasuklah kuntilanak2 di lebuh raya mersing ataupun si capang yg mempunyai belalai panjang yg suka sgt lepak atas jalan pada lewat malam..selain itu,anda jugak hendaklah memastikan lampu brek sentiasa berfungsi dengan baik..ini untuk mengelakkan orang belakang kereta anda tidak akan mengeluarkan kata2 kesat (sumpah saranah) bila anda membrek..signal jugak perlu dipastikan berfungsi dengan baik..pastikan dia lip lap lip lap dengan elok..kl buleh,elakkan signal yg hanya menyala di depan atau belakang sahaja..
2)tayar-keadaan tayar juga hendaklah dipastikan dalam keadaan yg seratos peratos tip top..pastikan tekanan angin bersesuaian dengan jenis kenderaan anda..dilarang sama sekali hanya menggunakan mulut sebagai pengepam angin sebab tayar kenderaan ni bukan belon..bunga tayar jugak mestilah dipastikan berbunga..jgn pula diletakkan sejambak bunga di tayar anda supaya orang tau tayar anda berbunga..bunga di sini bermaksud sila tekan disini (acah je..) ini untuk memastikan kereta anda bergerak dengan stabil dan tidak mudah terbabas bila anda membelok ataupun brek mengejut..
3)-anda juga mestikan memastikan air untuk peneyejuk enjin anda mencukupi..anda dinasihati jgn sesekalimenggunakan air jagung atau carrot susu sebagai penyejuk walaupun air tersebut mmg terbukti sedap bila diminum semasa berbukak puasa..cukup sekadar menggunakan air paip..begitu juga air bateri..bukan bateri anda,tetapi bateri kereta anda..segala minyak hendaklah dipastikan elok seperti minyak hitam,minyak gear box, minyak brek..jgn sesekali walaupun dalam keadaan terdesak,anda menggunakan minyak masak Saji sbg minyak pelincir atau apa2 minyak yg digunakan oleh kereta anda..
4) sebelum memulakan perjalanan yg jauh,anda dinasihati jgn lupa berdoa kepada Allah supaya perjalanan anda berada di bawah keberkatanNya..insyaAllah..
1)doa bermusafir..
Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarg

2)doa menaiki kenderaan darat
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

selamat pulang ke kampung diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yg berada diparantauan..

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;






insyaAllah..

Wednesday, August 25, 2010

Monday, August 23, 2010

hari ni bila jalan2 di bazar ramadhan,kelihatan sekumpulan akak2 dan makcik2 amat kalut mencarik kuih muih dan juadah untuk berbuka puasa..makcik bedah(nama samaran) kelihatan agak tekun memilih kuih lapis kaler pink puteh..makcik pinah(jugak nama samaran) kelihatan agak kelam kabut akibat tidak cukup duit untuk membayar ka

Saturday, August 21, 2010

anak2 ku...


di ramadhan kali ini,syukur alhamdulillah tuhan telah kurniakan tiga anak kepada aku..aku telah mendapat anak2 laki dan perempuan yang agak comel2 semuanya..dalam satu bulan,tuhan telah pertanggungjawabkan aku dengan 2 anak laki2 dan seorang anak perempuan..ketiga2 dari mereka telah pun berumur 12 tahun..

anak pertama bernama arif..seorang yang agak pendiam..muka ala2 pelakon tamil..cuma cakap tamil je tak pandai.. mempunyai sifat pemimpin yang kuat..menjadi ketua dalam adik beradik2nya..amat menyayangi adik2nyer yang lain..tugas utama adalah selalu datang jumpa ayahnya(aku la tu..) lalu melaporkan keadaan duaorang lagi adik nya..gagal dengan cemerlang dalam ujian mathematics dalam ujian yg lepas..tapi masih bercita2 untuk menjadi seorang ketua akauntant bank negara..

anak kedua bernama intan..seorang yang agak pemalu..tidak lah begitu pandai bersekolah..tetapi mempunyai sikap usaha yang begitu tinggi..selalu ingin mengetahui perkara2 baru..selalu mencuba walaupun kebarangkalian untuk silap lebih pada 90 peratus..fail dalam ujian mathematics yang lepas..tapi masih ada peluang untuk lulus..

anak ketiga bernama azri.yang ni agak problem..selalu sakit perut atau sakit mana2 anggota badan bila nak datang ke sekolah..kerap menerima laporan tidak masuk kelas..inilah yang akan terjadi bila adik bongsu terlalu dimanjekan..juga gagal dengan cemerlang dalam ujian mathematics yang lepas..bila ditanya "adik nak jadi apa bila dewasa kelak?"..dia menjawab.."adik baca pun tak pandai..nak ada cita macam mane.."..takpe dik,akan papa usahakan biar adik berjaya..sekurangnya seorang pengawal keselamatan di supermarket..

jika diperhatikan,persamaan antara ketiga2 nya gagal mathematics..jadi K.P mathematics telah menyediakan 3 anak angkat untuk setiap guru2 mathematics cemerlang seperti aku ni supaya anak2 ini sekurang2nya akan lulus dalam UPSR nanti..akan ku cuba naikkan markah korang semuanya..serahkan pada cikgu..dan doa yang tidak putus2...insyaAllahh...

walaupun selalu gagal dengan cemerlang,tapi masih mempunyai semangat dan usaha untuk berjaya..itulah yang diperlukan..insyaALLAH 3 orang ni bukan setakat lulus,tapi akan dapat A plus2..tapi buat masa sekarang,mmg jauh lagi la nak dapat a..
anak-anakku
bila kamu meningkat dewasa kelak
janganlah kamu lupakan ayahmu yang sudah tua ini
membanting tulang empat kerat demi kejayaan anak-anak
bukan mengharapkan duit atau uwang..
tapi cuma sedikit perhatian..

macam lebih2 la pulak..baru dapat anak angkat..

Thursday, August 19, 2010

baju melayu indone.

kelaparan di waktu petang membuatkan aku dan seorang der kacip gue berpusing2 setempat di kawasankulai..mencarik baju melayu indone untuk dipakai pada esok hari akibat daripada esok sekolah ku akan mengadakan solat hajat ke atas kesihatan seorang guru sekolah gue..oleh kerana terasa ingin sgt ditolak orang supaya jadi tok imam,maka timbul rasa di hati untuk berpakaian ala2 tok imam pada esok hari..
tapi perasaan kecewa di hati tak dapat di tahan.seluruh kulai telah diselongkar..kedai basikal,kedai besi terpakai,bank rakyat,car city..pusat hiburan keluarga..wayang..tetapi baju melayu indone tak dapat ditemui..cuma yang menjadi penghibur di petang ini adalah:
gmbar seorang patung telah diperlakukan sebegitu kejam..ini adalah angkara tuan patung ni rasa dengki patung ni lagi cantik dari dia..lalu ditampalnya harga di dahi patung ini..aku telah menelefon UNICEF malaysia..dan tuan kedai telah diambil tindakan undang-undang yang setimpalnya..

Wednesday, August 18, 2010

menu masakan aku malam ni adalah nasik kerabu lauk ayam perencik bersama air carrot..beberapa kuih manis yang masih tidak diketahui namanya..bajet yang digunakan..
nasik kerabu lauk ayam perencik:rm 4.00
kuih misteri:rm 2.00
air carrot:rm 1

Saturday, August 14, 2010

ramadhan di johor..

kehidupan di johor dalam bulan puasa takla memeritkan sgt..kehidupan masih dapat dijalankan seperti biasa..bangun pagi,sahur (slalunya akan bangun bila tok bilal dah siap2 angkat takbir nak azan..haish)..subuh..pergi sekolah..berhempas pulas mengaja budak walaupun kadang2 budak2 ni lebih menyuruh aku pulas2 leher diaorang..duduk belakang stor sukan bersama guru2..gelak2 sampai batuk2,or bagi cikgu yang tua,gelak2 sampai kena lelah2,lalu terpaksa menyusahkan orang carik inhaler...lepas sume lawak2 dicurahkan oleh setiap orang,masing2 panaskan enjin kereta lalu balik rumah..
petang pergi bazar ramadhan,jalan2 sambil buat muka lapar..carik makanan yang paling save..contohnya:
ayam goreng lebih tulang pada isi..
air tembikai yang rasanya lebih kepada air paip yang ada perisa tembikai
punggung ayam yang dicucuk 5 kat sebatang lidi..agak kelihatan sedikit sakit..
kuih yang besonyo tak dapat nak ngalahkan kacang butir..terlepas pandang,terus tak jumpa carik..hilang di sebalik semut2 yang jugak sibuk nak bukak pose..haish..
kehidupan sbg guru cemerlang dalam bulan ramadhan jugak sedikit sebanyak mengubah ramadhan aku yg sebelum2 ni..nak tak nak,aku terpaksa berusaha mengaja walapun kdg2 terasa agak malas..lebih2 lagi kerenah anak2 murid aku yang kadang2 membuatkan aku rasa lebih baik aku ubah layanan sopan santun aku ni kepada layanan aku kepada nyamuk aedes..penampo kapit sampai terburai isi perut..
ini sajelah coretan ilmiah aku untuk malam ni..bila la aku nak matang ni..

Tuesday, August 10, 2010

pose..

pada hari ini,dapat ku lihat status di facebook majoriti yang beragama Islam mengepost mengenai ucapan selamat menyambut ramadhan seperti
"selamat menyambut ramadhan.."
"gue perlukan stoker bedil untuk dis coming ramadhan.."
"mak ayah..anakmu ini sedang memilih lauk pauk untuk berbuka esok..agak2 durian ok tak?(punya la awal beli lauk bukak pose..sehari sebelum pose da beli..)
"selamat berpuasa kepada yang berada di perantauan mahupun di kampung halaman. ;)'(posted by rohok)
MARHABAN YA RAMaDHAN...SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA SHABAT2 SEKALIAN...MAY ALLAH BLESS ALL OF US.... JGN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH OKAII ?? \\(^_^)//*(sobri)
"futsal ngelast sebelum pose...fuh..letih gok..."(syarip)
"Menu Ranking Ponteng Poso Sep @#
1-Zack : Sardin ngan Rokok Nusantara
2-Kerol- : Ubat panadol ngan Roti 60sen
3-Boxx : megi goreng ngan rokok winston puteh 
...4-pokley : rimsport jepun,bodykit keto buruk itam ngan megi...sokmo pau bokk
5- : Farid : bekas sisa makanan Jin belaannya " (rahsia)



..tak dikecualikan jugak aku yang telah mengepos pasal kelajuan tok imam masjid muhibah b
ersembahyang terawih..tok imam tersebut kelihatan begitu gigih dan bersungguh2 bangun duduk bangun duduk dengan cepat ketikan sembahyang membuatkan makmum yang tua2 sedikit termegah2 dan tak kurang jugak yang stress sebab tak dapat mengikut kelajuan tok imam tersebut..
ramadhan kali ni agak berbeza dengan ramadhan yang lepas2..buat pertama kali aku berpuasa di negeri orang..tua bangka,baru belajar duk kat negeri orang..agak kadang2 buatkan aku rasa betape untungnyer berada di kelate..makan murah..nak keluar awal pagi tak risau..disini anjing berkeliaran macam ayam2 dan itik2 di kampung aku..bebas ke mana2..tak mustahil kaki kita akan dijilat kl tidak selalu dijaga..


SelaMat MenYambUt BulaN RamaDhan Al-MubaRak..diucapkan kepada keluarga aku,kawan2,dan sume umat Islam..
sahurrr..sahuuurrrrr...(1.15 a.m)

Saturday, July 31, 2010

RM 60 dihabiskan untuk tali baru dan machine head baru gitar gue..walaupun dikurniakan telinga yang ala2 telinga gajah,tapi terbukti telinga gue tak dapat nak bezakan bunyik halus nih..
setelah berhempas pulas tune..akhirnya..gue berjaya!!!berjaya putuskan 2 dari tali gitar gue..

Friday, July 30, 2010

dalam kesibukan mengajar dan aktiviti2 sampingan di sekolah,aku masih dikurniakan lebihan masa oleh tuhan untuk bukak blog aku ni dan mencurahkan ape2 sahaja yang beku dalam kepala ku ini..jam menunjukkan tepat pukul 2.50 pagi..kekadang mata aku meliar keluar melihat2 jikalau ada kuntilanak atau waris jari hantu yg lepak kat pokok pauh di tepi rumah ku ini..mana lah tau bleh snap pic sekali dua ngan diaorang..
semakin

Tuesday, July 27, 2010

Saturday, July 17, 2010

INCEPTION


INCEPTION merupakan tajuk movie yg telah berjaya menarik minat aku untuk mengeluarkan duit singgit2 sebanyak 10 helai daripada dompet koyak aku ini lalu dihulurkan kepada cewek lupa korek mata sebelum datang kerja,lalu sambil senyum(aku agak dia ada hati nak ejas aku) dia hulurkan sekeping kertas putih yang anak2 muda sekarang panggilnya "tiket wayang der"..
Mint:der..kita takkan nak masuk wayang ngan tgn kosong aje..carik la buah tgn skit..buah hati pun banyak ni kl nak carik..
gue:durian bleh bawak masuk tak agak2?
mint:parang tak de der..
gue:tukul ada?
mint:siku gue ade..agak berdarah gak la kepala lu kalau gue hayun..
gue:gue ada cadangan bernas!ape kata kita beli berteh jagung..
mint:mmg tu orang lain sedang buat sekarang der..murid tahun 1 betol la lu ni..

setelah semua kperluan dipenuhi,maka masuklah kami ke dalam wayang dengan muka ala2 muka drogba gembira dapat belajar pakai kain pelikat..
dipendekkan cerita,movie inception ni telah mbuatkan aku sepuluh kali terlelap..sekali dua mengigau sambil bercakap..
mint:der..lu nak tido bercakap pun agak2 la..jatuh air muka gue..dah la gue punya popcorn lu lahap macam buat makan nasik..
gue:gue regret der..gue nak kembali ke pangkal jalan(tempat gue parking kereta)..gue nak balik..
mint:lu ni pesal?lu pernah dgr tak orang makan popcorn menggunakan siku rakan sebagai sudu?
gue:bosan cerito nih..
mint:itu gue pun tau..cuba tatap muka gue..ada rupa macam rupa siput kecewa sebab hilang cengkerangnya tak?
gue:ada skit2..jom keluar..
mint:10 ringgit der..
gue:okeyh..continue sleeping..

moral:
INCEPTION..kembalikan duit aku 10 keping duit singgit2!!drama jidin lagi best..

Friday, July 16, 2010

tanggal 10 julai 2010, mat top telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir..di akhir2 hayatnya, keadaan mat top seperti orang te

Saturday, May 15, 2010

pagi ni,bila bangun pagi..

tragedi di hari aku menerima kad hari guru pertama aku..

cikgu hati kaca:korang nak jadi ape ni??!tiap kali aku masuk,adaa je masalah..baru sebentar tadi,muka aku teruk disembur dgn amilase masam PK 1 cakap kelas ni selalu bermasalah..cakap aku tak dapat mengawal kelas ni..kelas kotor..korang nak aku buat macam mane..takkan tiap2 sorang nak merasa betapa sedapnya merasa tapak kasut bata aku ni melekat kat pp korang..

selepas disembur teruk oleh PK 1 aku di depan2 budak,perasaan aku yg selalunya tenang dlm menghadapi masalah bertukar menjadi agak luar kawalan..setiap kepala yang ada dalam kelas tu aku lempang kesemuanya..termasuk budak yg tak pernah buat maslh..

Friday, May 7, 2010

V3 versi gelabah.

gmbar contoh (tak sempat nak bergambar semalam..bateri enset low la plak..)
yusop:der..jom kita lepak kat felda Bukit Batu?
makhluk ensem(aku):gua beres je sop..selagi duit minyak,duit tol,duit makan ditanggung penuh..
yusop:itu lu jgn risau der..gua punya dompet rakan kat bukit batu ada..kita sama2la membelanjakab duit dia..
makhluk ensem:wokeyh sop..cadangan ni boleh mengalahkan cadangan Satu Malaysia..bagi masa gua semayang isya' jap..
itu adalah perbualan antara msg aku bersama rakan..selepas siap isya'.maka bertolak la kami ke bukit batu yg jauhnya 22 km dari Kulai..
sesampai di sana,yusop mengajak la pulak rakan dia untuk pergi ke simpang renggam..
rkn usop:sop..kita naik kete aku la..lamo bebeno dah tak meraung di lebuh raya nih..
usop:bereh boh..
kereta kawan usop ni adalah kereta nissan bluebird yg dah disumbat sebijik Turbo di dalamnyer..di konvert kepada kereta drift..muka gua bersinar2 macam punggung kunang-kunang bla dapat tau perkara tersebut..
sesampai di lebuh raya,muka gua lagi bersinar2 dan mengalahkan punggung kunang-kunang apabila mamat ni mbawa keretanya ngan kelajuan 140 Km..sebelum ni,kelajuan yg paling laju pernah aku rasai adalah kelajuan motor kriss DT aku je..tu pun semasa aku berjaya berlumba ngan seorang pakcik penjual aiskrim..gua berjaya melintas motor tersebut sesaat sebelum motor tersebut brek emergency kerana ada budak menjerit.."AIskrimmm..!!"..dan seorang lagi gua berjaya melintas motor yg dibelakangnya ada ditampal "AWAS..ORANG CACAT MEMANDU"..Tp pd tafsiran aku,dua2 pakcik tu tak sedar yg aku sedang berlumba dgn diaorang..
tapi perasaan xcited gua bertukar mejadi risau apabila kelajuan keretanya dah cecah 170km..perlahan2 sit belt gua tarik,perlahan2 gak berdoa agar tak de ape2 penunggu gunung raya yg tiba2 muncul di hadapan yg akan buatkan kereta nih terbabas secara spontan dan dengan kelajuan itu jugaklah kami akan ada kemungkinan untuk meninggalkan dunia ni..syukul alhamdulillah..kami bertiga sempat sampai di kedai satay simpang renggam tanpa kehilangan sebarang anggota badan dan nyawa..dan usop mengotakan janjinya untuk menggunakan dompet rakan nya sebagai sumber rezeki kami pada malam ini..alhamdulillahh..

Wednesday, May 5, 2010

ape dah aku nak tulis nih..lupa lak..(melalak tak tentu pasal kesan daripada tido tak tentu masa..asal nampak katil je tido..)

Wednesday, April 28, 2010

back home for 3 days..

esok balik kelate..hoyeahhh!!!senarai-senarai nak buat:
1)mesti salam ahli keluarga..
2)makan bersama keluarga..
2)bagi sedikit hasil titik peluh kepada mak ayah sbg amik berkat
3)jumpa nenek..ayoh..
4)jumpa si dia (kl diberi kebenaran oleh orang tua..huahua).
5)jumpa my new pet (wira se DAT)
6)amik transkrip dan ijazah (dah ramai yg akan di intebiew tak lame lagi)
7)tidur sampai tahap mak aku panggil tok bomoh sebab percaya aku dah kena rasuk hantu tido
8)pergi rantau panjang..(arap2 dpt kebenaran)
9)packing nak balik johor semula (bila agaknya dapat tukar kelate nih..dah lama sgt berkhidmat di johor)
sekarang dah 3 bag aku packing..buwahaha..tak sabo2 nak tido atas kete api esok..

Monday, April 26, 2010

jadilah cikgu..jgn terjadi cikgu..

gambar di atas bukan lah sekeping gambar surat khabar berita harian yg berat sebelah ataupun gmbar skrip drama Jidin yg mengarut entah pape,tapi adalah gambar skrip peperiksaan anak murid kesayangan aku dari kelas 5 Visi..untuk pengetahuan,kertas ini adalah kertas subjek english,bukan subjek untuk melalak sesuka hati..
apa yg perlu dilakukan oleh Daniel (hampir2 bukan name sebenar) hanyalah mencreate 5 ayat berdasarkan perkataan yg diberi..tp oleh kerana kemahiran membuat lawak budak ni mengalahkan kebolehan Man Belon..eh..Man belon..maka dia dgn beraninya telah create ayat di atas..pertama kali aku baca jawapan budak ni,keng sebelah kiri aku mengalami kecederaan teruk akibat tak dapat tahan gelak..
setelah melihat skrip jawapan ini,aku dapat rasakan bahawa beratnyer beban aku sbg guru english kelas ini..jadi aku merancang cara2 untuk membaik pulih Daniel..kalau setakat pelempang secara bertalu2 tanpa rasa segan silu sampai tercabut gigi palsu budak tu,aku rasa itu tak dapat mengembalikan ke pangkal jalan..kalau ke rahmatullah,ada kemungkinan..
apa2 pun,aku harap aku dapat gak menyumbangkan ape yg telah akubelajar selama ini untuk membawa balik Daniel ini ke dua realiti..di mana dia akan sedar bahawa dia sekarang menghampiri kepada jalan kegagalan..
jadilah cikgu..jgn terjadi cikgu..(koutation bernas dari seorang ibu bapa kpd murid di SKBP)

Friday, April 23, 2010

gaban punya kasut

dengan berbekalkan kasut baru adidas yg baru disebat dekat al-ikhsan,aku turun dari rumah untuk bermain futsal malam ni dengan penuh rasa ego,bongkak dan angkuh..perasaan ego dan bongkak aku bertambah lagi apabila kasut yg aku beli tu adalah kasut ori dan masih belum dibuang tag harganya..terpampabg harganya rm 1**.00..fuhh..aku yakin malam ini aku akan ayam2kan pemain2 lawan..

tu adalah perasaan aku sedetik sebelum perlawanan bermula pada malam ini melawan Gesta Po..
ketika perlawanan..
aku berusaha bersungguh-sungguh mengejar bola..kehulu..kehilir..tapi bola tetap2 tak menciumkan dirinya dekat kasut baru ku ini..aku hairan..tuan kedai al-ikhsan cakap,kalau aku beli kasut nih,orang pakai kerusi roda pun dapat perform dan score berpuluh2 bijik..kurang asam punya tokei..tp aku tak putus asa..dan diakhir minit2 perlwanan..
pungg!satu benda tiba2 terbang..aku buat tak endah..tp entah nape kaki kanan aku rasa macam tiada kasut..aku tatap..tilik..teliti betol2 benda terbang tersebut..ternyata benda terbang tersebut bukan kapal UFO ataupun gigi palsu puak gestaPo..tapi itu aadalah KASUT AKU!arhhh...aku buat relek..amik kasut seperti tak de benda berlaku...tepuk tangan sambil keluar court..
malu tahap gaban terlupa pakai kostum!!

Thursday, April 22, 2010

kunjung ziarah

hari ni maka bertebaran lah guru-guru sk bandar putra (sama ada dgn hati yg ikhlas atau hati nak dapat makan kuih muih..paling tidak karipap dua tiga bijik masuk mulut) ke setiap pelusuk taman2 di bandar putra berkunjung ziarah ke setiap rumah2 murid2 tahun 6..ini selaras dgn program Kunjung Ziarah yg menjadi populariti sk bandar putra yg amat dinanti2kan oleh setiap ibu bapak..sbg seorang guru baru yg sememangnya berperwatakan pemalu tahap orang akan cakap "lu ni pemalu tahap kucing kena cukur bulu ni nape?" program ini sedikit sebanyak membuat aku rasa nak menjadi golongan jin (ghaib)..tp apakan daya..cilok punya cilok..tgk2 aku dah pun dah berada di rumah murid2 terbabit..jadi disini aku nak gunakanlah pengalaman yg aku dapat td untuk distoly kat sini..

rumah pertama:
*maknya bersemangat mengalahkan orang nk dapat menantu,bersungguh-sungguh bertanyakan pasal anak nyer..contoh soalan:
-anak sy ni agak2 kalau dapat 5a,sy ingat nak suruh dia buat doktor..(dalam fikiran aku..agak awal sebenarnya nak fikir pasal tu..)
-cikgu,anak saya ni kan..balik rumah je terus bukak buku..balik je terus bukak buku..tp masalahnya..bila bukak buku,terus je tido..macam mane sy nak buat ni..(dalam fikiran aku..jgn la bukak buku..cuba bukak tv..mmg tak tido budak tu..)
*tapi lain pulak dgn anaknya..bila cikgu tanya..
yakin tak kau dpat 5a?
budak:tak tau la cikgu...eh adik,game boy abg mane?aku cakap ko jgn kacau game abg tadi!nak talking2 ngan cikgu jap nih..(adiknya mengganggu permainan vdeonya)..

rumah kedua:
mak dan ayahnya begitu bersemangat..bercerita tentang anak2nya yg dah berjaya bekerja..dah tiga sekarang berjaya menjejakkan kaki kat kuala lumpur..dan sekarang seorang berada di matrik..anaknya pulak walaupun sekarang cuma mendapat 1a,tp amat bersemangat..
cikgu:kau yakin tak dapat 5a?
budak:5a?buleh tak cikgu state nombor besar lagi..sy tak main la nombor2 Sa ni..saye main nombor Puluh..

jadi di sini..tugas aku hanya memantau..yg bercakap cikgu lain..ingin jugak rasa hati nak menyampuk,tapi takut tersalah sampuk,kena pelepuk lak..jadi lebih baik aku perhati dulu..tgk gaya orang tua cakap..pastu..baru leh makan karipap  dan mihun goreng ayam yg disediakan..alhamdulillahh..


Friday, April 16, 2010


bent spoong..


ketika gua busy melahap nasik puteh sup daging,gua rasakan seperti mulut gua ada masalah..seperti mulut gua dah jadi senget...atau mungkin gigi gua dah tumbuh gigi baru..perasaan pelik semacam ini gua tak hiraukan..yg penting nasik masuk mulut..tiba2 gua ditegur oleh member kacip gua..

Mintz:weii derr...apesal lu punya sudu gua tengok dah jadik macam keto sodok(traktor) punya pengaut...
gua:gua mengambil masa untuk pantau gua punya spoon jap..dengan muka terkejut wa menyahut..yeshh!!akhirnya gua berjaya buat magic di luar batasan fikiran lelabi air dengan bengkokkan sudu dengan pandangan menggoda gua!!hahaha..

nota kaki:entah ape tujuan tokei kedai kurang asam ni bagi sudu cam ni kat gua..dia nak tunjuk makanan dia sedap sgt smpaikan bengkok sudu orang guna buat makan...or dia saje nak rasa macam mane perasaan bila sudu bengkok ni gua gunakan untuk korek2 lubang idung lu..


nota jari kaki:ini merupakan post gua yg ke seratus!!!..akhirnya dah seratos idea bernas lagi berguna untuk kanak2 pra sekolah gua dpat curahkan di sini..moga2 akan sampai yg ke seribu...insyaAllahh..

tea o beng ohoo..


 

seperti biasa,selepas solat berjemaah isya' lengkap dengan pakej wirik dan doa dalam bahasa arab,gua bersama 3 lagi gua punya member kacip bersiap2 untuk keluar lepak2 sambil mencarik sesuap nasik dan setegup air..sesampainya makhluk ensem terlajak ke kedai yg telah dipilih,maka berebut la anak2 gadis untuk amik order..kami buat relek je..kami tahu diaorang mmg minat kami bereempat..maklumla..muka ala2 eto player barcelona..atau valencia MU..tak pun drogba..ntuk mengelakkan terjadinya pembunuhan antara mereka,maka kami telah memilih seorang yg nampak sopan santun kelakuannya..sampai dekat..

adik sopan:lu nak makan ape?
gua:nasik penyet ayam..
mint:lu bagi gua nasik basi..
naim:nasik ape2 pun tak pe..gua layan suma..
apis:nasik ape pun takpa..tp yg penting jgn lupa sambal belacang..(ampun pihh)
adik sopan:air?
gua:air tea beng deh..tp ingat..ais tu jgn jadik macam aisberg lak..

gua cuma nak highlight kan kat sini..aisberg..tak sangka gurauan itu telah membuatkan adik sopan itu mnjadik agak kurang ajo...tgk ape jadi kat air gua???sekali tegup,dah licin..siap ko adik sopan..orang cakap ade ubi ada batas..tp untuk adik sopan..gua bagi satu perumpamaan..

ada gak aisberg masuk dalam lubang idung seseorang karang..

Saturday, April 10, 2010

story of morning berlauk rice...

bangun paagi..gosok gigi..(nyanyian kegemaran semasa tak cukup umo)...cari ubat gigi tak adee..ubat gigi dah aabis..ape lagi, kebas rumet punya colgatee..
selepas siap menyanyikan lagu tersebut,aku pun bersiap la dalam  kul 8.30 untuk mencarik nasik berlauk pagi...dua tiga hari ni aku terperasan ade penjual nasik berlauk pagi di tepi jalan dekat kawasan rumah..dah banyak hari aku usha2,cuma tak sempat nak beli..dengan semangat..aku hidupkan enjin motor kriss aku,pakai helmet arc..dan terus bergerak ke kedai tersebut..tp entah kenapa hati suci aku ni mberi firasat bahawa aku akan dihayun senduk tepat ke dahi bila beli nasik nanti..aku berenti tepi jalan..cek minyak motor,ade..cek muka,mmg terbukti kacak bergaya..telinga je besar skit..cek taik mate,tak de..cek amilase,tak de..cek dompet,tak ade...eh jap..cek dompet...tak ade..adeyhh..dompet tertinggal..terpaksa la aku pusing balik supaya pagi2 cuti yg hening begini aku tak dihayun ngan senduk..selepas itu maka bergerak la aku bersama housemate ke kedai tersebut..sesampai di situ..hati kaca gua dan housemate pecah berkecai..niat nak pekena nasik berlauk pagi tidak kesampaian..pukul 8.30 kedai tu dah tutup??!8.30 standart la manusia malas cam aku ni baru keluar di bumi tuhan ni mencarik2 nasik berlauk....baik tak yah berniaga cam ni..untuk menyedapkan hati,maka gua ngan housemate pun membuat kesimpulan bahwa hari ini rezeki diaorang tidak begitu baik...kasihan diaorang...

Wednesday, April 7, 2010

5 visi..i love u..

jika semalam ana kena lepak kat kelas 5 visi selama 3 jam setengah,tapi hari ni lagi teruk..ana telah diassingned untuk bertugas di kelas 5 visi dari pukul 8.00 pg sehingga pukul 12.40..mula2 ana tgk slip jadual anjal berkenaan,hati ana rasa luruh bak daun2 bertaburan luruh apabila dilanggar kereta terbabas di tepi jalan..tp sbg guru yg sanggup mengambil cabaran, ana terima tanpa menangis teresak2 sambil landing kepala kat mana2 bahu yg ana sempat capai trmasuk bahu isteri orang..tapi ana yakin,jika ana berbuat demikian,kepala ana yg akan dilanding2 oleh suami cikgu berkenaan di bahu jalan..
seperti biasa,kanak hyperactive dalam kelas berkenaan dapat berperwatakan cumel seperti kanak2 lain hanya untuk sejam..selepas sejam,mereka akan berubah mnjadi kanak2 yg amat ditakuti oleh guru2 baru seperti ana ni..tapi syukur alhamdulillah..ana cuma kena kekal di kelas berkenaan sampai pukul 9.50 pagi atas pertolongan kawan ana,usop...
tapi yg menimbulkan masalah,hari ni ana kena jumpa sorang parent murid 5 visi..parent berkenaan membuat laporan pasal anaknya diterajang oleh seorang kanak2 cumel 5 visi dgn kuat tanpa menunjukkan ape2 belas kasihan..gelabah ana dibuatnya..selepas bertalking2 secara lembut,akhirnya parent berkenaan mbenarkan ana mengambil tindakan susulan terhadap murid berenaan..
tak cukup dengan tu..dua orang lagi kanak2 cumel 5 visi dihadapkan ke pejabat akibat bergaduh..seorang sampai bengkak dan biru matanya akibat ditumbuk..esok insyaAllah ana akan kena berjumpa lagi ngan seorang lagi parent yg nak mengadu anaknya dilebamkan mata kanannya..

sabo..sabo....

Tuesday, April 6, 2010

3 jam setengah yg buatkankepala aku berpunar2...

PERHATIAN..SEGALA NAMA YG TERLIBAT BUKANLAH NAMA WATAK SEBENAR.
hari ini merupakan satu hari yg agak mencabar bagi seoang guru berjiwa halus sperti aku..3 jam 30 minit aku terpaksa memaksa diri melekapkna diri aku di dalam kelas 5 visi..seperti kenyataan sebelum2 ni,5 visi adalah sebuah kelas di mana rakyat jelatanya kebanyakannya adalah hyperactive dan amat susah di kawal tidak seperti kanak2 normal lain..

30 minit pertama
keadaan masih terkawal..shahrul masih brada di tmpatnya..paranjoothi kelihatan tenang dan tidak bergitu giat buat kacau..syafiq kelihatan sedikit mengantuk..arshad pulak duk asyik gorek pensil walaupn dia sedar akan ensil dia tu sekaran hanya sepanjang jari anak kakinya...

30 minit kedua
sedang asyik aku mengajar,tiba2 sekumpulan budak2 pumpuan 5 mahir datang bawak kerusi meminta kebenaran untuk masuk ke kelas 5 visi..aku dapat lihat mata2 budak2 laki 5 visi jadi luas secara tiba2..shahrul mula bangun dan pergi padam papan hitam smbil menyanyi lagu m daud kilau..paranjoothi mula bersyair dalam bahasa tamil ngan kuat..syafiq mula kuarkan buku diari gambr salomunnya..arshad melalak tak tentu arah.."dia cikgu!dia cikgu!!" aku tanya "ape??!" "dia ni cikgu.....dia kan...tak de ape2 ah.."..ni ayat kgemaran arshad..aku menyahut.."ko kalau tgn gua melayang kat pp ko..gua yakin perkataan cikgu tu akan jadi hikngu..hikngu..hia han.."..arshad.."ok cikgu..ok"

30 minit ketiga
keadaan jadi tak berapa nak terkawal..kehadiran budak2 pompuan yg sumeya kawal cun tu membuatkan budak2 laki 5 visi bergiat aktif tanpa kebenaran..aku tak tau nak kawal macam mane..lepas menjerit,snyap jap..akhirnya aku buat keputusan untuk membuat satu kursus motivasi..aku mebuat satu analogi..aku ambil sebijik kapur putih yg panjang nya sejengkal...lalu aku berjadah..

cikgu stress: class..tgk kapur putih ni...tengok!! ibaratkan kapur putih ni adalah kamu!biar pn ada segelintir antara kamu ni adalah tergolong dalam golongan malap skit..walaupun kapur ni nmpak macam tak de kegunaan yg penting..tp kapur ini akan jadi berguna bila cikgu buat menulis..bila digunakan untuk mengajar..bila kamu akan dapat ilmu daripada penggunaan sebatang kapur ini..
arshad:cikgu!cikgu!diacikgu!"
cikgu stress:ko meh cni arshad..meh cni..sebelum muka ko cecah papan hitam..bek ko meh cni..
arshad:dia ni cikgu......
cikgu stress:ni la contoh kapur yg tak dapat digunakn..iaitu kapur yg telah dipijak..tak mendatangkan hasil!bila sy bercakap,satu benda tak masuk kepala...

aku telah mengambil sepuluh batang kapur..aku cakap..ni lah budak 5 visi yg tak pernah nak dgr arahan!aku lempar ke bawah..dan aku telah jirik hancur sumenya..tanpa aku bercakap ape2..kelas 5 visi bertukar seperti 5 arif..senyap tanpa sebarang suara..adakah analogi aku teramat kasar..hmm..adeyh..kena muhasabah diri balik.....

jgn ada mak ayah datang esok cakap..anak diaorang kena jirik2 dah la..

Thursday, April 1, 2010

adeyh..adeyh..adeyh...

buleh kah masa ni kita cepatkan seperti kita cepatkan CD ketika tgk cerita2 melayu yg bosannya tahap mengalami kemurungan yg tak tercapai akal...?supaya hari esok berlalu dengan cepat..esok merupakan hari yg aku mngkin akan diobserved oleh cikgu sekolah aku yg sememangnya sekarang membuatkan hati aku tak dapat duk diam..sekejap bergerak ke ginjal..sekejap melawat jirannya,pankreas..sekejap pergi ngeteh kedai mamak kulai depan petronas...weii hati!!ko duk diam bleh tak!!arwah gak aku melayan kerenah lu nih!

malam ni,aku berjaya siapkan 10 ABM untuk mengajar BI kelas 5 visi esok..tidak termasuk latihan dan kerja rumah..10 ABM tu kalau ikut logik,nak guna dalam masa sejam,mmg tak dapat..tp disebabkan kewarasan aku ni da tak berapa nak ade,entah macam mane lepas satu,satu..ABM tiba2 tercipta..aku yakin,esok kalau tak dua,tiga ABM je aku guna...yg menjadikan kepala aku ni sedikit runsing adalah aku akan diobserved di kelas 5 visi..ulang sekali lagi..5 visi..atau kata lainnya..5 sep2 alien..selama 3 bulan aku mengajar 5 visi ni,aku masih tak pasti apa yg sebenarnya aku dah ajar diaorang..yg aku ingat,time je aku nak ngaja,diaorang bercakap..time je nak ngaja,diaorang bercakap..time je diaorang nak bercakap,buku keluar masuk tandas hinggap kepala diaorang ngan kelajuan kuda cirit cari tandas...tapi senyap diaorang hanyatak lebih dari 5 saat setengah..esok takkan aku nak hinggap2kan lagi kepala diaorang ngan buku keluar tandas..kan aku lak kena hinggap pelempang kat cikgu tu..adeyh...sebab tu la hati aku sekang dah angkat tangan volunteer nak tukar tempat ngan pundi kencing.....

mudahan2 esok semuanya berjalan lancar..
sebelum tu,check dompet..ade 3 ringgit 50 sen..buleh dah pelepas cikgu tu nasik putih lauk telur jeruk ngan air sejuk..

Sunday, March 28, 2010

laptop gua da nazak...

Laptop gua yg sekarang dah berumur 4 tahun lebih yang gua bela dari kecil akhirnya sudah menunjukkan tanda2 seperti sudah puas hidup atau perkataan tak sopannya,nak dilupus kira..di kala gua punya otak tersumbat dengan masalah2 yg dihadapi dengan SEGAK(lebih kurang macam cara untuk menyukat tahap kelembapan fizikal kanak2) budak SKBP,otak gua makin tersumbat ngan masalah laptop gua yg amat diaksihi ini..sedang gua asyik melayan lagu aizat bertajuk Pergi,sambil kepala dan tgn kiri gua hayun kiri kanan kiri kanan, tiba2 perut gua berkomunikasi ngan gua..krukkkk..gitu la lebih kurang bunyinya..gua paham..maksudnya.."beb..wa lapar"..jadi wa pun hibernate la jap laptop..tiba2..gua perasan,afe fasal laltop gua tak off walaupun dah dihibernate..selepas di hayun2 kedinding,laptop gua akhirnya padam..selepas siap minum beberapa sudu air milo dan beberapa biskut lemau bersama beberapa semut itam sesat yg bertepek di biskut berkenaan,gua bukak balik laptop gua...bila bukak,didapati laptop gua restart secara automatik tanpa kebenaran selepas lbih kurang seminit dibukak..kondisi ini amat merisaukan gua..selepas 10 kali punya restart akhirnya laptop gua kembali elok...tapi jam menunjukkan dah hampir kul 11.30..waktu gua lak hbernate..lantak la SEGAK..tido lagi penting..