Saturday, December 22, 2012

pindah

Bismillah dan Salam

Inilah sekolah di mana ana akan menimba dan menambah lagi ilmu ana dalam bidang pendidikan..jauh dari bandar, jauh dari Mapley, jauh dari kawan2 dahulu, jauh dari TGV (ohh)..jauh dari kemeriahan Bandar Putra, tapi ini yg ana pilih iaitu ana semakin dekat dengan family ana..

SK Karangan, terletak di Kg Karangan, kuala Krai, Kelantan. kawasannya agak berbukit dan sejuk di pagi hari, mempunyai pemandangan yg agak cantik, dan yang paling penting, jauh dari PPD..Jalan masuk ke sekolah ini agak terpencil..jalannya yg kecil, kadang2 kelihatan seorang2 dua budak sedang berlari tiba keluar dari hutan, buah durian bersepah tengah jalan, dan di tepi sekolah terdapat sebatang sungai..hati kecil ana begitu riang untuk berkhidmat di sekolah ini..seeeriang riang-riang di atas daun tembakau di kala hujan lebat..seeeriuh ibu ayam ketika telurnya dikebas bibikku..seeeelamat malam..semoga ketentuan yg telah ditetapkan ini adalah yg terbaik buat ana dan family ana..

masa minum susu sudah..salam dan tabik..