sekarang UPSR sedang dijalankan..gejala jadual anjal merebak di setiap pelusuk SKBP..antara gejala2 jadual anjal adalah..
guru:
1.tekun berfesbuk di depan tanpa hiraukan kanak2..
2.tidur dengan bersungguh2 supaya tgh hari dapat sambung main fesbuk lagi
3.keluar kelas pergi tandas selang 5 minit akibat kebosanan..
4.cari sekecil2 kesalahan murid2 supaya dapat gunakan kepala murid untuk melakukan sedikit aktiviti regangan tangan ataupun kaki..
murid:
1.berbual2 tanpa faedah
2.perempuan-bermain batu seremban
3.laki-bermain bola menggunakan kertas buku latihan mathematics (nahas ko budak!)
sbagai seorang guru yg sgt dikenali dengan sikap pantang disuruh,terus angguk kepala tanda setuju tanpa fikir panjang (rajin tak bertempat),gejala2 di atas hendaklah dijauhi..jadi di sini,aku suggest kan beberapa aktiviti yg dapat menyusahkan murid2 selama beberapa jam dan dapat menghindarkan mereka dari buat kerja tak berfaedah..
1.aktiviti mewarna atau melukis..
-untuk aktiviti ini,cuba hindari dari beri kertas a4 kepada murid..tapi sebolehnya berikan kertas mahjong kepada setiap murid..sbg guru,anda buleyh menggunakan kreativiti sendiri untuk memilih tajuk lukisan tersebut..contohnya,melukis benda yg tak dapat dilihat..insyaAllah seharian murid2 masih belum dapat siapkkannya..
2. aktiviti membuat latihan
-aktiviti ini biasanya dilakukan oleh guru2 lelaki..aktiviti ini amat berfaedah untuk murid2..jumlah latihan bergantung kepada masa jadual anjal anda..jika masa jadual anjal anda 2 jam,maka cukuplah latihan mathematics sebanyak seribu latihan..tawarkan hadiah lumayan bagi yg dapat menyiapkkannya..contohnya,akan dihadiahkan sebulan gaji guru..tapi sila pastikan budak2 tak dapat siapkannya dalam masa tersebut,supaya mereka rasa mereka masih belum cukup pandai dan akan berusaha bersungguh2 lagi untuk belajar..
3.aktiviti membuat kerja2 pelik..
untuk aktiviti ini,guru buleh memikirkan ape2 benda pelik untuk dilakukan oleh budak2...bagi aku,aktiviti ini sungguh menghiburkan..dan lebih sesuai dilakukan untuk kelas belakang kerana minat mereka untuk belajar kurang..aktiviti tersebut ialah:
aku:kamu pernah lihat ikan bersin?
murid:lucu la tu tanya soalan cam tu..kami budak2 SKBP la..bukan budak2 SKMK (syarikat kenderaan malaysia kelantan)
aku:ikan akan bersin sekali je dalam setahun untuk membuang rumpai2 yg masuk kedalam hidung diaorang..
murid:ye ke ni cikgu?(muka penuh harapan)
aku:iye..dan kalau kamu nak tahu,seekor ikan di dalam akuarium di sebelah ni sudah setahun tak bersin..sape nak tgk ikan bersin,cikgu benarkan hari ni..
murid:sayaaa..sayaaaaa...
ini adalah contoh hasilnya..murid2 akan tidak jemu2 menjenguk ikan tersebut..sampaikan ikan2 di dalam tu nak buang air besar pun tak senang..ada budak cakap..
selamat maju jaya untuk pelajar SKBP dalam UPSR..terutama anak2 angkat ku..50 hinggit menanti korang kalau dapat 5A..keskes..