Assalam..
Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi diatas kurniaan ANAK kepadaku dan isteri. setelah 2 tahun mencuba, kami dimurahkan juga rezeki untuk merasa kebahagiaan mempunyai anak. Setelah penat lelah mulut acik2, jiran tetangga, tok peraih ikan, tok seh kedai runcit, tok mudim bertanya kan aku mengenai anak, mungkin dengan doa mereka juga, maka pada 19 oktober 2013 lahirlah seorang bayi yang diberikan nama Muhammad Fateh Aryan b Ahmad Zafrullah Zaki. dilahirkan secara pembedahan akibat lemah katanya doktor. Alhamdulillah isteri selamat dan sudah sihat. anak juga selamat dah sihat. orangnya kecil sahaja, matanya celik melihat sekeliling,mungkin excited melihat alam baru yg bakal ditempuhinya. Di kala melihat kelibatnya kali pertama, hati aku berasa sungguh..Ya Allah..gembira yg teramat . Tetapi pada masa itu juga ada sedikit rasa risau dalam hati. Matanya yang celik pada masa itu seperti ingin memberitahu sesuatu. Setelah di azankan di 1 Nilam, aku memberi salam kepadanya dan mengucap syahadah. matanya masih celik, puas aku tatap matanya, tapi tidak mengerti.