Thursday, May 7, 2009

tips2 berpraktikum..

selama 3 bulan tambah 2 bulan sebelum ni,cukup 5 bulan aku berpraktikal sepanjang course aku..sepanjang aku berpraktikal,banyak gak la yang aku pelajari cara2 nak survive kat sekolah ni..biasala,kanak2 praktikal ni selalunya akan menghadapi masalah semasa berpraktikal..antaranya adelah masalah nak control budak,nak kontrol cikgu..nak kontrol macho ..nak kontrol segala2nya..nak tak nak,kita kena hadapi..di sini aku sertakan serba sedikit tip2 nak hidup selesa di sekolah..

1)masalah paling besar kanak2 praktikal adelah - guru2 disekolah tidak sedar yang makhluk pelik datang ke sekolah diaorang ini adelah seorang guru pelatih..yang diaorang nampak pada seorang makluk ini adelah sebuah file hitam,beg sangkut kat bahu, tie ketat di leher..ape lagi,meraka akan fikir kita ini adelah seorang penjual ubat ataupun penjual kapet (kalau muka tu macam arab)..dan meraka pun akan mula la menjauhkan diri dari kita..atau lebih radikal,mereka akan cakap.."dikk..pasar rabu kat sebelah sekolah je.."jadi untuk over come masalah ini..seorang guru pelatih hendaklah ke sekolah lalu masuk ke dalam kelas..mengajar tanpa ade rase was2 akan dilempang oleh guru sebenar kelas itu..lalu guru2 disekolah akan sedar bahawa kita bukan penjual ubat,tapi seorang guru yang bersemangat waja dan juga tak tau malu..

2)masalah datang lewat ke sekolah-


masalah datang lewat ke sekolah memang masalah besar di sekolah,tak kira cikgu praktikal,cikgu ganti,cikgu cemerlang cikgu memandu ataupun cikgu besar..jadi tips untuk tak diblack list oleh guru besar adelah dengan datang lewat kesekolah selewat2nya..kalau bleh waktu budak2 tahap satu rehat..bila sampai,jumpa je mana2 cikgu anda mesti cakap.."aii..awal ari ni cikgu?dengan cara ini guru tersebut akan lupa akan kehadiran kita yang lambat,fikirannya akan tertumpu pada kehadiran awalnya pada hari itu sambil mengharapkan kenaikan pangkat oleh guru besar..waa...

3) masalah ketiga adelah control kelas..masalah ni kalau tak dapat di handle,akan membawa masalah besar kepada seorang guru pelatih..markahnya mungkin akan jatuh..jadi disini aku bagitau tips untuk control class dengan berkesan..anda cuma perlu cari seorang budak yang paling senyap dalam kelas tu..senyap sesenyapnya..kalau boleh,budak yang tak pernah pun mendatangkan masalah ketika anda mengajar..tekun..selalu siapkan kerja sekolah..tak buat bising..panggil budak tu ke depan..lalu rotan budak tu sekuat hati anda..sampaikan budak tu menangis...sampai terketar2 kakinya..tapi awas!!jgn sampai terbuang air..selepas itu,bagitau kat sume budak2 lam kelas.."sesape yang berperangai teruk atau pun bising berbanding budak ni,akan kena lebih teruk lagi!!"

4) masalah keempat-disuruh oleh guru2 lama mmbuat kerja..e;g mural,mark kertas jawapan budak, taip kerja diaorang..jadi untuk selesaikan masalah ini, sebagai seorang guru pelatih,anda mesti selalu selerakkan meja anda..kalau bleh,selerakkan meja guru2 di sebelah anda..biar anda nampak seperti sedang sibuk buat kerja biarpun pada mase itu anda sedang tidur(jgn lakukan di bilik guru,buruk padahnya)..bila guru tersebut datang sambil tersenyum..jalan slow2..tegur orang sekeliling sebelum sampai di tempat anda,itu petanda ada kerja yang berat untuk kita..jadi serta merta anda hanya perlu cari buku rph lalu bukak page yang last sekali(page yang masih belum ditulis ape2)..lalu guru tersebut akan mulakan perbicaraannya.."adik kita yang hensem macam buah kelapa ni sibuk ke??"..dengan sepantas kuda kita kena jawab.."cuba tengok rph ni..kosong lagi..kelas setengah jam lepas ni..agak2 saya sibuk ke tak cikgu??"..

itula serba sedikit tips2 aku dapat bagi..tips2 ni atas pengalaman aku sendiri...tak tau akan menjadi tak kat orang lain..tapi belum cuba,belum tau kan??huhuhu..

assalaaamualaikum!!

Friday, May 1, 2009

berakhirnya satu perjuangan di SK SERING..

alhamdulillahhh...akhirnya berjaya gak aku habiskan hayat aku selama 3 bulan di mana joe jambooo??bolos saje di sini..(rancangan yang dipengerusikan oleh zizan yang tak cukup singgit@seriyal)..sebenarnya di sekolah Sering untuk Latihan mengajar aku..nama 'Sering' sebenarnya berasal daripada perkataan sering yang membawa maksud Selalu atau bak kata orang putih always(bahasa arabnya adelah 'na'am)..macam mane sekolah itu mendapat nama Sering?macam ni ceritanya..mase kami sedang minum2 air dekat kedai nasik kerabu yang amat popular depan sekolah(kedai yang menjadi kegilaan orang kampung..siap teriak lagi bila dapat makan nasik kerabu kedai ni..cara dia buat senang je..apa yang diperlukan adelah nasik berwarna biru, ulam2 and mihun..siap and bleh dihidangkan),cikgu besar sekolah tu telah bercerita serba sedikit tentang sekolah ini..menurut beliau, nama sering diletak di sekolah ini sebab..tiba2...ringg...ringggg(bunyi tepon 3310 cikgu besar)...alahai..bini cikgu besar lak call..suruh cikgu besar beli nasik kerabu lebih dua..otokk!!kami pun dengan sendirinya menganggap nama sk sering ini dapat apabila bini cikgu besar Sering kali Call cikgu besar time2 genting..kami pun pergi dari situ sebab kami ade kerja yang lagi penting dari mendengar guru besar sedang berbual tentang nasik kerabu dengan isterinya

suasana SK Sering amat berbeza jika dibandingkan dengan Sekolah aku berpraktikal sebelum ini..atau lebih tepat aku cakap sekolah aku untuk tempah pakej2 penyakit VVIP..bebudak SK Sering tak de la sebuas budak SK Long Gafar..cikgu2nya pun baik sgt..lebih2 lagi cikgu Nik Lah..

biodata cikgu Nik Lah:
nama : nik Lah
umur : aku rase 40 lebih..
ketinggian : termasuk lam golongan orang2 tak tinggi..
perwatakan : bermisai lebat..suka senyum sambil misai masuk lam mulut lalu menolak misai yang masuk lam mulut tu dengan buatkan mulutnya muncung2....suka buat2 garang ngan budak..pendendam..lucu dan juga seorang yang pemerhati...tapi yang paling penting seorang bapa yang penyayang(selalu belikan anaknya makanan di kantin)

untuk praktikal kali ini..aku mendapat partner yang kepalanya gole(maksudnya sekepala dengan aku..)

partnerku bernama Sir Moazim..seorang yang tak berapa nak ensem..tapi leh la digolongkan lam manusia hensem gak..ngaa..seorang guru yang suka bagi motivasi kepada anak muridnya..kadang2 sampai menangis budak tu..suka melakukan PJ dalam kelas tanpa membuatkan budak2 mengamuk tak dapat turun PJ kat padang..respect ah aku kat mu zim..juga seorang yang suka buat lucu yang menyakitkan hati budak2...hihihihi...tapi 3 bulan bersama sekejap je rasenya..lagi elok dari dapat partner yang kerek..yang hanya tau suh orang buat kije..padahal yang dia sendiri entah ke mane..caihh..

aku mendapat tahun 5 Jaya 5 Gigih and 3 Iktiar(anak kesayangan) untuk subject mathematics...



budak2 sengal 5 Gigih..perangai brutal..ramai yang dah isap rokok..tapi masih teramat hormatkan gurunya...nama budak kegemaran aku - kemal(yang duduk betul2 di tepi aku) and aidil(budak lelaki pertama yang berdiri dari kiri)..perangai dua orang ni sebijik cam perangai nabil..ngaa..lenguh mulut aku kalau duk melayan budak2 ni duk main angin aku gak..



bebudak pumpuan 5 Gigih yang...hmm..yang ape ek...yang malu2 kucing bila di ajak bergambar..sufi-budak pumpuan 5 Gigih yang paling akan aku ingati(tiga dari kanan)..dia seorang yang bleh dikatakan jenih lincah gak..suka gelak..menyampuk tak tau malu..kdg2 gelak sampai jatuh kerusi..atau lebih teruk gelak sambil terkentut(citer benar)..tapi amat mudah menangis..bila ditanya..rupanya..mak dia dah tak de..



untuk kelas anak kesayangan aku lak adelah kelas 3 Iktiar..satu kelas yang buatkan aku angin seluruh badan..kadang2 sampai kekejangan otot2 akibat stress..tapi masih tetap anak kesayangan aku..ngaa..kelas ni merupakan satu kelas yang dikhaskan untuk budak2 pemulihan..kebanyakan budak2 kelas ni tak pandai membaca pun..tapi amat pandai membuat bising..dan juga membuat cikgunya kena penyakit..apa yang buatkan aku suka kelas ni adelah..aku suka bila diaorang ni dapat terima walapun satu je dari ape yang aku ajar..kalau dua lagi la suka..kalau tiga empat lima tu mustahil la..

kelas 5 J, kelas yang paling aku sayangi..tu mustahil la..kelas yang paling buat aku rase kaku bila berada di dalamnya..sejam rase macam sebulan..budak2 kelas ni nerd tahap senerd2nya..muka stress bila belajar..lambat paham bila aku buat lawak..tapi cepat pandai..tapi kelas ni gak la yang buat jamuan kat aku pada hari terkhir aku di sekolah tu..waaa..tq belly much..

partner aku,sir moazim kacak hampir2 menitiskan air mata bak terharu dengan jamuan yang diadakan..nasib baik aku tak pom..kalau pom..sure..ngaa..harap2 aku takkan dapat peluang melihat ko lam keadaan tu..hahahaha...=)

Wednesday, January 28, 2009

aiyakkk..praktikal musim kedua..

praktium...salah satu benda2 yang paling aku takuti..bukan takut akan diobserve oleh lecturer or takut dengan kerja yang melambak(termasuk kerja sampingan yang disuruh oleh cikgu2 sekolah itu termasuklah bercucuk tanam,menaip kertas kije cikgu2 yang tebalnya bleh mengalahkan kamus oxford kanak2 tadika n mcam2 lagi lah..bak kata pakcik astro yang tak dapat dipastikan masih idup or tak "macam2 adaaa") tapi aku takut dengan budak2!apa??takut dengan budak2?isk..isk...trauma..trauma..selepas mengharungi saat2 gentir semasa prakticum musim pertama,aku mengalami satu histeria yang selalu membuatku terjaga malam..pergi tandas..lepas tu tido semula..dan susah nak bgn pagi..teruk bebeno histeria aku ni..

kenapa histeria aku sampai teruk ca ni sekali?hmm..ni tak leh ni..asal ingat semula,rasa gelap masa depan..

hari pertama aku prakticum,budak2 kat sekolah tu dengan jayanya telah buat aku mendapat kencing manis,darah tinggi,jantung dan seangkatan dengannya..nasib baik sejam je masa,kalau dua jam,icu la aku jawabnya..budak2 darjah satu ni rupanya tak leh dilayan macam orang besar(memang la..nama pun budak darjah satu!)..aku sempat bermain kejar mengejar dengan budak2 tu tanpa kerelaan aku..budak2 tu pergi men2 kejar2 kat luar kelas,terpaksa la aku sertai mereka..mungkin cikgu2 len yang tengok merasakan aku sungguh bahagia mengajar budak2 berlari..padahal dalam hati..siap la kau budak bila aku dpat tangkap kau nanti!!siap kau!!..tapi tak dapt tangkap sebab aku lari cover,cikgu besar ade kat sebelah beb..kawal cunn..budak2 tu lak lari tanpa memikirkan air muka aku..memang..ish!!emo aku citer pasal benda ni..


masuk kelas kedua pada hari yang same..betul2 hampir buat saraf tunjang ku terputus...ade budak berani main sorok2 ikut ketiak masam ku..diulangi..ketiak!!ketiak cikgu!!kalau ketiak mak dia,aku tak kisah..belum sempat aku handle budak men sorok2 kat celah ketiak aku ni,datang sorang lagi menggeletek ku..masyaAllahh..kalau tak ingat budak2,memang tak tau la ape akan jadi kat budak2 tu..masuk lam bilik guru,aku rasa macam baru lepas berperang..kepala sakit..hati sakit...jiwa sakitt...nasib baik la aku punyai kesabaran yang tinggi sikt dari duwe(partner ku)..wahaha...

ni kes dalam kelas..belum lagi citer hal2 luar bilik darjah..

awal2 pagi bila sampai sekolah..kedengaran.."sir zakii..sir zakiii...sirrrr zakiii,tengok la orang panggil nii!!sombongya cikgguu!!"masyaALLahhh..budak2 ni..silap2 ari bulan,aku buat kueh gak budak2 ni..walapun da selalu pesan jgn panggil2 lagi,tapi keesokan buat juga..tension..malu saya dibuatnya..sekarang saye yang gelak besar dengan mereka(iklan ubat gigi)..

keadaan bila aku kuarkan camera..wihihi..


kanak2 yang dengan jayanya dah buatkan aku alami kekejangan otot...


"tengok ni..aku berjaya buat ular patuk perut sirr.."ayat yang dikeluarkan oleh budak yang sedang buat tgn macam ular tu sebelum dia mengenal apa itu maksud flying kick..wahaha..






di kantin..sambil ku bahagia nak pergi makan dengan partnerku n abg kpli..dtg sekumpulan budak..aku da gabra tengok budak2 tu budak kelas aku..sampai je dekat...'sir2,sir pakai baju semalam ni kann??"soalan yang mampu buat aku mati mengejut tanpa petanda2 nak mati..dengan penuh tenang aku menjawab..baju ni bila beli satu percuma satu,baju mahal memang ca ni..kahkahkah..ntah budak2 tu paham or tak..mungkin budak2 tu saje nak balas dendam akibat aku selalu mengata diaorang busuksemasa dalam kelas..


ni kes budak2 kecik..yang besar2 lak dengan sikap len lak..ade yang nak jadi anak angkat..adik angkat..ade yang siap tawarkan akak..aisshhh..


all the best kepada sume kipas2 susah mati sekolah Long Gafar(kecuali duwe,hampir terlantar di wad 5 USM akibat mengalami stress dan kemurungan yang terlampau..hihi..)

arap2 pengalaman yang aku dah harungi semasa praktikum musim pertama akan membantu aku nanti menghandle budak2 di sekolah baru ni..walaupun penuh cabaran,tapi sekurang2nya itulah tugas seorang guru..mendidik anak2 malaysia..supaya menjadi orang bila besar nanti..,walau memang terbukti prak telahbuat aku penim,tapi itu tak bermakna aku tak sukakannya..hehheh..budak2,wait for meee..wahaha..menangis lagi la nanti...

aiyaakkkk...da mengantukk.....

Monday, January 5, 2009

malam pertama di rumah sewa 2009

akhirnya..Alhamdulillah..sekarang aku bergelar gajah(gelaran masa kecik)..ops..tu memang tak leh nak tukar..akhirnya aku bergelar pelajar paling senior di Maktab selaku pelajar tahun akhir..result sem lepas dah dapat..Alhamdulillah gak,dengan result tu aku masih dapat meneruskan pelajaran aku tanpa repeat,or dibuang (mintak2 jauh)..malam pertama di rumah sewa selepas meinggalkannya selama 2 bulan..keadaan rumah sewa..teruuukkkk...teramat la teruknyaa!!sampaikan aku rasa cam nak amik mancis seputung,bakar je rumah ni..satu je yang menghalang aku bakar rumah ni,iaitu makcik tuan rumah..tak pasal2 aku kena pelempang makcik tu karang..so aku batalkan niat aku nak bakar rumah ni..aku gantikan dengan bakar sampah di tepi rumah..Alhamdulillah..tak kena lempang..


1. tilam kesayangan aku yang mak aku beli..


- tilam aku tu punya la mahal..antara tilam yang paling selesa jika dibandingkan dengan kawan2 seserumah sewa aku ni..wahaha..si tikus jahanam ni dah buat tilam aku tu sebagai tandas diaorang..tempat diaorang melabur dan juga membuang air kecil dengan selambernya..kalau aku dapat cari si tikus tu,sure aku lipat2 engkau sampaikan sedara2 kau takkan dapat cam yang engkau itu tikus..tapi sampai sekarang masih tak dapat jumpa...dia tak tinggalkan bukti yang kukuh untuk disabitkan kesalahan..hanya sekadar beberapa ketul najisnya dan air kencingnya yang baunya..MasyaAllahhhh...tapi tilam aku ni kira selamat lagi jika dibandingkan dengan kawan aku punya tilam..

siap tumbuh cendawan..wahaha..sampai cam tu sekali..kalau tumbuh pokok timun ke..bawang ke..ade gak faedahnya..

2. bantal..bantal kesayngan aku..dah tak dapat digunakan..berkulat..bau tikus...basuh guna asid amino pun takkan dapat memulihkan kesucian bantal aku tu...waa..sedihhh..kena beli bantal baru..dah la elaun lambat masuk...kuram asam punya tikus..

3. dapur rumah sewa..teramatlah teruk keadaannya...mula2 masuk tengok dapur,aku macam tak nak ngaku yang itu dapur rumah sewa aku..nampak macam tempat pelupusan taik tikus...kenapa dengan kau si tikus..berdendam sampai begini dengan aku...kalau tak puas hati,cakapla...jgn main pedajal ikut belakang..tak sopan tau tak tikus!!

Monday, December 29, 2008

my life as a student at IPKB

the opening of the last season for me in IPKB..wuhuhu..ade rasa sedih nak lalui tahun terakhir di maktab ni..ade rasa excited..ade rasa tak nak abis lagi belajar,tapi pada mase same ade gak rasa kan elok kalau aku dah abis belajar sekarang..dah 4 tahun setengah aku dah berada di maktab..lama beb..dari aku tak tau ape2 pasal perguruan,dari sedikit pun tak de minat nak jadi cikgu (minat sebenar nak jadi engineer,tapi markah quiz kat matrik aku dapat 2 per sepuluh,rasa cam jauh je nak capai cita2..hahhah)sampai la aku rasa dah bersedia nak di post kan di sipadan..wahahaha..rasa je,tapikalau kena post sana,sure teriak guling2 gak..wakaka..

apa aku dah lakukan sepanjang aku bergelar pelajar di ipkb slen belajar?saje nak berkongsi kisah..




coral speaking..benda yang tak pernah aku lakukan sebelum ni..banyak benda yang tak leh aku lupakan semasa nak jayakan coral speaking ni..ketua kumpulan bengan ngan anak2 buah sebab tak buat dengan elok..selalu ponteng latihan..sepatut dua jam latihan,jadi dua minit..sape tak angin ca ni..haha..nasib baik la ketua tu tak kena penyakit telesamia akibat stress ngan anak buah..walapon coral speaking ni nampak macam kanak2 tadika kemas yang buat,tapi tak pe...permulaan..wahaha..




kawan2 yang telah berjaya membuat kan ketua coral speaking hampir2 terlantar di hospital akibat tak tahan ngan prangai bebudak ni...kepala botak tu ketua kepada geng yang suka buat hal..mie,berubah la..kita dah tua..kihkih..


b.ed math..d underdog team..


d underdog team get ready to make the opponet pee in their pent..wahaha..

perkara kedua yang masih aku ak leh lupakan ialah bergelar naib johan dalam pertandingan liga maktab..sampai sekarang hidung aku masih kembang(sape tak bangga)..aku ditempatkan sebagai defend..coach meletak aku defend sebab aku gelabah bila bermain bola..nanti bila aku buat gelabah depan striker pihak lawan,dengan2 striker dia akan gelabah..lalu shoot bola ke arah pihak lawan..perhhh..memang bijak la rancangan coach aku ni,walopun aku rasa cam dipergunakan..haha..terima kasih diucaapkan kepada sume yang telah menjayakan pertandingan ini..termasuklah kepada pihak lawan yang telah menjadi johan..kalau tiada pihak lawan yang menjadi johan,macam mane nak bergelar naib johan..kan?

aku tak tau la kenapa batch aku ni susah sangat nak dapat buat trip keluar maktab..mungkin kena sumpahan Timbalan Pengarah kot..ini sume gara2 kejadian trip masa foundation yang terpaksa dibatalkan..sob!sob bertanggung jawab!!tapi alhamdulillahh..dalam2 payah2,dapt gak kua pergi trip dekat cameroon..


berposing di tengah highway akibat bas rosak..amik gambar macam dah sampai..tak de lansung tanda2 risau dengan keadaan bas..


bajet di luar negara..

berjaya menangkap orang asli berkaca mata di gua musang..tapi sebenarnyaorang asli ini kawan aku..duwe..weaa..sori wea..silap orang..

banyak lagi nak citer..

untuk menghilangkan stress berada dalam kelas,aku dan kawan dah banyak buat perkara yang dapat mentenangkan jiwa..contohnya..berlumba motor ka?..wahaha..tu hanya cara2 orang yang bodoh memilih untuk menenangkan jiwa..tu bakan menenangkan jiwa,tu namanya menghancukran jiwa dan juga raga..aku tak bodoh..untuk buat jiwa tenang,aku melakukan aktiviti yang tak memerlukan aku buat muka stress..antara aktiviti2 yang aku suke lakukan:


1. pergi pantai semata2 untuk ambil gambar..pastu balik sambil tersenyum..


2. bergayut sambil buat gaya macam dah berjaya buat sesuatu yang mengaggumkan(contoh-dpat 10a1 dalam spm)..sambil jerit..mak ayahh..kami dah berjayaaa dengan cemerlang dalam examm!!biapun exam midsem yang lepas fail 2 paper..wahaha..

uikkss...dah magrib..banyak lagi nak diceritakan..sambung lepas2 ni la...semekomm..salam tahun baru kepada sume manusia..

Saturday, December 27, 2008

holidays come to the end..

bukak mata...tutup mata..bukak mata..tutup mata..sakit mata..dah nak sampai ke penghujung nyawa..eh bukan..(cakap jgn sebarang cakap)..penghujung kepada cuti akhir tahun aku tahun ni..dah nak masuk awal tahun..tak kira la tahun omputeh ke..tahun ISLAM ke..ape dah aku buat dalam cuti ni untuk buatkan hidup ku lebihberfaedah?yang pertama perkara biasa aku lakukan bila cuti adalah lebamkan mata sendiri dengan tido yang tak reti nak kabar ingat..ish..tabiat yang susah aku nak ubah..tahun ni gak aku dah buat satu benda yang tak pernah aku lakukan sebelum ini..apakah benda itu?melepak di tengah lebuh raya sambil tunggu di langgar kereta dutsun hijau?bukan..aku dah pergi pondok..haha..tapi tak lama..3 hari je..(masuk lam genius book of record untuk kos yang paling pendek periodnya)banyak gak ilmu masuk dalam kepala..walopun tiga hari,tapi aku rasa ianya amat berfaedah..pagi2,aku ngan adik aku lepak dulu dekat kedai kopi akak tea susu manis tahap akan terkena kencing manis tahap kritikal(potong segala2nya) jika minum tanpa teknik kawalan yang betul..apa punya akak la..ari pertama di kedai tu,aku tak leh tahan tergelak bila tengok sorang pakcik sedang mementong batu kepada ayam yang berada di tepi pagar rumahnya(mementong dengan muka stress)..yang tak leh blah,banyak2 batu yang dia lempar,satu pun tak kena..tapi sumenya menuju ke jalan raya..ak ternanti2 gak sebutir batu yg dia lempar tu akan terkena penunggang motosikal yang baru lepas gaduh ngan bini..sure aku dapat makan serabea(makanan yang diberikan selepas menanam orang mati) dengan tea susu akak yang manis gile2 tu..wakakaka...tapi alhamdulillah..hari ketiga aku duk situ,pakcik tu masih selamat duk mementong ayam2 dekat pagarnya itu..

aku suka time ustaz2 pondok tu mengajar..lucu siot..ade sekali aku tergelak sampai terkentut..tapi slow je la..nak buat ca ne,da lucu sgt..aku citer la sikit2 apa yang lucu..
1. kelebihan pak lebai berbanding mat rock..pak lebai mempunyai kepala yang licin..tak kira la kepala apa pun..atas or bawah..hahaha..tapi kalau mat rock,selalunya rambut panjang..serabut..begitu juga dibawahnya..hahaha..
2. semasa mengerjakan haji,orang laki kena belajar cara2 memakai pakaian haji dengan betul..untuk mengelakkan akan menimbulkan bahana kepada diri sendiri apabila kain yang dipakai tu tercabut tanpa disedari..wahaha..tawaf tanpa kain..tak pasal2 tawaf orang len same terbatal..wahaha..

Friday, December 5, 2008

the worst thing ever happened

semalam satu gurauan dari seseorang telah buat aku terkejut gila..menangis meraung..haha..malu beb bila ingat semula..orang yang pertama aku pergi nak mengadu bila dapat berita itu adalah mama )mak aku..perhh..dalam hati cuma Tuhan saja yang tahu apa yangaku rasa..jantung dah terjatuh sampai ke ibu jari..ginjal tu memang dah tak tau la dah pegi ke mana..maklumlah..aku tak pernah hadapi perkara cam ni dalam hidup aku..orang2 yangrapat dengan aku sumenya masih ade disisi aku..tiba2 seorangdarinya tiba2 mati...sape tak sedih..memang ujian ni Allah masih tak uji aku..Apakah kerana Allah sayangkan aku atau nak mengajar aku supaya bersyukur di atas nikmat yang masih Allah berikan kepada aku selama ini?Subhanallah..Allhamdulillah...nasib baik ade mak aku cuba tenangkan..huhu..time kasih mama..walopun berasa malu gila lepas tu,tapi nak buat ca ne..hahhah..da memang terkejut..untuk adik2 sume,along mintak maap banyak2 pasal kejadian semalam..jadi macam orang tak kaba..and time kasih banyak2 buat mama sebab masa tu along dapat rasa ca ne kasih sayang seorang ibu amat penting buat anaknya bila anaknya itu dalam kesusahan..walopun mama tak tau dan tak kenal kawan along itu,tapi tetap risau dengan keadaan yang berlaku..hidup ini cuma satu..hidup kerana menjadi hambaNya..kejadian semalam mengajar aku supaya lebih mengingati dan bersyukur atas nikmat yang masih diberikan kepada aku..yang sebelum ini aku kurang merasainya..selalu rasa tak cukup akan apa yang aku dapat..Ya Allah..ampunkanlah hambamu yang hina ini..seperti yang aku tulis dikepala blog aku ini..life full of sickness..but it teaches me to get ready to go to the new world..