one may says that life is full of sickness for me it is our exploration to get ready to go to otheR NEW WORLD..
Wednesday, October 21, 2009
terkilan kawe...
Friday, October 16, 2009
my prediction...
bahagian ini telah dibuang akibat telah dipercayai telah mengguris hati suci pelajar2 b.ed math..terutama yg tak dapat menerima kenyataan yg kemungkinan untuk ke borne itu ade..haha
tuh je la predict aku..yg lain2 aku mash tak dapat nak fikirkan..nak predict2 pun,asigment tak siap2 lagi..berat2...bila la sigment nak siap nih!!!
maaf saim2..tu hanya gurauan deh..
MY beloved SLR..

hidup aku sekarang sudah berubah semenjak mempunyai SLR..kawan2 semakin menyerabutkan diri dengan aku sebab nak suh amik gambar..aku menjadi terkenal di seluruh dunia..obama mula mengenal aku..meronta2 meminta aku mengambil gambarnya..tapi sori beb,camra gua tak amik muka2 pecah cam lu..Nik Aziz mula nak suruh aku jadi juru kamera tetapnya..tapi sebagai seorang yg lebih mementingkan anak2 bangsa,aku tetap memilih profession perguruan..Najib nak jugakk..merayu2 suh aku mengambil gambar mukanya bila dia melaungkan laungan satu malaysia..tapi sori beb, aku tak leh blah sgt ngan pemimpin2 BN ni...
tetiba..ketika aku asyik bergurau senda ngan camera aku..kedengaran suara2 memanggil nama aku..hmm..ni aku serabut ni..ade je orang nak suh amik gambar..
aku tak layan..teruskan bermain dgn camera kesayangan aku..
suddenly..belakang aku terasa seperti diterajang..kepala aku disiku berkali2..and kedengaran satu suara..
imie:weii!!apa lu ingat camera gua tempat lu curahkan kasih sayang ngan mencurahkan air liur basi lu ke??!!
zaki:ape sal lu ni??
imie:kamera gua tuh lu duk melelehkan air liur lu..rosak gak SLR gua ni..bek lu pergi sabun SLR gua cepat sebelum gua buatkan lu rasa kepedihan bila setongkol sabun masuk lubang hidung lu..
aku mengigau rupanya..tertidur semasa majlis pembentangan research..sambil memeluk camera SLR kawan aku yg diletak sementara di tepi aku..nguah..nguahhh..
Friday, October 9, 2009
eseimen PE aku..
perkara ni berlaku semasa aku berpraktikum..selalu je bila aku praktikum,bila je nak ngaja pj,budak2 kelas aku ni meminta2 untuk bermain bola je..ape diaorang ingat aku gunner ke..tau la muka ade iras2 gunner pun..aku tanya la diaorang ntuk penjelasan..
sir zaki:eh..ape sal PJ je korang suma nak main bola??
budak2:nama pun PJ sir zaki..kalau nak mengira2,waktu math la..tu pun kena ajar ke?ish!!sir pernah dengar tak orang makan bubur kacang ikut hidung?!!kalau tak nak melalui pengalaman tu,bagi kami main bola!!
sir zaki:agak kurang ajar jawapan itu..bkn setkat bubur kacang, bubur bijik durian gak aku sumbat2 ikut hidung budak2 ni!!
budak2:sir ni pelik la..dah la muka membosankan,waktu PJ nak suh orang belajar lak..kami tak kira!!BOLA!!BOLA!!
sir zaki:korang nampak tak tong sampah hijau kat depan tu??banyak sampah kan?
budak2:nampak cikgu!nak suh kami main dalam tu la tu..
sir zaki:eh tak la..kalau korang tak nak kubur korang dalam tu,jgn men bola!!
budak2:nak men bola gak!!!sir zaki,kalau tak nak kubur sir dalam bakul ijau tu,bagi kami main bola!!
sir zaki:masuk kelas sume!!!main bola masing2!!!
budak2:ok2..kami ikut arahan sir..jgnla serius sgt sir..
sir zaki:hahaha..tau takut...
sampai cam tu sekali keadaan..jadi bila diberi peluang ni,aku nak la guna otak aku ni untuk sedikit kebaikan..kaji nape budak2 tadi jadi degil tahap hampir2 buat aku gunakan terajang seperti yg selalu digunakan oleh guru2 aku dulu di belakang ku ini..adeehh..adehh..rupa2nya,cikgu PJ diaorang tak pernah nak ngaja..aku sempat la observe padang ketika waktu PJ,terkejut betol tengok keadaan padang..
keadaan 1:cikgu PJ pakai baju kurung..duduk berpayung sambil lap2 peluh..kasut tumit tinggi..ape dia ingat ni bertandingan model payung ke..pastu bagi arahan dari jauh.."eii budak..jgn main kasar sgt..!ehh..weii budak!ko nak rasa terajang aku ke!aku cakap jgn men kasar sgt!ni malas aku jadi guru PE yang rajin nih!!"
keadaan 2:budak2 bukak kelab bual..gelar kat kawan..guna nama2 tak patut..gelak2..pastu berembas..and dihabiskan topik perbualan itu ngan bertumbuk..
keadaan 3:guru2 PJ duk isap rokok kat stor..sambil berbual pasal isu bagan pinang..
haddoo..susah la ca ni..ca ne nak maju ca ni..isk..PJ ni bukan waktu kanak2 lepak2..bertumbuk or bukan bagi waktu bagi cikgu untuk relek2..tp waktu untuk kanak2 tu belajar mengenai keadaan fizikal diaorang..
fuhh..akhirnya siap gak eseimen aku nih..alhamdulillahhh..
Thursday, October 8, 2009
imran ajmain..rela ku menunggu mu..
adik kawe:bakpo gak alo napok teke(stress) po ore keno hambat bini no 1 ni??
aku:alo sedey layan lagu imran nih..sapa ko seribu tahun kena tunggu gewe dia..ape dia ingat ni zaman kaum2 terdahulu ke bleh hidup lama..lagu biar la logic skit..melayu..melayu..duk berbangga gak ngan 1 malaysia tuh..
sampai kan adik aku dapat detect aku tertekan sekarang nih..walapun aku seorang yg relek..rock..suka lagu imran relaku menunggu muu..walau seribu tahun lagi...tapi aku tetap ade perasaan tertekan..
sebab2 tertekan:
1)eseimen tak siap2 lagi..
3)reseh salah format..
2)present reseh dah dekat..tapi tak tau lagi nak present ape..
3)level mafia tak naik2..
4)muka terlalu ensem..
jadi kepada keluarga aku,(termasuk kpada yg bakal keluarga aku tu..khoh3)..aku memohon maafla kalau tak sempat nak berbual2..tak sempat nakk duduk makan lame2..walapun asyik duk depan laptop,tapi kije tak siap2..sebab aku jenih yang slow learner..
Wednesday, October 7, 2009
setiausaha baru untuk mak aku..
Saturday, October 3, 2009
reseach aku yg stuck...
pada kebiasaannya,my brain lancar je mengeluarkan idea2 bernas macam perdana menteri kita mengeluarkan idea satu malaysianya,tetapi malam ni ntah kenapa la jeng..stuck..semakin aku memaksa untuk menggunakan otak genius aku ini,semakin mengantuk rasanya..tambah2 lagi hujan yang ibarat dodoian ibu tercintaku yang mengalun supaya suruh tido semasa kecik2..masa kecik aku juruh..selalu suruh ibuku berselawat semasa mendodoikan aku...tapi bila besar ni,belum pe2 lagi dah tertido..mngkin warisan dari ayahku...nguahnguah..tapi kuah ke mana tumpahnya kalau bukan ke nasi kan..aku telah memerah otak aku ni selama berjam2 jam,tapi hanya berjaya keluarkan dua perkataan je..yang lain kebanyakannya darah2 beku..jadi untuk merelihkan tension aku ini,maka gatal la tgn aku ni nak mempublishkan post baru di blog aku ini..keinginan rasanya malam ni aku nak citer mengenai research aku..research lagi!!
tajuk research aku ni senang je,budak2 darjah 1 pun dapat buat (agak2la..ingat taraf pemikiran aku tahap budak darjah 1 ke?)..tajuknya adelah keberkesanan penggunaan Game dalam pengajaran 3 basic math operation yg melibatkan fraction..tajuk ni aku pilih sebab semasa kanak2,aku suka main card sambil main lompat2..jadi bila digabungkan,ternyata ianya menjadi satu educational game iaitu loop card.. loop card ni bila dtranslated menjadi perkataan melayu adelah kad lompat..bukan kad kredit..kad mesra, kad tesco ataupun kad raya..bila nama pun dah kad lompat,jadi cara main mestila dgn memegang kad lalu melompat2 sehingga anda berpeluh2..lelah2..n batuk2..agak2 la nak jadi budak berfikiran lurus pun..tu dah tahap tak gunakan otak namanya..
loop card ni merupakan game yang card2 nya berkaitan satu sama lain..kad tersebut mempunyai dua bahagian iaitu bahagian soalan dan jawapan..soalan di atas kad A,jawapnnya di atas kad b....tak paham??meh cikgu pahamkan..
kad A
bahagian soalan
ali merupakan budak yg hensem..mukanya ade iras2 cucur udang hangit yg kena pijak kat motor jiran sebelah rumah pak sedara dia..dia merupakan seorang budak yg selalu menolong orang tua dan menolong orang yg kehabisan minyak motor..ali merupakan budak yg normal dari segi fizikal dan mental...berapakah guli yg dipunya oleh ali?
bahagian jawapan(jawapn ni untuk kad lain)
43 ekor kuda yang dilanggar sampai kaki2 mereka kesemua tercabut
kad B
bahagian soalan
di suatu lebuh raya, ade 30 ekor kuda sedang bersiar2 di tengah2 jalan tanpa menghiraukan akan terabur pecah akibat dilanggar bas yg pemandunya memandu ala2 pandu sukoi..tiba2 mari lagi 13 ekor kuda yg rasa diaorang agak kebal lalu join kuda2 tadi..tiba2 ade sebuah treler buah dgn sengajanya telah melanggar kuda2 tak malu tersebut..berapa ekor kuda ke telah dilanggar kesemuanya??jawab..
bahagia jawapan
ali mempunyai dua guli..
nampak tak kesinambungannya?? lebih kurang cam tu la..jadi melalui game kad melompat ni,aku berkeinginan la nak kaji keberkesanan nya terhadap kecekapan budak2 mengira dan juga kebaikan yg akan diperolehi daripada bermainnya..kajian aku ni telah dijalankan untuk budak2 darjah 5 sk Sering(always in english)..
maka untuk mendapat kan data daripada kajian aku ini,aku dgn suka2 hatinya telah memilih 3 cara iaitu
1)test
2) questionnaire
3)observation
Test
Ujian yg dijalankan adalah dgn ikhlasnya bertujuan untuk mengkaji sama ada budak2 bertuah yg telah aku pilih itu Berjaya ke tak belajar dg lebih elok dgn menggunak kad lompat itu tadi..disebabkan tujuan kajian aku ini nak mengkaji kecekapan budak mengira,aku limit la masa menjawab kepada dua saat setengah…biar berdarah hidung budak2 tu menjawab..melawak je benarnya..aku pun akan berdarah hidung kalau masa dipertukkan hanya dua saat setengah..nak tulis nama dah dua minit..masa yg diperuntukkan sebeanrnya adelah 15 minit untuk sepuluh soalan..termasuk la nak tulis nama..nak ngorek pensil..nak jenguk2 kawan..nak menangis koz kena pecepuk kat dahi akibat jenguk2 kawan…
Questionnaire
Questionnaire ni bertujuan untukmengkaji benefits yg budak2 tu gained..contohnya :
1)melalui bermain loop card saya telah menjadi semakin beriman dan mempunyai hala tuju hidup..
Jadi,budak2 tick la diaorang setuju ke tak ngan penyataan itu..
Dapatan daripada test dan questionnaire ni telah dimasukkan kedalam SSPS untuk dianalisis datanya..akhirnya..hypothesis aku diterima..syukur alhamdulillahhh..Cuma..yg sekarang ni..nak buat report n summative..arghh..tertekan kawe!!tertekan!!!
dapat gak aku merelih tension malam ni..syukur alhamdulillah..walaupun cara aku merelih tensem ni agak pelik dan mungkin akan mengundang spekulasi,tapi ni la aku punya cara..hahhah..
