Friday, November 20, 2009

megi dan milo..


semalam,aku telah melakukan semula tabiat aku semasa kecik2..iaitu korek idong..tu mesti la,kl tak tersumbat la idong..sebenarnya adalah korek celeng (tabung)..kl dulu,aku korek celeng sebab nak wat beli kereta dash yankuro atau pun nak buat beli TORA, tapi sekarang aku korek celeng ntuk melakukan sesuatu yg bermakna sedikit..iaitu..buat makan...BSN (bank paling lembab pernah aku temui)tempat aku simpan duit2 elaun sekarang hanya tinggal RM 12.30..aku cuba kuarkan 12.20 ringgit..biar ade 10 sen je dalam tu..tapi limit dia menetapkan kena ada 10 ringgit paling skit..aku cuba berpuluh2 kali ntuk kuarkan 12.20 ringgit tu,mana tau mesin tu kasihan kat mamat sengket ni..lalu dia pun permis la aku kuarkan duit yg seceput tu..tapi mmg terbukti mesin tu tak punya hati kemanusiaan..yg dia kuarkan hanya resit..ni la akibat tak dengar kata2 orang tua..dah beratus kali dinasihat suh berjimat,tapi buat tak tau je..mngkin sebab sebelum ni aku tak merasai rasa susahnya ketiadaan duit..sebab elaun sebulan2 500..mak ayah lagi bagi..

 ni la rupa celeng tom and jerry aku..dan hasilnya selepas 5 tahun menabung..sedey..sedey..


apabila aku bukak aku pnya celeng,ada sedikit rasa hampa..duit lam celeng tu tak sampai separuh..haddoo..ni la balasan orang malas menabung..aku pun start la megira duit kesayangan aku tu satu persatu..cukup 3 ringgit,aku tutup semula celeng..tak leh amik lebih..nanti membazir..eh jap..kena amik samah lagi,wat beli air sirap..
sebelum keluar beli nasik dan air sirap (tak leh dah beli tea o beng laici..sobb..sobb)..aku terpandang maggi aku dan air milo..play more..learn more..dgn sepantas kilat aku masukkan duit tadi ke dalam tabung semula,lalu ambil maggi dan milo tadi..tapi fikiran aku serabut..duk pikir nape la aku gi sumbat semula syiling2 tadi lam celeng semula..kan elok pergi kedai runcit tukar ngan duit kertas..satu kije nak kira semula..


rupa meggi dan milo aku..disebabkan nak jimat,aku campur je meggi ngan milo dalam satu mangkuk..mmg mangkuk sungguh lah...(AMARAN:jgn lakukan perkara di atas tanpa pengawasan orang2 tua)..di akhir2 pengajian aku ni,aku sedikit diuji dengan masalah duit..tapi aku bersyukur kerana diuji dgn masalah duit dgn jumlah yang masih kecil..elok gak sedar masa ni..kl dah berhutang sampai beratus2 ribu baru nak sedar,dah terlambat...

aku dah berazam..mulai hari ini,AKU TAK AKAN CAMPUR ADUKKAN MEGI DENGAN MILO LAGI..kerana rasanya mmg pelik..


satu lagi..aku berazam akan pandai menguruskan wang sendiri..supaya masa depan aku tak gelap dengan utang2..niat aku nak beli vios diletak ke tepi dulu..hohoho..syukur kat tuhan kerana sedarkan aku sebelum ianya jadi lebih parah..


salam...

Thursday, November 12, 2009

tea o beng laici dan budak sek sering

pukul 6.30 ptg
selepas tidur pada tahap beruang kutub pada musim sejuk,akhirnya aku berjaya membuka mata..penat kursus KISSM masih tak hilang..tapi aku berusaha gak ntuk pulang ke kg halaman setelah lama sungguh aku tak menjenguk kg ku itu (seminggu lamanya dah aku tak pulang)..selepas packing2 apa yg patut,aku berjaya mengumpul 2 3 helai baju yg hendak di basuh..dan juga stokin ku yg dah seminggu aku pakai wat pergi kursus dan stokin yg sama juga la aku buat main bola ptg2..tapi aku heran,tak de lak yg menrungut stokin aku sedikt mengeluarkan bau yg tdk menyenangkan..tapi atas sebab perintah am bab L menyatakan bahawa stokin seorang penjawat awam mestilah dibasuh seminggu sekali untuk mengelakkan penjawat awam itu di bunuh dgn kejam oleh penjawat2 awam lain yg tak puas hati dgnnya,maka aku membuat keputusan ntuk membasuh stokin kesayanganku itu...

dalam perjalanan pulang ke bachok, aku terasa sedikit kelaparan..maka aku berhenti la di sebuah kedai makan yg agak2 nampak mewah...aku segarkan diri dgn menyerup air tea o beng laici yg aku ketagih sekarang ini..tiba2 ada sekumpulan budak2 pumpuan datang duk menyerabutkan diri di tepi aku ketika aku sedang menikmati buah laici..aku terus membuat tafsiran bahawa budak2 ni adalah peragut buah laici ketika orang minum2 di kedai itu..sesaat sebelum aku melekatkan kaki aku di muka diaorang..satu perkataan telah tersumbat di telinga capang aku ini.."Cikgu!"..

nasib baik la kaki aku masih sempat di elakkan daripada terkena diaorang lalu terkena pakcik di sebelah aku yg juga sdg minum air tea o beng laici dgn muka penuh layan kesedapan laici itu..tapi tak pe,dia dah maafkan aku..

aku tak berapa cam sebenarnya budak2 ni..anak2 murid aku yg mana ntah datang mengaku aku cikgu diaorang lak ni..aku pun mulakan la tutur bicara..

aku:awak ni sape sedap2 mulut panggil saya cikgu?awak sumo anok murid cikgu ko?
bdk2:hom la cikgu wehh..dop kenal ko sayo hok cikgu ajar bola baling ari tuh..tcikgu ni cikgu zaki kam?
aku:eh..salah..cikgu zaki yg lain..saya sir zaki..
bdk2:betol la tuh..cikgu ni selalu buat lucu yg agak membahayakan diri sendiri..kena kerusi gak dia ni..
aku:ye..betol la tuh cikgu..nape awak sume kat sini?nak pekena tea o beng laici gak ke?jgn harap cikgu nak belanja..cikgu ada singgit cukup2 je ni..silap ari bulan cikgu kena jadi kuli kedai ni ntuk sejam..
bdk:cikgu..kedai ni kedai mak saya..sya nak minum sampai pecah pundi kencing pun tak kena bayar..
aku:eh..kena!bayar kos hospital dan kos van jenazah..
bdk2:cikgu ingat tak kami sume ni?
aku:ingat la..budak2 kelas 1 Usaha tu kan?
bdk2:nampak sgt cikgu ni short term dan tak dapt mengenal pasti pertumbuhan kanak2 mengikut theory piaget..kami kelas 6 Usaha la cikgu!!(Usaha-mengikut kata2 guru2 sekolah tu, kelas Usaha ni melambangkan usaha seorang guru untuk mengelakkan diri dari menemui ajal bila berada dalam kelas itu coz murid2 nya yg melepasi paras normal..atau pendek citer,kelas paling belakang)
selepas lbh kurang suku jam aku lepak kat kedai tu bersama budak2 sengal tadi,aku pergi la nak bayar..niat ati nak mintak diskaun 50 posen (arga segelas RM 1.50),tiba makcik tu jawab..

makcik:tak pe la cikgu..anggap makcik belanja..kali pertama datang kan..
aku:llaaaa..nape tak cakap awal2..??bungkus nasi goreng USA special la satu..siap ngan air paling mahal kat kedai ni gak ye..nak wat makan malam..
makcik:agak melampau la tu cikgu..dah2..pergi balik cepat..

dalam perjalanan pulang,hidung aku tak berhenti dari meluaskan ukuran lilitannya akibat dari merasa bangga di kenali anak murid..mungkin aku dah dapat merasa sedikit apa yg penting dalam hidup seorang guru..bkn pangkat atau duit,tapi penghormatan yg diberi oleh anak didikannya..ceewaahhh..

ps:minggu depan aku akan menjelma lagi di kedai tu..khohh....khohh..

Wednesday, November 4, 2009

berkursus la pulak.

minggu depan insyaAllah aku dah start kursus yg orang2 tua panggil KISSEM..aku tak tau la ejaan tu betol tak,yg aku pasti cam tu la cara ianya dipronounced..apa itu kissem?adakah ianya merupakan satu keturunan dengan penyakit denggi berdarah ataupun penyakit yg dinobatkan sbg penyakit paling popular tahun ini,H1N1?hmm.. aku tak dapat nak bagi jawapan..sebab sekarang,mmg terbukti bahawa aku punya previous knowledge pasal kissem ni mmg zero..tapi aku punya previous knowledge pasal aktiviti semasa kursus dapt la aku kongsikan di sini..aku yakin sgt2 la,bila sebut 'kursus',anda mesti pernah mengalami situasi di mana apabila penceramah memulakan bicara..'assalamualaikum dan salam satu malaysia..'anda dgn immediately:
1)mengangakan mulut dgn luas..sambil air liur terkeluar berjuis2..
2)lalu berdengkur sakan ketika tidur megalahkan tidur malam yg mengakibatkan anda menjadi tumpuan masyarakat di dalam dewan..atau kl anda bernasib baik,anda akan melalut out of topik,bercakap ketika tidur..contohny..ketika suasana sepi..hanya kedengaran suara penceramah yg sedang bercakap dgn bersemangat walaupun dia tau tak de sapa nak dgr dia cakap..anda tiba2 bersuara dgn kuat.."APA!!kau belum potum lagi mat??!! lalu penceramah tadi menjawab.."of courseee!"(mulut muncung) dan disambut oleh akak sebelah yg juga sedang melalak tidur.."berbaloii..eh berbaloii2.."
3)kdg2 kaki berjentak mengigau dilanggar jet pejuang yahudi semasa anda berusaha nak pergi mengebom askar2 yaduhi laknatullahh..
4)dalam asyik anda melayan mimpi anda kena bom,tetiba anda terdengar satu sound.."click!" dan diikuti dgn suara hilai tawa kawan2 anda yg membuatkan anda rasa mudah je nak membunuh seseorang..anda dijadikan model ntuk mereka mgambil gambar..mereka mngkin akan menyumbat pen lancer 5 posen kedalam mulut anda..atau lebih teruk mulut anda akan disumbat kerusi (ni bagi kes yg tidur mati akibat tak baca doa)..selepas itu gambar anda dikongsi rakan2 lain lalu mencetuskan suasana yg agak melucukan...(bagi orang lain la..)

sbg seorang yg pernah melalui pengalaman seperti ini,perkara ini amatlah menjatuhkan maruah aku sbg seorang y amat terkenal dgn sikap sopan dan berjunrus..perkara ini perlu dielakkan..jadi aku sertakan di sini beberapa langkah yg aku lakukan untuk megelakkan anda melalui pengalaman2 seperti di atas semasa berkursus:
bila penceramah mulakan bicara
1)dgn sepantas atromen cirit, anda mengeluarkan handphone anda,carik je apa2 yg buleh melarakan anda..contohnya game pengguin yg pernah aku main semasa lecturer aku sdg mengajar..padahnya nama aku telah disebut dan telah dituduh tanpa bukti tak bagi perhatian..padahal aku bagi sepenuh perhatian kpd game yg aku men..kl tak,takkan la aku dapat top score..sapa2 nak game ni,bleh beri nama kat aku dan sediakan duit kecil (seringgit per head)
2)jika anda tidur melenggak ke atas (biasanya cara ni paling digemari oleh makhluk2 yg suka tidur di dalam dewan.)anda buat2 macam mengira lampu di syiling yg dah rosak..lepas tu cakapla anda ni mempunyai masalah bau mulut yg baunya akan megalahkan bau sampah kalau dibiarkan terperap lama..jadi mulut tak bleh tutup lame,kena biar terbuka baru angin masuk..dan air liur perlu ditukar selalu lalu mengeluarkan air liur tanpa rasabersalah..kalau beruntung,cicak punya air besar pun aku tumpang sekaki..kl mata anda tertutup,cakap je anda silau melihat lampu2 di syiling..
3)jikalau anda jenis yg bercakap semasa tidur,anda cuma perlu tidur mengiring..iaitu mengadap kawan sebelah anda..jika semasa anda tidur,anda tercakap sesuatu,anda bleh covernya dgn bercakap2 dgn kawan sebelah..tp pilih topik yg betol la..macam pasal2 keguruan ke..pasal masalah tidur dikalangan guru pelatih semasa berkursus ke..jgn pilih topik di mana akan mengantoikan anda sedang tidur..seperti anda melalut "saya terima nikahnya Pak Imam..jemput2 makan ape2 yg ada..saya nak pergi jenguk bini sya yg baru saya nikahi tadi jap.."
4) kdg2 anda mngkin memilih jalan yg akan amat memalukan anda ketika tidur,iaitu berdengkur..tapi anda tak bleh dipersalahkan jika berdengkur,sebab itu salah saluran pernafasan anda yg tidak begitu sempurna..jadi ntuk mengatasi suara dengkuran anda direkod dan dibluetooth antara kawan2 anda lalu dijadikan bahan ntuk mereka gelak sampai kekejangan urat betis,anda kena carik seorang kawan anda yg amat bleh dipercayai..anda pesan terus kat dia:
anda:mat..kl aku berdengkur,ko terus lempang aku kuat2 ye..biar sampai bersepai gigi aku..kl aku tak sedar gak, ko amik je kerusi hempap kepala aku dgn kuat..sampai aku senyap terus..pastu biarkan je la aku terbaring kat situ..sebab aku tak leh bangun terus,buat2 mati dulu..baru leh cover malu..tapi..kl aku mati betol,ko pergi la tahlil rumah aku ye..kat bachok je..kl bertuah,ko leh merasa laksam bachok..

itu sajelah cadangan2 yg bleh aku cadangkan di sini..selamat la mencuba..tapi yg paling baik adalah langkah ke lima
-anda motivasikan diri anda supaya tidak tidur di dalam dewan kerana kursus ini amat berguna kepada anda ketika anda menjadi guru kelak..jika tidak didengar dgn betol,maka rugi la anda melepaskan peluang yg amat berguna ini..cuma sekali dalam seumur hidup..dan yg lagi elok..anda niat,anda mempelajari ilmu2 baru di dalam kursus ianya merupakan tuntutan di dalam Islam untuk mempelajari sesuatu yg baru..supaya anda dapat memanfaatnkannya kelak..insyaAllah..

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad(Hadith)Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah."

Sunday, November 1, 2009

esok exam!!

isnin, 2 november 2009,
8.15 pagi..
aku akan duduk di atas kerusi yg dikhususkan ntuk pelajar2 pintar seperti aku..rasa amat selesa..aku dapat lihat semua kawan2 ku di tempat yg rendah dari aku..tiba2 ada orang datang kepada ku..dan mula berjadah:
orang itu:ni kenapa ko duduk di sini?
aku:sini ada nama engkau ke nak cakap ni tempat ko?
orang itu:tak de..tapi ko sekarng ni berada di atas stage..ini adalah dikhususkan untuk pengawas2 supaya dapat menditect sesiapa yg meniru lalu dgn senang hatinya melempar apa sahaja yg smpat dicapai diaorang kepada anda..ko ingat ko pintar sgt ke nak jawab exam kat tempat tinggi pada orang..sebelum aku gulingkan ko ke bawah..bek ko gulingkan diri ko sendiri cepat!
aku pun berguling2 mencari tempat di bawah..aku mengeluarkan barang2 aku seperti pencil, kertas jawapan dan yg paling penting tisu lap ingus diletakkan di tepi meja kanan..di tepi meja kiri pula aku letakkan penggorek kalam yg bleh dilaraskan kedudukannya supaya melekat di meja..kertas warna..gunting..gam..ayat yassin..tabung buluh aku yg dibuat atuk aku masa aku umor 2 tahun..gambar kimi..gambar mukhsin..suis motor kriss..dan yg paling penting sekumpulan toyol2 aku yg dah semalaman aku tulis..

8.30 pagi
pengawas peperiksaan:sekarang tepat jam 8.30 pagi..aku nak tido..sebelum aku tido,pastikan anda mendapat soalan bertajuk Peperiksaan Kanak2 Lampi Sedunia..hahaha..lampi rupanya anda semua ni..kalau anda mendapat soalan bertajuk effective mathematics teaching,sila pulangkan secepat mngkin..anda buleh mula mngeluarkan toyol masing2 dan gunakan toyol2 anda itu seeffective yg mngkin..

10 minit pertama..
aku pun mulakan dgn mencari pensil2, pencil2 warna aku yg tumpul..lalu menggorek nya dgn hati2 supaya tak patah..sebab mak cakap,kalau abis yg ni,mak dah tak beli yg lain..selepas menggorek pencil2, aktiviti kedua adalah kira duit yg ada dalam tabung buluh aku tadi..bukan setakat kira,tapi aku kena merancang penggunaan duit itu supaya ianya tak membazir..sbg seorang yg amat pandai menyimpan untuk hari tua,masa2 lapang cam ni kena aku gunakan sebaiknya..masa diperuntukkan adalah 10 minit..

20 minit selepas sepuluh minit..
siap mengira duit...selepas merancang dg sempurna kegunaan duit tabung aku itu tadi,aku mulakan aktiviti seterusnya iaitu membaca doa mendapat hidayah supaya aku tak sesat ketika menjawab kertas soalan..aku membaca soalan pertama..

soalan pertama: anda dikehendaki mengkaler gambar2 binatang buas di bawah yg mempunyai rauk wajah seperti anda..kalau tak de,buat2 cam ade..

apa ni soalan level tinggi sgt..macam mana aku nak analisis soalan cam ni..cam ne aku nak masukkan point2 learning cycle..5 learning principles..tanonamy bloom ape ntah..cam ne aku nak suggestsupaya soalan ni jadi lagi bagus..

aku pun mmbuat keputusan ntuk meninggalkan soalan pertama dgn harapan soalan kedua adalah soalan yg normal skit tahap level kepelikannya..

soalan dua:sila selesaikan soalan satu..

arhh!!tertekan..soalan dua pendek semacam..tapi amat susah ntuk diselesaikan..

aku mula tertekan..dua2 soalan amat mencabar minda walaupun aku telah terbukti talented and gifted student..cuma kdg2 tu asigment je dapat c and d..aku terfikir macam mana la kwan2 aku yg lain..bulehkah mereka mnjawab soalan2 ni..masa ni la aku gunakan yassin yg aku bawa tadi..dgn lafaz bismillah..aku mulakan bacaan yassin aku dari akhir sampai abis..aku menggunakan taranum yg sesuai..tgn ditelinga sambil ata dipejam..aku berasa bangga bila orang ramai bertepuk di atas bacaan merdu aku itu..20 minit telah digunakan ntuk mnghabiskan bacaan ini..dan akhirnya..nama aku telah diumumkan sebagai pemenang Qari kebangsaan mengalah kan qari dari arab!!aku bangun dgn bangganya.lalu pergi mengambil hadiah..dan memberi ucapan..

"jgnlah anda melarakan fikiran anda dgn perkara2 yg mengarut walaupun anda sekarang terbukti sedang kebosanan tahap melihat cerita2 drama melayu"

Thursday, October 29, 2009

my beloved pets

sekarang ni heboh dalam ipkb dengan pak gap tak cidik yg bajet cumel bila menghentam kepala guru pelatih..dia tak tau ke esok2 anak diaorang tu akan belajar ngan cikgu gak..tak guna otak punya olang..tapi aku tak nak citer pasal tu..aku nak citer pasal facebook bleh jual beli pet..aku heran la,macam mana lak bleh berjual beli lam facebook ni. seperti biasa sifat curiosity aku mendorong aku ntuk mempelajari benda2 baru..aku tak pasti la sama ada gelaja tak sihat ni dah lama bersemadi di dalam fesbuk ni atau pun tak,tapi yg aku pasti ianya mula terlekat di dalam kepala aku ni seminggu yg lepas.aku terkejut bila tgk aku dah dibeli sebgai ridzaun matnor punya pet pastu letak nama aku mike..rasa cam nak je aku simen2 ridzuan tu pastu letak kat tugu negara dalam aksi yg menghairahkan..(duwe aksi ghairah dia bila berlari sambil tangan kanan lam kocek..muka pucat..berpeluh2..dan muka mengukirkan senyuman yg tak seberapa nak ikhlas)..biasanyadilakukan selepas waktu rehat..
sedang2 aku berbeli pet2 aku,teringat pulak kepada arwah pet aku dulu yg diberi nama kimi..ntuk pengetahuan kimi merupakan pet aku yg paling jenius pernah aku miliki..kl dibandingkan ngan otak pak gap,aku rasa kimi jauh lagi cidik..kimi pernah memenangi anugerah lembu paling kuat tido dan makan..

ini la kimi..arwah lembu ku yg telah selamat berjumpa dgn tuhan..al-fatihah..dia ni kl bab makan,mmg menggerunkan skit..dia dapat tau dimana makanannya disimpan..bnyak sgt kenangan aku bersama kimi..termasuklah mencarinya pada pukul 1 pagi akibat dia tak balik rumah selepas bersiar2 dgn teman2nya..ingatkan kena culik ke..tapi rupa2nya dia sedang makan2 kat sebuah kebun sayur orang..resume kimi semasa dia nak interview jadi lembu aku..
nama penuh:kimi the legend
no kad matrik: pergi tanya abg jan..dia telah rampas aku nyer kad matrik disebabkan aku kuar ikut pagar roboh maktab..
umur: dia tak tau membilang.maka dia tak tau la umur dia berapa.dah bnyk kali gak aku ajar math kat dia,termasuk la counting forward and backward..guna batu2 sbg concrete material..guna active learning..tapi gagal..aku lupa..dia lembu..
kegemaran:dedak dan rumput yg dah diasingkan kemuncup
berat badan:10 kg..tapi inysaAllah masih buleh diupgrade kl diberi makanan yg berkhasiat seperti bijiran gandum ngan nestum (apa ko ingat ko lembu oram puteh ke nak bagi gandum)..
hobi: membaca surat khabar..(agak2 la..)
motto: hiduplah PAS demi masa depan yg cemerlang dan dijamin di akhirat..insyaAllahh..

sekarang..kimi sudah tiada lagi..mati di suatu hari raya..binatang yg tiada usah dikenang..mengalir air mata darah pun tiada guna..aku ada mukhsin sekarang..


ini la mukhsin..pet aku yg baru..dia ni pemalu skit..terutama bila ada perempuan..tak cam kimi..suara pun agak2 bunyi je bila bertembos..mmmboossshhhh..ehekk..ehekkkk.batuk2..kdg2 termuntah..dia ni lahir tak cukup bulan (7 bulan)..sebab tu kurang sihat skit..name sebenar dia ni micheal jeksom..tapi cam nama kristian lak..jadi setelah berbincang dgn adik2 kesayangan aku,kami sepakat meletak nama dia mukhsin (inspired by citer Mokhsin)..sekarang mencerminkan la nama Islam skit..aku ingat nak pakaikan kopiah atas kepala dia,tapi dia ada tanduk..susah lak..mukksin ni dulu masa mula2 diterima sbg binatang peliharaan cikgu Fikri,average berat dia dalam 4 - 5 kg je..kurusnya mengalahkan osman kering..pernah dulu satu kejadian di mana kambing pumpuan nak ngorat dia sebab ingat dia kambing (menunjukkan kecilnya dia).. nasib bek aku sempat menghindari peristiwa itu..tapi sekarang kalau tak cecah 400 - 500 kg,bkn mukhsin namanya..sekarang gempar kg aku dgn kes kecurian lembu..aku risau gak kl ape2 terjadi kat mukhsin..lalu aku telah nasihatkkannya..
aku:senn..aku ni tak leh la nak selalu temankan ko walaupun aku risaukan ko..tapi aku harap ko reti jga diri ye..
senn: mmboss..ehekk..ehekk..uwekkk..(muntah berdarah)
aku:nanti kl la ade orang datang pelawa ko masuk kereta,terutama kereta nasional,ko jgn terpedaya senn..ada dah kes makhluk sejenis ko terpedaya ngan pelawaan itu..akibatnya gambar dia dah disiarkan melalui berita tv3 dgn kepala terjulur ke luar tingkap..satu lagi kl pencuri datang,and dia tanya ko ni lembu ke tak,ko jawab bukan ye..ko jawab je apa2 yg patut asal bukan lembu..ko kawal la macho skit..buat2 cam innocence..contohnya jawab je..saya itik..ayam ke..tak pun ko jawab je ko pun sedang nak mencuri lembu sekang..mungkin pencuri tu akan tertipu ngan kata2 ko..

ni la kisah pets aku yg tiada tandingannya..semoga2 mukhsin tidak akan ditimpa apa2 incident yg tidak diingini..InsyaAllahh..

Tuesday, October 27, 2009

pagi yg indah untuk siapkan asigment..

pada pagi yg agak redup hari ini..kelihatan awan seolah2 ingin membuang air kecil lalu menurunkan hujan yg lebat..kekadang kedengaran juga awan dgn tdk sengajanya terkentut dgn menghasilkan petir yg kuat..kdg2 tercirit dgn mengeluarkan kilat berserta petir itu..aku masih lagi di bawah selimut..menanti tok bilal surau sebelah azan zohor.afdal skit,bangun2 terus leh semayang zohor..tapi akibat desakan assigment yg berlambak,aku terpaksa bangun walaupun masih begitu awal (pukul 9)..aku terus membuka laptop ku..tetiba..di dekstop,mata aku samar2 terlihat ada satu folder named G FORCE..MasyaAllahh..sape la bergurau biawak ngan aku ni pergi masukkan citer g force lam laptop aku..ni memang kes nak sabotaj niat aku nak buat asigment ni..aku memang alergik dgn cerita2 kartun 3D ni..aku terus beristigfar..tapi peluh aku mulai keluar..pandagan mula tertumpu di folder itu..tgn mula rasa gatal nak bukak folder itu..tapi aku terus menghalang dengan menghempap tgn aku ke meja..masukkan jari ke dalam kipas..basuh tgn pastu cucuk tgn kat plug bagi kena kejutan lektrik..tapi ianya tetap tak berkesan..tgn aku melawan lagi..kali ni mouse dah dipegang..arrow dah berada di atas file itu..dan..akhirnya..aku right klick..select open it with window media classic..tgn kiri mencari2 earphone philip aku..kaki mengheret bantal mint yg sedang tidur..lalu..melayan cerita itu selama 2 jam...sekarang jam menunjukkan pukul 2.41 petang..mata kembali mengantuk..dan..insyaALlah..lepas aku publish post ni,aku kembali beristirehat dgn tidur sehingga kedengaran pula tok bilal azan asar..akhirnya..sepatah pun asigment aku tak berganjak..ni la padahnya bila keimanan tak kuat..arhh..

Sunday, October 25, 2009

kesedihan..

pukul 12. 30 tgh malam semalam..satu perkara yg membuatkan air mata together with tahi mata aku menitis ke bumi membasahi lantai kayu rapuh rumah sewa aku yg nak roboh ni telah pun berlaku..seseorang telah menemui ajalnya di saat2 aku amat memerlukannya..ohh tidakk..aku rebah ke bumi..sebab tersepak bata2 pembinaan di depan rumah aku...wahai perinterku HP ku..kenapa engkau gelenyar2 nak menamatkan riwayat ko di saat aku banyak kerja nak dprint..tunggu la 2 minggu lagi..tapi...ajal di tangan tuhan..tapi aku tak berputus asa..aku teruskan operasi menyelamatkannya..dilempang2..di congek2..di hempas2..di hentak2 ke dinding..tapi sia2..printer aku masih tetap tak bernyawa..tetap menyepi walaupun plug dah disambung dan dah di on..perasaan aku berbaur2..rasa nak jirik2 pun ade..tapi sure aku kena jirik2 ngan mak aku lak bila aku kabarkan berita ini kepadanya..akhirnya..aku mengaku kalah..dgn perasaan nanti orang buat slek skit je,aku nak lempang..aku pergi menanam printer aku tu di belakang rumah aku..beside lembu jiranku lepak2 sambil makan rumput..sesekali lembu tu seakan2 datang kepada ku buat2 cam nak tanduk..perbuatannya itu mengingatkan pula kepada arwah lembuku,kimi..kalau kimi dulu,bila dia bergurau cam tu dah lama kene penenjek aku kat muka dia..pastu menangis la dia meminta maap..tapi kimi tiada tanduk..bertambah sedih lak rasanya..rasa nk je aku peluk lembu tu meluahkan perasaan sdh aku ini..tapi aku risau..sapa nak angkat aku nanti bila tanduknya mencucuk buah pinggang aku..

pukul 2.00 ptg..
berbekalkan mnyak motor RON95 yg kerajaan tipu rakyat cakap bahawa minyak ni lebih elok dari Ron 97,aku balik ke rumah ntuk mengkabarkan akan kepergiaan printer HP aku semalam(sebenarnya ada tujuan lain..iaitu tidur di atas katil kegemaran aku yg bau cadarnya...masyaAllahh..)..dalam perjalanan,tetiba di sebelah jambatan sultan Pak Nik Lah 1, aku lihat jambatan Pak nik Lah 2 dah hampir siap..tersergam indah..keluasan jambatan baru itu mengalahkan keluasan dahi Najik..cuma tak bercahaya dan berkilauan macam dahi najik..teringin rasanya aku nak merasai jambatan baru itu..sebagai seorang remaja bawah umur yg berpewartakan tampan bergaya dan pakar dalam bahagian mengkaji serangga..aku terus merempit dgn lajunya masuk ke laluan jambatan sultan pak nik lah 2 itu..tiba2..

pekerja hitam perempuan:dik..dikk..berenti..nak pergi mana ni??!
adik cumel(aku la tu):eh..ehh..macam mana orang itam leh tegur saya ni??padahal saya dalam kelajuan super sonik??dan macam mana awak ni bleh tergilis oleh jentolak perata jalan ni?sampai jadi itam cam tar gini??
pekerja:super sonik ape lak ko ni..jgn baca banyak sgt komek buleh tak??ni akibatnya bila budak tak reti2 nak berhenti tgk citer katun nih..muka pun ade iras2 spartan aku tengok..
adik cumel:eh..ikut suka aku la...jgn ganggu orang tua2 nak balik rumah bleh tak..
pekerja itam:jambatan ni tak leh lalu dik..
adik cumel:masyaAllah..jambatan kl tak nak orng lalu simpan lam kocek la...
pekerja itam:eh ko ni kan..ayat kl tak buatkan aku jadi makin itam cam rakyat sudan leh tak??!!ko tgk tak jambatan ni ca ne..penuh jentolak kat depan tu..maknanya??
adik cumel:ehh..agak mengutuk diri sendiri ayat ko..bleh tak jgn buat sesi question and asnwer kl tak nak aku hempap kepala ko ngan topi keledar arc rm 60 aku..or kl tak nak aku kutuk ko berat2 lam blog aku nanti..aku bukan pentafsir nak beri2 makna kat ko..
pekerja itam:jambatan ni tak siap lagi la budak!!!kalau ko nak digilis jentolak perata jalan tu and jadi itam cam aku...pergila..
adik cumel:masyaAllahh..kasihan akak..patut itam semacam..ingat dayang sinandung tadi..akak wat pe kat sini??kan tak pasal2 kena gilis sekali lagi..memang sure Sudan la bangsa akak pas ni..
pekerja itam:aku k***nk la wei!!origin ke**nk!!tgk ada merah atas dahi ni!ni tandanya aku ke***k origin and dah berkahwin!aku kalau hari2 biasa ada 3 line puteh atas dahi..tp ari ni gndum da abis bt capati ntk depabali..and aku pekerja sni!tak tengok ke topi kuning plastik digi aku pakai ni??aku tau aku nampak b***h semacam pakai topi ni..tapi bos aku suruh!ko jgn nak gelak..aku tak sanggup tengok gigi besar ko tu tersembur keluar bila ko gelak!sebelum aku buatkan topi ni cecah gigi ko ngan kelajuan sonik yg ko duk bangga2kan tu..bek ko lalu ikut jambatan sultan Pak Nik Lah 1 tuh..

aku bukan apa tak nak lalu jambatan pak nik lah 1..tapi bnyk sgt kenangan buruk telah berlaku di jambatan pak nik lah 1 ni..di jambatan ini lah aku pernah dipanggil beruk!!isk..muka spartan cam ni leh dipanggil beruk..nasib baik la aku tak sempat capai muka si polan tu..kl tak,aku pastikan mukanya akan jadi cam beruk..dan di jambatan ini lah aku pernah memanggil orang..weii gilo!!astafirullahhh...ini semua gara tiada kesabaran dalam diri aku ni..



ni la jambatan pak nik lah 1..jalan yg hanya memuatkan sebuah kereta pda satu masa..jambatan ini mempunyai ruang besar di tengah sebagai tempat untuk kereta berselisih..aku tak paham kenapa bentuk jambatan ni pelik semacam..syarat2 nak naik jambatan ini adalah:
1)tahan maki seperti cat nippon..
2)kesabaran tahap hero2 heroin cerita indon(yg lebih kepada tak cerdik pada pandangan aku)..eg:bawang puteh..madina..sekar..aqso..
3)tidak mempunyai penyakit keturunan seperti penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi, kencing berdarah..ataupun..kentut berdarah..dan buasir tahap akan mengeluarkan semua isi2 dalaman kl ditahan selama 1 minit..sebab anda mungkin tersangkut di atas jambatan ini untuk jngka masa yg lama..kalau kena penyakit jantung,aku pasti anda akan menemui tuhan dulu dari menemui hujung jambatan ini..

ini sajelan coretan aku pada malam ini..sekian..terima kasih..kkhooohhh..kkhooohhh...