Saturday, February 27, 2010

my skull

lamanya aku tidak berbonbot(buang tabiat) di blog aku yang sememangnyer kalau nak cari benda2 berilmiah,sepatah pun takkan jumpa..hanya sekadar tempat aku mencurahkan idea2 aku yang takkan dapat difahami oleh orang2 yang dah akil baligh..
aku tabik spring kat SK bandar putra yang telah menerima makhluk aneh ini menjadi guru di sana..
sebulan menjadi guru di sana tak de la benda2 yagn diluar jangkaan aku berlaku..paling teruk pun,seorang budak patah tangan di bawah jagaan aku...
cronologi kejadian..
sebagai seorang cikgu cemerlang,wa jadi jurulatih untuk lompat tinggi walaupun wa terbukti lagi sahih tak pernah pun masuk acara lompat tinggi..setakat jadi pencacai tarik tilam ke hulu ke hilir wa mahir r..tiba2 ada seorang budak dengan muka bangganya melompat,dan jatuh..tiba2..tgnnya macam ade sedikit kelihatan agak lucu..
wa relek..wa observe tgn budak tu..perhatikan elok2..wa tgk ade sedikit benjol di lengan tangannya..wa suspek ni penyakit alergik merbahaya keturunan yg diwarisi dari ayahnya..tb2 budak tu menjerit,,"cikguu..itu bukan penyakit berjangkit la woii..tangan saya patahh.."owh..patut nampak semacam..gelabah..panik..rasa macam nak start motor,lalu lepak kedai mamak sambil buat2 tak de benda berlaku..syukur la budak tu tak ape2 selain kedua2 tulang lengan kananya patah teruk..

aku telah dinobatkan sebagai guru yang paling layak untuk menjadi guru kelas 5 Visi..budak2 5 Visi yang telah membuatkan aku rasa betapa mudahnya aku untuk menghidapi penyakit jantung tersumbat..ataupun presure darah yg tiba2 mencecah tahap kena masuk kubur terus..nasib baik la buku rekod keluar tandas yagn ada dalam kelas itu cukup tebal untuk digulung2 lalu di hayungkan kat setiap kepala2 yang aku rasa aku patut hayung..tapi yg buatkan aku heran,budak2 ni lansung tak menunjukkan petanda2 awal nak kembali ke pangkal jalan..adeyh..tapi aku tak akan putus asa..aku akan hayung buku keluar masuk tandas itu ke setiap kepala yang layak untuk menerimanya selagi aku mampu..atau dengan lebih tepat sebelum aku lak dihayung2 oleh bapak diaorang..

hanya satu perkara je berlaku diluar jangkaan aku..iaitu..aku telah dilantik sebagai guru bahasa Inggeris..satu cabaran sebenarnya..maklum je lah..sebelum ni aku hanya speaking dengan semut2 merah.tu pun setelah semut2 tu mati dibunuh dengan kejam..tapi tak pe..aku akan anggap je budak2 ni semut2 merah tu..cuma bezanya aku tak perlu bunuh budak2 ni..

 
 tangga yang sungguh menakjubkan..tiap2 hari kalau tak pandang tangga ni,sambil buat mata terbeliak sambil sapu air liur yang meleleh kuar, tak berbaloi la hari tu...


Monday, December 21, 2009

panggilan ke KPM..

trruuttt..trruutttt...ehek..ehek..truutttt..
uto ensem:assalamualaikum..adakah saya sdg bercakap dgn PN........sila isi tempat kosong..
puan KPM: ye..PN KPM bercakap..jgn cakap banyak..saya sudah tahu apa hajat adik mencalling2 saya sampai berdarah telinga adik..
uto ensem:owh..macam ahli nujum lak ek?mmg dah berdarah..ni calling saya yg ke seratus berapa ribu dah..nasib baik PN KPM angkat..kl tak..saya yg akan angkat tgn..letak tepon kat telinga..kol sekali lagi..
puan KPM:dah2..jgn cakap banyak..ape tujuan adik kol nih?akak nasik kerabu tak sempat nak abis kan lagi nih..kepala ikan goreng celup tepung ni mmg sedap dimakan begitu sahaja..
utoensem:saya kol ni nak tanya..lori jenazah ada kosong tak sekarang..saya rasa saya nak muatkan akak dalam lori jenazah tu la..lalu tumbangkan dalam gaung..saya nak cek postim la!!
akak KPM:owh..saya mmg dah tahu tujuan adik..saya kan ahli nujum.hmm..sila bagi nombor kad topup sepuluh ringgit ye..
uto ensem:jgn loyar buruk leh..nih no ic saya....86...bla..bla..55..
akak KPM: jap ye..saya nak abiskan kepala ikan celup goreng tepung saya..hmm..adik dapat JOHOR!!tahniah sebab tak dapat negeri yg adik pinta..hahaha..padan muka!!
uto ensem:syukur alhamdulillah..ingatkan saya dapat kat tempat yg penduduknyer bercakap dgn lorat yang akhir bunyi K di belakang..contoh..kitak..sayak..kepalak bapak kok..
akak KPM:bleh saya sambung melahap ikan celup tepung saya ni?
uto ensem:eh jap..jap kakkk..akkaaakkk..
puan KPM:aku dengar la..jgn lah menjerit..gegendang telinga aku dah la yg mmg azali dah longgar..
uto ensem:ok2..sori2..bleh tak cek kawan saya punya..86...bla..bla..bla..
puan KPM:dia dapat kelantan..tahniahhh!!!sebab dia tak dapat negeri yg dia pinta gak..saya tahu dia pinta terengganu..
uto ensem:biar betol!!kelantan??
puan KPM:biar betol..biar betol..betoll..
uto ensem:alhamdulillahhh...

jadi..28 disember..aku akan berangkat ke johor..yg menjadi kerumitak skit di benak hati..aku sepatah pun tak dapat bercakap luarr..aiyakkk..mati dennn..mmg sure anak2 johor tak dapat paham percakapan aku nanti..
and kepada norhafieza..selamat lah berpostim di kelantan..
kepada semua kawan-kawan..selamatlah berpostim di tempat masing2 dan jgn lupa...kat mane pun kito diletakkan..kito tetap sep2 bed math uh 2006-2009..

dan yg paling dan teramat penting..terima kasih berjuta-juta lemon kat ibu bapa aku yang mendidik aku supaya jgn lupa berusaha ntuk berjaya dalam idup..dan kata2 yg selalu terlekap difikiran aku.." kalau taknak jadi penanam tembakau yg terpaksa bersusah payah ntuk boleh sesuap nasi,jgn sesekali malas belajar"..pesanan yg selalu bermain di fikiran aku..sebab di kg aku,kebanyakan nyer penanam tembakau and aku dapat rasai kesusahan seorang petani tembakau..segala usaha mereka tak mungkin dapat aku balas sampai la aku tersedak2 menunggu maut...

Wednesday, December 16, 2009

mood otok..

mak aku:elo..assalamualaikum..ini KPM ke?
akak tak tau name: ye..sini mmg KPM..ada ape2 bleh saya bantu?
mak aku:saya nak bertanya mengenai penempatan pelajar lepasan Maktab Perguruan yg program PISMP tu..sudah ada list nama penempatan ke?
akak tak tau nama: owh..saya sendiri sebenarnya kurang arif mengenai benda ni..tapi mengikut firasat saya,esok KPM dah akan hantar list2 nama pelajar kepada JPN mengikut negeri yang mereka dapat..

ini adalah secebis potongan perbualan antara mak aku dgn akak dari KPM yg tak sempat ditanya namanya..tapi dari pengamatan suaranya,aku rasa akak ni adalah perempuan..kalau laki pun,mngkin laki bersuara perempuan..akak ni mustahil adalah seorang lembu atau pun kerbau kerana dia dapat berinteraksi seperti manusia biasa..hari ni,16 disember 2009..pada 1 disember 2009, aku telah menelefon KPM dan telah diberitahu bahawa keputusan penempatan akan dapat diketahui pada 15 disember..tapi masih2 belum diketahui..takkan Disember tahun 2020 kot...apa yg KPM buat sampaikan nama penempatan masih tidak dapat diketahui?yang tak dapat tahu tempat ni tak pe lagi,tapi KPM lansung tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai penempatan lepasan maktab nih..dulu,KPM cakap postim 1 disember,lepas tu senyak cam tu je..ape ke hal nih?tak wat kijo ko?apa guna web page tersengkang kat internet kl tak nak update perkembangan semasa?sekurang2nya letak la yang postim 1 disember tu dibatalkan..tu pun payah ke weiii!!!aku hayun gak siku aku nih!!!astafirulllahh..terlebih otok lak..yg ada kat web page tu hanyalah mengenai pertandingan mewarna kanak2 sekolah rendah pedalaman ape ntah..dan juga tawaran biasiswa kpd pelajar akan ditarik..haddoo..pengurusan apa cam ni ni?memalukan la..dan juga menyakitkan hati..update la webpage tuh!!bagitau apa perkembangan semasa..jgn lepas bagitau satu benda,lepas tu senyap menyepi...dah la line tepon sibuk semacam..cam ni ke kementerian yg dianggap salah satu paling penting di 1 malaysia ni??

Nota kaki:aku tau KPM takkan baca penulisan aku nih..tapi sekadar lepaskan otok di otak...fuuhhh..dah tak otok lagi..

Thursday, December 10, 2009

dunia baru bagi apih


Ini aku punya adik..takkan abg lak kan kecil semacam je..nama popular yg digemarinya adalah apih..dan nama pantang disebut didepannya adalah "i'ah"(kozennya)..apabila disebut dia akan mula gelabah jika keadaannya pada masa tu tidak berseluar dan berbaju ataupun dia sedang dalam keadaan bad mood..umo dia mestilah di bawah tahap kanak-kanak bawah umor dan memerlukan penjagaan ibu bapa yang sepenuhnya..maknanya dia hanya dibenarkan melihat rancangan yg mempunyai tanda 'U' iaitu umum, dan dilarang sepenuhnya melakukan aktiviti2 yg akan mendatangkan bahaya kepadanya,termasuklah melakukan acara payung terjun,terjun bungee, terjunam kedalam gaung atau membawa kereta sama ada kereta tu adalah kereta maual ataupun auto..tahun 2010 merupakan tahun pertama baginya bergelar seorang pelajar sek ren tahun 1..apabila menyebut dia akan bersekolah tahun depan,terpampang di wajahnya keexcitednan ntuk bersekolah..antara tanda keexcitednannya itu adalah seperti selalu menanyakan bila tarikh sekolah akan dibuka walaupun dia sendiri sedar yang dia tidak mahir sgt dalam membilang hari dan bulan..ataupun dgn selalu menyidai uniform sekolahnya ditempat yg berpatutan risau kl2 baju yg baru dibeli itu tak dapat ditemui pada hari persekolahan nanti..selepas menganalisis tindakan adik aku ini,aku cuba reflect semula apa yg aku rasa semasa hari pertama persekolahan aku dulu..tapi mmg terbukti daya ingatan aku ni elok skit je dari daya ingatan itik..aku tak dapat nak ingat apa yg aku rasa pada hari pertama aku daftar sekolah dahulu..yg aku ingat hanya bila sampai disana,aku rasa nak terkucil..maka aku bertanyakan kat seorang akak manis(bdk darjah 2 agaknya) mengenai tempat aku dapat membuang air kucil aku ini..akak itu menjeling kepada ku,lalu senyum manis..perhh..dalam hati,mngkin akak ni dah terpikat dgn kecumelan aku..lalu dia pun menunjukkan tempat aku bleh kucil,iaitu di sebalik sebuah pokok ru..lalu dia gelak sambil lari lintang pukang..dalam hati,nasib baik akak tu dapat lari,kl tak aku tunjuk gak cara2 orang buang air tepi pokok..dia gak fobia ngan pokok nanti..


yg dpt aku ingat lagi di awal persekolahan aku adalah aku dilarang ntuk ke tandas oleh ustazah fardhu ain..sampai sekarang aku masih berdendam dgn ustazah berkenaan..masih jelas wajah ustazah tu dalam ingatan aku..ada ke patut dilarangnya budak darjah satu hendak ke tandas..dia cakap aku bosan dia ngaja sebab mmg muka dia terbukti membosankan...last2,aku tunjuk kat dia.."ustajah..wa punya suar da basah..tajah bertanggungjawab!!wa nak saman malu kat ustajah!!!.." nasib baik la tak de orang perasan..kl tak malu den..
di awal persekolahan jugak,aku telah mendapat gelaran aku sendirik dan ianya kekal sehingga sekarang..dulu,masa darjah satu,aku telah dibelikan sebuah beg berwarna merah jambu dan terpampang gambar gajah sekor..mmg cumel gambar gajah tersebut,dan telinganya mmg terbukti besar..kebetulan pulak,tuhan telah kurniakan telinga yang agak capang kpda aku..jadi,mmg sinonim dgn beg berkenaan..dan sehingga sekarang,kawan2 sekampung memanggil ku gajah..kurang asam!!tapi tak pe..dulu masa kecik2 ada gak rasa nak marah,tapi tu kenangan beb..tapi kl panggil banyak2 kali,mmg melayang gak pelempang aku ini..koh3..


jadi,kepada adik bongsu aku tu,selamat la menjadi murid sek rendah nanti....belajar rajin2..

salam..

Thursday, December 3, 2009

tips2 berpostim



tidak sampai sebulan lagi,InsyaAllah aku bersama  seribu lebih lagi makhluk2 aneh dalam first batch PISMP akan berpostim di seluruh ceruk2 Malaysia..
sebagai seorang guru baru di sekolah,anda tidak akan dapat mengelakkan diri dr terlibat dgn gejala2 tak sihat yg akan menstresskan anda tahap cipan terlekat bijik durian sebesar saiz penumbuk afdlin shauki yg gemuk tu..lalu..dgn perlahan2 perangai anda yg dahulunya ceria,suka memampus rakan2, pantang melihat anak dara terus adjust,suka buat sesuatu yg selalu mendatangkan kebencian orang lain mulai berubah..anda akan menyepikan diri..anda mulai terasa seperti anda mempunyai SUper Power seperti dapat bercakap dgn pokok2..binatang2 buas..jika keadaan lebih parah,anda akan mulai merasakan anda bebas ntuk melakukan apa2 seperti menyanyikan lagu negaraku dgn bersemangat ketika majlis tahlil arwah penghulu Kg..ataupun anda akan mengutip2 makanan2 di tong sampah..dan pada tahap seius,satu perkataan akan tersumbat di telinga anda..iaitu.."oree giloo..lariiii"..saya tau,anda mesti ketakutan sekarang..jgn ketarkan lutut dan dagu anda dahulu..di sini saya sertai tips2 bagaimana untuk mengelakkan perkara di atas berlaku ke atas anda..

1)sebagai seorang guru yg baru,anda tidak boleh bersikap seperti ayam jantan..bukan ayam pondan,ayam tambatan,atau ayam berak kapur,tapi ayam jantan..jika anda pernah analisis ayam2 jantan di kg anda,dia suka mengankat kepala,buat hal sendiri,berkokok dengan muka bangga(atau lebih tepat dengan muka suruh orang shoot ngan selipar jepun)..pantang jumpa pumpuan dia nak ejas(tanda ayam jantan ejas-dia buat2 macam badan dia berat sebelah lalu nak jatuh mengiring atas badan ayam pumpuan..bajet ayam pumpuan tu nak riba time dia jatuh)..maksudnya disini bukanlah anda tidak boleh berkokok atau tdk boleh mengejas dgn cara buat2 nak rebah cam ayam jantan tu,kl dah badan mmg mengiring,nak buat macam mana..dan kl anda berkokok,awal2 lagi orang ok anda ada something wrong..tp maksudnya jgnlah terlalu menunjuk2 kemampuan diri walaupun mmg terbukti anda jaguh dalam bahagian lari dalam guni ketika sekolah rendah dulu..buat sekadar tidak lebih dari apa yg disuruh..jgn menjadi ketua dgn rela hati,sebab anda akan diperhatikan..dan bila bergaul dgn orang kg,jgn angkat diri..kerana jika orang2 kg anda itu adalah orang2 kg orang Asli sarawak 0r sabah,anda mngkin dihadiahkan sesuatu di dahi anda..

2) jgn terlalu taksub atau ghairah dgn kerja anda..contohnya ketika kali pertama anda menjejakkan kaki di sekolah anda,anda dilarang sama sekali untuk terus berlari dgn kelajuan maksimum menuju ke mana2 kelas,lalu terus masuk ke kelas itu,dan terus menerajang guru yg sedang mengajar ketika itu,lalu merotan dgn sekuat hati mana2 budak yg anda rasa tak pernah siapkan kerja sekolah yg anda bagi..kejadian seperti ini akan mendekatkan anda kepada pemecatan on d sport perkhidmatan anda dalam perkhidmatan awam..yg sepatutnya,ketika kali pertama anda jejakkan kaki di sekolah anda nanti,anda menyapa sesapa yg anda jumpa dgn memberi salam dan salam satu Malaysia..tak kira la yg anda jumpa tu kucing,lembu2,tukang kebun,kl bernasib baik anda dapat menyapa akak2 kepada budak2 sekolah itu..tapi Awas..jgn terlalu mesra jika anda merasakan sekolah anda itu memerlukan anda menaiki Bot selama 7 Jam,helux 4 jam dan berjalan kaki separuh hari..masyarakat di sana senang jatuh hati kepada guru2 terutama yg ensem2..yang muka macam nangka kena jirik kat lori pun dinasihatkan jangan..walaupun muka anda terbukti buruk dan tidak disukai ramai,tapi di sana muka tu tak penting..yg penting,kerjaya anda yang amat disukai..


3)berbaik2 dgn guru besar walaupun terbukti guru besar tersebut tidak digemari ramai..ini amat penting ntuk anda kerana guru besar mempunyai kuasa yg besar dalam sekolah..jgn sesekali mengatakan tidak kepada guru besar,kecuali perkara itu membawa kepada dosa..sbg contoh,jika guru besar berkata:
GB:guru baru,buleh tak anda tolong handle satu house training ntuk guru2 sekolah ni tentang mengurangkan masalah tidur sambil berdengkur ketika mengajar..?kat sini susah nak cari penceramah,jadi saya harap awak je jadi penceramah
anda:bereh boss!!kerja senang je tu!kita buat sekarang ye boss!!
GB:melebih pulak mamat ni membodek..

4)selain guru besar,orang kedua yang perlu anda bodek adalah kerani..di kebanyakan sekolah,kerani ni merupakan seorang staff sokongan yang mempunyai raut wajah yang tidak begitu ceria dan menghampirkan diri kita untuk menyiku2 kepala mereka..pada tahap normal,kerani akan berinteraksi dgn kita dgn muka tak de perasaan atau lebih tepat dengan muka suruh orang hempap kerusi..tapi awas!!anda jgn sesekali menyiku,menghempap kerusi di atas kepala kerani itu,atau apa2 yang akan membuatkan kerani itu terasa sakit,termasuklah menampar kerani itu dgn sekuat hati sampai terberai cermin matanya dan berterbangan semua gigi2 palsunya walaupun alasan anda adalah ntuk menempis nyamuk di pp kanannya..seelok2nya selalu bertanyakan kabar kerani itu..cakap elok2 dgn dia walaupun anda tidak ikhlas..lebih2 lagi,jika anda belum diconfirmkan..kl buleh,setiap pagi,anda hadiahkan dia cermin mata dan gigi palsu baru(ni bagi kes kerani di atas)..jgn sesekali memandai nak bagi hadiah tak berpatutan,seperti pewangi hilangkan bau badan ataupun ubat penyakit berjangkit(seperti kusta) kepada kerani anda tanpa usul periksa..

5)mengelakkan diri daripada kerja yang banyak daripada guru-guru senior..kebiasaanya,sebagai guru baru tak buleh lari drpd di suruh oleh guru2 senior..atau lebih tepat,diraggim habis2an..anda tidak la buleh melatah dgn tiba2,sebaliknya mesti bijak menguruskan nya..mengurus disini bukan bermaksud dgn mengangguk2 kepala dgn bersungguh2 tanda buleh melakukan kerja tersebut,tetapi brmaksud kerja itu tidak akan membebankan anda..sbg contoh,jka anda disuruh menaip satu buku rancangan tahunan bagi semua darjah,ini dah buleh dikira melampau..jadi ketika anda disuruh,mula2..anda hendaklah senyum..relek..tenangkan fikiran lalu memulakan bicara:
anda:saya bukan tak nak buat cikgu..kl bleh,yang sekolah menengah pun saya nak buat,tapi kl saya buat banyak kerja,nanti guru besar tgk saya rajin,tak pasal2 saya dinaikkan pangkat..dah la baru ni dia dah tawarkan saya kenaikan pangkat ke DG 54 terus,tapi memandangkan ramai lagi guru-guru lama baru duk DG 44,saya tolak tawaran itu..cikgu mana nak?saya naik DG cepat ke,atau saya bagi peluang tu kat cikgu..cuma syaratnya,cikgu kena buat kerja tu kat kawasan awam la..baru guru besar nampak..


ini sajela tips2 yang sempat dikongsikan bersama-sama disini..pandai2lah kawan2 semua menjaga diri ditempat orang kelak..
salam..

Friday, November 27, 2009

bukan Haji Pak Mail atau Haji Pak Malang,tapi Raya Haji

raya haji 2009,merupakan raya haji yang ke 23 kali yg sempat aku sambut kat dunia ni..tapi aku masih gak tak de title haji kat depan nama..bila la agaknya aku dapat naik kapal terbang pergi ke Makkah..duit tabung dah hampir cukup (separuh celeng)..tapi nama masih tetap tak de lam list..belum dibagi rezeki oleh Tuhan barangkali..
Raya haji tahun ni agak kurang meriah jika dibandingkan dgn raya2 haji sebelum ni..dua orang dari adik aku tiada kat rumah..dua2 bukan sedang mengerjakan haji,tapi sedang berjuang dgn masa depan masing2..Gud Luck diucapkan kat EE dan juga Pokyam!jadi raya tahun ni aku tak nak la bermeriah sgt..tiada dentuman meriam di bangsal lembu Paksu(arwah jiran)..tiada letupan buah Sukun nenek aku akibat disumbat mercun..tiada lagi percikan t*hi lembu yang berterbangan di udara apabila diletupkan Pokyam dgn mercun bola yang dia beli RM 15.00 ringgit satu sumpit..rindu pulak nak rasai saat2  yang kl setiap raya,kl tak darahkan telinga dan jari dgn bunyi mercun,tak sah raya tu..aku sertakan sedikit manual2 nak meletupkan buah sukun dengan jayanya..

masukkan mercun ke dalam buah sukun dengan penuh kasih sayang..jgn terlalu dalam dan jgn terlalu tak dalam..



letak buah berkenaan di kawasan lapang yang telah dipastikan tiada adik2 kecil berada dekat..ketatkan kain pelekat sebelum menyalakan sumbu mercun tersebut..takut tercabut..susah lak nanti..

inilah hasilnya..amat membanggakan..tapi AWAS!jgn lakukan ketika ayah anda di rumah..takut anda yang akan jadi seperti dalam gambar di atas..


raya haji tahun ni,hanya satu benda aku pakai baru..iaitu kain pelekat cap Gajah meniarap..hasil hadiah daripada anak murid aku..kain ni aku terjumpa semasa sedang mengemas rumah sewa akibat dah nak berpindah..dan aku terkejut sgt2,nama budak yang bagi hadiah kat aku ni adalah budak yang pernah aku bagi dahi dia satu bujik buah duku..merah dan nampak amat menyakitkan (mata dia sedikit mengeluarkan air mata akibat menahan sakit)..sori bro...cikgu larang tak dengar sgt..terima la padahnya..hahhah.. tq diucapkan ntuk kain pelekat ni..jgn dia kebas ayah dia punya kain pelekat dah..
walauun raya tahun ni kurang meriah,dan sedikit rasa hiba dgn ketiadaan dua orang adik kesayangan,tapi aku sempat belajar benda baru sebelum aku bergelar cikgu dalam bulan 12 ni..iaitu cara2 melapah daging untuk orang korban dan juga rasa sakit bila pisau yang kita guna wat lapah daing tu digunakan untuk lapah tgn sendirik..


sebelum disembelih,lembu berkenaan hendaklah dibaringkan dulu..tak leh main hiris je..nanti kena penyepak dia kat tgn,bengkok gak tangan tu nanti..setelah direbahkan,terdetik sedikit rasa kasihan aku kat lembu ni..aku cuba berinteraksi dgn lembu berkenaan..dgn menumpukan sepenuh perhatian,aku pun dial la nombor tepon otak dia..
aku:lembu,ko sedih ke ni nak kena korban?
lembu:aku gumbira..sebab aku tak yah lagi kena jemur tengah2 panas oleh tuan aku..tak yah lagi kesejukan di bawah hujan..tak yah lagi di gigit nyamuk..
Makcik Mana Ntah cuba Mencelah perbualan aku:ooootttt..tengok sajo!!gi tolong tarik tali supaya lembu tu tak bangun nu dop!!
potong stim betol makcik ni..aku baru nak berkenal lebih rapat dgn lembu berkenaan...
selepas di takbir,lembu berkenaan pun selamat lah bertemu dgn Tuhannya..dan sekarang tugas aku untuk melapah daging..satu je peristiwa yang buatkan aku rasa nak lapah orang je..iaitu..Pakcik yang sedang melapah daging dgn aku masa tu,tidak mengkabarkan yang daging ntuk digulai sudah cukup..daging yang nak digulai hendaklah di hiris kecik2 (macam anak batu jalan),manakala yang nak dibahagi kepada tujuh bahagian cukup dgn sekadar dengan lapah2 sebesar lebih kurang saiz penumbuk..aku dah melapah hampir dua besen daging tersebut jadi kecik2 anak batu..dan aku mula la terasa musykil lalu berinteraksi pulak ngan pak cik senyap pelik ni:
aku:hmm..pakcik cool selamber pelik...nape pakcik lapah daging besar2 penumbuk,tak kena lapah sampai jadi kecik2 cute2 cam yang saya lapah ni ke?
pakcik cool selamber pelik:sebenarnya dik..kita hanya melapah daging cute2 cam adik buat tu hanya nak wat gulai..gulai dah masak pun dik..jap gi bleh makan..yang adik duk lapah kecik2 tu buat ape...pakcik tengok pun terasa nak tergelak..
selepas berinteraksi dgn dia la aku rasa angin sikit..lalu lepaskan geram dgn menikam2 daging lembu tadi..lalu..balasan tuhan terus diberikan kerana aku bertindak kasar dengan daing berkenaan..tgn terasa sedikit pedih..nak lapah daing pun dah tak selesa..lalu..aku letak pisau..terus balik...hehheh...


sekian saje coretan untuk kali ini..
selamat Hari Raya Aidil Adha..
maaf zahir batin..


Wednesday, November 25, 2009

berakhir sudah..


tanggal 25 november 2009,maka berakhirla hidup aku sebagai seorang pelajar di IPGM kota bharu..alhamdulillah..semuanya sudah selesai..Exam,insyaAllah tak de big prob..tapi kl big C,mmg ade..KISSM lak insyaAllah lulus gak..yang menjadi kemusykulin aku sekarang ni,aku dapat pergi sabah ke tak..lambat betol la BPG nak umumkan nama aku pergi sabah..aku dah tak sabar baa..(pura2)..aku gak dah mendapat surat lantikan..pada mulanya aku ingat kan surat lantikan ni macam surat bil api atau surat manggil nikah...nasib baik aku tak buang je..aku alah dengan surat2 ni,sebab kena baca..n aku mmg alah dengan membaca..kesedaran pentingnya surat lantikan ni bila aku bagitau mak aku tentang kebolehan sudah aku mendapat surat lantikan, aku terus dipeluk..hehheh..dari situ aku tau,surat ni mmg penting..jadi aku dah leminate semua surat2 lantikan tu..letak dalam satu peti besi berkunci berpalang..dan diletak bom masa yang akan meletup jika dibuka dgn tidak mengikuti prosedure2 yang telah ditetapkan dalam perintah am Bab C (Bab Cuti)..
dalam kegembiraan aku,ada gak kesedihan..mngkin persalaman aku dengan kawan2 sebatch semalam adalah persalaman terakhir aku dgn mereka..perasaan sedih tu mmg ada dalam hati,tak sedih tak de makna la berkawan..tapi masing2 ada haluan..terpaksala terima..haluan ke sabah..ke serawak..dan aku mungkin ke kelantan..

selamat berkhidmat dengan bagus dan cemerlang kepada semua kawan2 aku yang aku....nak cakap sayang tu..tak la..tapi..kasihi...sepanjang di maktab,selain belajar macam mana nak main kejar2 ngan budak2 bila mengajar nanti,bnyk gak benda lain yang aku pelajari,terutama dalam bab B,iaitu berkawan..kawan tak semestinya yang ngam ngan kepala buntut kita je..tapi merangkumi semua jenis makhluk..ada yang kita suka..ada yang buat kita otokk je..ada gak yang sampai tahap sampai aku berfikir - kl jumpa mamat ni dalam gelap senseorang,aku tikam je belakang dia..tapi suka tak suka,tu kawan kita..kita yang kena ubah diri supaya bersesuaian dgn mereka..tapi kalau tak tahan baca gak skit2,tak cukup ngan baca,lempang je terus..


kepada housemateku yang mmg terbukti kesengalan tahap otromen yang nyala lampu lop lep lop lep kat dada tunggu masa je nak mati,aku ucapkan terima kasih berjuta-juta kerana sudi berkawan ngan makhlus seperti aku ni..dan seribu kemaafan dipohon..rumah aku tak lekang dari gelak ketawa dgn penipuan mint yang muka tak bersalah..alih bahasa cerita oleh moazim yang melalut dan terbawa2 kat aku sekarang..rul..tidur bercakap..hehheh..mint..zim..rul and Lah endoro..aku akan ingat korang semua sampai bila2..gud luck my frend..


dulu..aku ada tiga perkara yang paling aku tak suke..satu,membaca..kedua,mengulang kaji pelajaran..ketiga, tolak motor akibat minyak abis (selalu berlaku di akhir2 bulan)..sekarang bertambah lagi satu perkara..iaitu..perpisahan dgn kawan2 yang amat rapat dgn aku...mmg sedih beb..