Wednesday, January 18, 2012

guru petang

salam..pada tahun ini,maka saya dengan rasminya telah menjadi guru petang iaitu guru bagi tahun 1 dan 2..murid2 saya sekarang kelihatan agak2 comel tapi boleh menaikkan semangat membara apabila diaorang buat2 relek  bila saya marah..
contohnya:
1)masih bersembang kencang walaupun saya telah memberi amaran akan baling budak2 sekalian dari tingkap 3 jikalau masih besembang dalam kiraan 5..
2)meminta ingin ketandas walaupun baru 5 saat saya mengeluarkan ayat "ok awak baru rehat,jadi tak boleh ke tandas sekarang"
3)mengucapkan "haii" kepada guru sambil berlari kencang mengejar kawannya yang baru sahaja juga mengucapkan hai dekat cikgu..
4)pantang keluar satu ayat dari mulut saya semasa mengajar,mulalah sekalian budak ingin bercerita hal masing2 seperti:
cikgu zaprol: ok hari ini kita akan belajar mengenaii....
adam:cikgu2,semalam kita nampak cikgu duduk atas kerusi ogawa sambil makan air cendol..
afiq:kita pernah jugak tau guna kerusi tuu..
amni:ehhh..arwah atuk kita tukang urut tauu..tak heboh bagaii punnn..
cikgu zaprol:subhanallah..alhamdulillahhh..laaillahaillahh..Allahuakbar..kuatkan kesabarankuu..amin..ok..hari ini kita akan belajar mengenai Keluarga Mak Usu/
rakesh:cikgu2,semalam kita minum susu lembu freshh2..
ini sajalah coretan saya malam ini setelah sekian lama tak coret2 akibat kesibukan kerja yg agak buat kepala otak sy serabut..tetapi alhamdulillah..saya masih mampu meluangkan masa untuk cuti raya cina bersama keluarga..sekian..alam..