Thursday, September 30, 2010

"saya pelajar kacak tahun 6 arif,akan membacakan doa pulang sekolah..kepada semua murid sila simpan buku dan bersihkan kelas.. guru2 pula,bolehlah bersiap2 untuk mengeteh di mamak..tempat biasa.."
inilah pengumuman yg paling aku tunggu2 setiap hari ke sekolah..tetapi kegembiraan hari ni sedikit tergugat apabila aku telah ditabur di depan orang ramai mengenai kelemahan aku mengruskan tugas aku..apa salahnya kl dipanggil berbincang berdua..kl tak dikantin pun, di KFC lagi elok..yg penting,aku dapat bagi feedback balik kepada persoalan yg diberi..kl setakat main tabur pastu blah,apa jadahnya..
akibat telah ditabur sebegitu sahaja,maka ngeteh hari ini aku telah order..milo tabur..
"anney!milo tabur satu!"

sedap jugak anney ni buat milo tabur..

Wednesday, September 29, 2010

kenapa hati aku ini begitu keras?

Sunday, September 26, 2010

pekan

kebiasaan aku pada hujung minggu adalah melayan beberapa movie hantu sampai pukul 10 atau 11 pagi..dan kebanyakan movie hantu tersebut,diakhiri dengan satu bunyi iaitu..trriiinnngggg..(bunyi alarm enset)..
kebiasaan itu ditukar kepada aktiviti melawat makabah angkat kepada dua kawan aku yg berada di pekan,pahang..antara aktiviti yg sempat dilakukan disana adalah
1)berkenalan dengan ahli2 keluarga (4 keluarga semuanya)
2)belajar cara-cara bergaul dengan orang2 tua..
3)melihat orang asli..
4)melihat oink oink dalam jarak yg agak dekat..agak dekat jugak nak kena samak..
5)mendengar cerita harimau.
6)cara-cara mengelak santau..
7)mengambil gambar..
bergaya bersama si kelabu comel..

 tuan punya Si Kelabu comel

 mr nik apiq(drifter terkemuka)





 keluarga angkat mr usop..sgt baik hati..aku jugak panggil mereka mak abah (ada 3 anak perempuan)
myvi dalam bentuk van buruk beks..

berjuta terima kasih diucapkan kepada sume keluarga yg telah memberi segala kemudahan yg melebihi kemudahan hotel 5 bintang kepada kami..

Thursday, September 23, 2010

j-robik

pukul 12.30,maka bergerak 3 kereta ke plaza pelangi atas jemputan pihak celcom yang nak sgt lihat persembahan J-robik(johorobik) dari sekolah aku..maka berperanan la aku sebagai ayah kepada 5 orang kanak2 perempuan yang sorang2 mulutnya..masyaAllah..silap tak bawak Singer punya mesin jahit,tenang skit hidup..
sesampai di sana, belum sempat aku sbg cikgu diaorang ni bagi arahan suruh beratur sambil tangan di bahu,jalan seiringan sambil nyanyi lagu2 patriotik,seorang daripada budak2 ni dah berlari2 ke arah mesin bayar parking otomatik dan cakap kat aku ngan kuat..
budak tak jaga nama baik cikgu:cikgu!ni la orang panggil mesin bayar parking otomatik..tadi cikgu cakap kat kelantan tak ade kan??ni bukan mesin air tin cikgu ye..saya bayarkan cikgu eh..
ada jugak yang masuk mesin otomatik ni karang..
belum sempat aku tarik balik budak tu,sorang lagi budak berlari ke arah meja guard dan bermain kayu cota pok gad yang pada masa itu tiada di situ..nasib baik hanya kayu cota yg ditinggalkan,kalau senapang patah,mmg dah ada yang kena bedil..
satu..dua..satu..dua..sekali lagi..satu..dua..satu..dua..
tarian zapin..bukan zizan..merupakan tarian yang gemar pusing2,kadang2 duduk,dan hayun2 tangan..agak baru bagi aku yg tak pernah tgk life benda ni..


video

sedutan sementara yang sempat di ambil..tak bleh ambil lame sgt,memori enset masih penuh ngan lagu2 raya..

aku sertakan vdeo j-robik versi lagu patriotik sekali..
mu teke sinih

Tuesday, September 21, 2010

anjal

sekarang UPSR sedang dijalankan..gejala jadual anjal merebak di setiap pelusuk SKBP..antara gejala2 jadual anjal adalah..
guru:
1.tekun berfesbuk di depan tanpa hiraukan kanak2..
2.tidur dengan bersungguh2 supaya tgh hari dapat sambung main fesbuk lagi
3.keluar kelas pergi tandas selang 5 minit akibat kebosanan..
4.cari sekecil2 kesalahan murid2 supaya dapat gunakan kepala murid untuk melakukan sedikit aktiviti regangan tangan ataupun kaki..

murid:
1.berbual2 tanpa faedah
2.perempuan-bermain batu seremban
3.laki-bermain bola menggunakan kertas buku latihan mathematics (nahas ko budak!)

sbagai seorang guru yg sgt dikenali dengan sikap pantang disuruh,terus angguk kepala tanda setuju tanpa fikir panjang (rajin tak bertempat),gejala2 di atas hendaklah dijauhi..jadi di sini,aku suggest kan beberapa aktiviti yg dapat menyusahkan murid2 selama beberapa jam dan dapat menghindarkan mereka dari buat kerja tak berfaedah..

1.aktiviti mewarna atau melukis..
-untuk aktiviti ini,cuba hindari dari beri kertas a4 kepada murid..tapi sebolehnya berikan kertas mahjong kepada setiap murid..sbg guru,anda buleyh menggunakan kreativiti sendiri untuk memilih tajuk lukisan tersebut..contohnya,melukis benda yg tak dapat dilihat..insyaAllah seharian murid2 masih belum dapat siapkkannya..

2. aktiviti membuat latihan
-aktiviti ini biasanya dilakukan oleh guru2 lelaki..aktiviti ini amat berfaedah untuk murid2..jumlah latihan bergantung kepada masa jadual anjal anda..jika masa jadual anjal anda 2 jam,maka cukuplah latihan mathematics sebanyak seribu latihan..tawarkan hadiah lumayan bagi yg dapat menyiapkkannya..contohnya,akan dihadiahkan sebulan gaji guru..tapi sila pastikan budak2 tak dapat siapkannya dalam masa tersebut,supaya mereka rasa mereka masih belum cukup pandai dan akan berusaha bersungguh2 lagi untuk belajar..

3.aktiviti membuat kerja2 pelik..
untuk aktiviti ini,guru buleh memikirkan ape2 benda pelik untuk dilakukan oleh budak2...bagi aku,aktiviti ini sungguh menghiburkan..dan lebih sesuai dilakukan untuk kelas belakang kerana minat mereka untuk belajar kurang..aktiviti tersebut ialah:
aku:kamu pernah lihat ikan bersin?
murid:lucu la tu tanya soalan cam tu..kami budak2 SKBP la..bukan budak2 SKMK (syarikat kenderaan malaysia kelantan)
aku:ikan akan bersin sekali je dalam setahun untuk membuang rumpai2 yg masuk kedalam hidung diaorang..
murid:ye ke ni cikgu?(muka penuh harapan)
aku:iye..dan kalau kamu nak tahu,seekor ikan di dalam akuarium di sebelah ni sudah setahun tak bersin..sape nak tgk ikan bersin,cikgu benarkan hari ni..
murid:sayaaa..sayaaaaa...

ini adalah contoh hasilnya..murid2 akan tidak jemu2 menjenguk ikan tersebut..sampaikan ikan2 di dalam tu nak buang air besar pun tak senang..ada budak cakap..

selamat maju jaya untuk pelajar SKBP dalam UPSR..terutama anak2 angkat ku..50 hinggit menanti korang kalau dapat 5A..keskes..

Monday, September 13, 2010

permulaan satu permulaan..insyaAllah..


pada 12 disember bersamaan3 syawal,alhamdulillah..keluarga aku telah yakin dengan kematangan aku untuk merisik anak gadis orang untuk diri aku ini..tepat jam 2.30 maka bermulalah perjalanan yang agak jauh (10 minit perjalanan dari rumah aku) ke rumah tersebut..
jutaan terima kasih diucapkan kepada..
ibu bapa aku yg sudah yakin dengan gadis pilihan ku..eheh
terima kasih jugak kepada ibu ku yg walaupun tidak berapa sihat,masih tetap gagahkan diri ke sana..
kepada datuk dan nenek yg telah menjadi orang tua untuk perbincangan..
kepada semua adik2 yang turut meriahkan majlis(didi yg menjadi photographer..huhu..)
kepada keluarga Nor Hafiza Mohammad kerana telah sudi menerima risikan tersebut dan untuk makanan yg sedap2 siap tapau..hohoho..

Nor Hafiza Mohammad
seorang guru prasekolah di sk tebing tinggi tanah merah..
secara praktikal,anak sulong daripada 6 beradik..tetapi senang dikenali dengan anak kedua..
seorang yg agak peramah,tapi tak terlalu banyak cakap.. 
berasal daripada keluarga sederhana..

sesi sarung cincin..timo kasih ma..eheh..
timo kasih adik2..=)




Saturday, September 11, 2010

coretan di hari lebaran..(menggunakan penulisan serius)

pagi bangun raya..
my ma:bangun sume anak2 ku..hari ni hari raya..bangun..bangunn..
ayat pertama yg aku dengar pada pagi hari raya..
mata dicelik..sapu sedikit amilase di mulut..korek2 mata..
ape lagi,sebagai seorang kanak2 cergas yg dari kecik sudah melatih diri sendiri untuk bangun awal2 pagi (pada hari raya la..),aku terus bangun sambil cakap.."ho..ho..ho..ho..lick!mia dah bangunn!
setelah berus gigi sebanyak tiga kali hayun kiri kanan,mandi sunat hari raya,maka berlumba2 la aku dan adik2 yg lain menghensemkan diri masing2..termasuk ibu dan ayah ku jua..semuanya kelihatan sungguh anggun
tepat jam 8.10,seperti biasa,sume akan bersiap sedia untuk berphotographi..semuanya dengan muka ceria2 kerana berjaya berkumpul di pagi raya..cuma seorang dari adikku tiada,berada di perantauan..
sesampai di masjid pantai damat,kelihatan masjid itu seolah2 dihias dengan beribu2 coklat m&m..sungguh berwarna warni dengan pakaian baru setiap orang..perasaan takbur dalam diri sedikit meningkat apabila aku juga dapat menunjukkan sampin baru ku..(baju tahun lepas punya..)..ramai yg memandang..aku berasa sungguh kagum..angkuh..lupa daratan..dalam hati.."eheh..hehe..huhuhu..ha..ha..wargghahahaaahaa.."
selepas selesai solat sunat,baru aku ingat..sampai aku merupakan sampin baru yg tak pernah dpakai oleh mane2 makhluk lain sebelum ini..perlahan2..bangun..jalan ke belakang..dan check..sangkaan ku betol..tag harga terpampang..(KAMDAR RM 30.00 sahaja)..
yie,senyum skit yie(biru)..yie sedikit risaukan peperiksaan SPMnya pada tahun ini..gud luck..gud luck..
keluarga tercinta..
di rumah nenek belah mak..ini baru separuh sepupu2..
bersama keluarga cikgu sata(betul tak eja neh..?)
tak!tak!saya tak tgk pun yg pakai baju biru tu!!kata adikku yg memakai baju jubah biru jugak..(tapi apa salahnya..wowowo)

Thursday, September 9, 2010

ops sikap

"sari berita penting..
ops sikap hari ini mencatatkan 18 lagikematian menjadikan jumlah kematian sejak 6 hari yang lalu menjadi 95 orang..sekian berita disunting oleh saya sendiri semasa berbuka puasa semalam"
terkejut..
risau..
lapar (puasa)..
dalam 6 hari,95 orang buleh sampai ajalnya di atas jalan raya..
syukur tuhan masih panjangkan umurku untuk terus bernyawa di bumiNya ini..

mengikut statistik yg dikeluarkan oleh tv3 semalam,70 peratus punca kemalangan adalah berpunca daripada pemandu sendirik,iaitu melebihi laju..
ini terbukti berdasarkan pengalaman aku balik dari johor..sebuah kereta viva dengan kelajuan lebih kurang 140km/j tanpa segan silu memotong2 kereta2 di hadapannya walaupun di selekoh..
ini juga membuktikan rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa kereta yg diaorang naiki itu bukanlah dicipta dengan teknologi makhluk asing yg mampu menerima apa2 hentakan termasuk hentakan lori treler..
mengikut seorang kawan aku yg balik dari KL,satu kemalangan telah berlaku di sebuah jalan dan telah mengakibatkan kepala mangsa terputus..dan sudah pasti meninggal dunia..masyaAllah..moga2 dijauhi diri aku ini dan orang lain dariapda kejadian seperti itu..
jadi kepada rakyat malaysia (selaku pemandu jalan raya),hati-hati lah anda di jalan raya..jgn kerana anda,orang lain turut menerima kesannya..kalau taknak ingat orang tersayang pun,ingatlah amalan anda mungkin masih belum cukup untuk menemui ajal..jadi pandu perlahan..asal selamat sampai..insyaAllah..

moga2 perjalananku kembali kejohor dan jugak perjalanan perantau2 lain nanti selamat sampai..aminnn...

Wednesday, September 1, 2010

dulu vs sekarang

jika dulu,di musim perayaan,aku akan sediakan duit seratos atau lebih untuk beraya sakan membeli baju raya supaya nampak segak bergaya..(kononnya)
tapi sekarang,aku menyimpan 100 ringgit untuk balik ke kampung..baju raya,segak tak penting,asal sampai rumah dengan selamat dan bersalaman dengan sume ahli keluarga lain di hari raya..

jika dulu,aku menanti hari raya dengan penuh rasa gembira kerana menanti kepulangan ahli keluarga yg kejauhan..
tapi sekarang,aku menanti hari raya dengan penuh rasa gembira kerana menanti hari untuk pulang ke kg halaman..

jika dulu,di musim perayaan,aku akan pergi rantau panjang beli stok mercun..jual dekat rakan2 yg mengirim..
tapi sekarang,keinginan untuk bermain mercun tiada di hati..nak buat macam mane,jarak ke rantau panjang lebih kurang 1000 KM dari sini..

jika dulu,di musim perayaan,muka akan bersinar2 bila nampak mak atau ayah sedara..lebih bersinar apabila diaorang kuarkan sampul duit raya..
tapi sekarang,aku mencarik sampul duit raya di Giant untuk diberikan kepada ahli keluarga terdekat..(limit 2 posen je satu sampul..)

jika dulu,du musim perayaan,aku akan melambai2 kawan2 yang balik dari perantauan..
tapi sekarang,aku lak melambai2 kawan2 kerana aku sudah jadi perantau..

jika dulu, aku masih bergelar pelajar..
tapi sekarang sudah bergelar guru..

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
(masih ada 10 hari nak raya..semangat punya pasal..)
(gmbar mat kacak entah dari mane aku pau..)