Tuesday, November 19, 2013

oh anakku

Assalam..
Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi diatas kurniaan ANAK kepadaku dan isteri. setelah 2 tahun mencuba, kami dimurahkan juga rezeki untuk merasa kebahagiaan mempunyai anak. Setelah penat lelah mulut acik2, jiran tetangga, tok peraih ikan, tok seh kedai runcit, tok mudim bertanya kan aku mengenai anak, mungkin dengan doa mereka juga, maka pada 19 oktober 2013 lahirlah seorang bayi yang diberikan nama Muhammad Fateh Aryan b Ahmad Zafrullah Zaki. dilahirkan secara pembedahan akibat lemah katanya doktor. Alhamdulillah isteri selamat dan sudah sihat. anak juga selamat dah sihat. orangnya kecil sahaja, matanya celik melihat sekeliling,mungkin excited melihat alam baru yg bakal ditempuhinya. Di kala melihat kelibatnya kali pertama, hati aku berasa sungguh..Ya Allah..gembira yg teramat . Tetapi pada masa itu juga ada sedikit rasa risau dalam hati. Matanya yang celik pada masa itu seperti ingin memberitahu sesuatu. Setelah di azankan di 1 Nilam, aku memberi salam kepadanya dan mengucap syahadah. matanya masih celik, puas aku tatap matanya, tapi tidak mengerti.

Saturday, December 22, 2012

pindah

Bismillah dan Salam

Inilah sekolah di mana ana akan menimba dan menambah lagi ilmu ana dalam bidang pendidikan..jauh dari bandar, jauh dari Mapley, jauh dari kawan2 dahulu, jauh dari TGV (ohh)..jauh dari kemeriahan Bandar Putra, tapi ini yg ana pilih iaitu ana semakin dekat dengan family ana..

SK Karangan, terletak di Kg Karangan, kuala Krai, Kelantan. kawasannya agak berbukit dan sejuk di pagi hari, mempunyai pemandangan yg agak cantik, dan yang paling penting, jauh dari PPD..Jalan masuk ke sekolah ini agak terpencil..jalannya yg kecil, kadang2 kelihatan seorang2 dua budak sedang berlari tiba keluar dari hutan, buah durian bersepah tengah jalan, dan di tepi sekolah terdapat sebatang sungai..hati kecil ana begitu riang untuk berkhidmat di sekolah ini..seeeriang riang-riang di atas daun tembakau di kala hujan lebat..seeeriuh ibu ayam ketika telurnya dikebas bibikku..seeeelamat malam..semoga ketentuan yg telah ditetapkan ini adalah yg terbaik buat ana dan family ana..

masa minum susu sudah..salam dan tabik..

Wednesday, January 18, 2012

guru petang

salam..pada tahun ini,maka saya dengan rasminya telah menjadi guru petang iaitu guru bagi tahun 1 dan 2..murid2 saya sekarang kelihatan agak2 comel tapi boleh menaikkan semangat membara apabila diaorang buat2 relek  bila saya marah..
contohnya:
1)masih bersembang kencang walaupun saya telah memberi amaran akan baling budak2 sekalian dari tingkap 3 jikalau masih besembang dalam kiraan 5..
2)meminta ingin ketandas walaupun baru 5 saat saya mengeluarkan ayat "ok awak baru rehat,jadi tak boleh ke tandas sekarang"
3)mengucapkan "haii" kepada guru sambil berlari kencang mengejar kawannya yang baru sahaja juga mengucapkan hai dekat cikgu..
4)pantang keluar satu ayat dari mulut saya semasa mengajar,mulalah sekalian budak ingin bercerita hal masing2 seperti:
cikgu zaprol: ok hari ini kita akan belajar mengenaii....
adam:cikgu2,semalam kita nampak cikgu duduk atas kerusi ogawa sambil makan air cendol..
afiq:kita pernah jugak tau guna kerusi tuu..
amni:ehhh..arwah atuk kita tukang urut tauu..tak heboh bagaii punnn..
cikgu zaprol:subhanallah..alhamdulillahhh..laaillahaillahh..Allahuakbar..kuatkan kesabarankuu..amin..ok..hari ini kita akan belajar mengenai Keluarga Mak Usu/
rakesh:cikgu2,semalam kita minum susu lembu freshh2..
ini sajalah coretan saya malam ini setelah sekian lama tak coret2 akibat kesibukan kerja yg agak buat kepala otak sy serabut..tetapi alhamdulillah..saya masih mampu meluangkan masa untuk cuti raya cina bersama keluarga..sekian..alam..

Wednesday, September 7, 2011

moment capt

salam..gue dengan tak tahu malu ingin mengumumkan bahawa gue telah create satu lagi blog gue yg gue lebih utamakan mengenai bidang photography..
http://moment-capt.blogspot.com
walaupun blog ini masih dalam pembinaan dan telah terbengkalai akibat tidak cukup modal dan masa..sila lah follow kl tak keberatan (ni mmg tak tahu malu punya ayat..kl anda rasa nak lempang orang dengan ayat ini,sila cari kepala tangga atau pun jadikan kepala lutut anda sebagai mangsa)..juga menawarkan pakej2 photography yang harganya mmg setanding harga mydin..(untuk makluman dan pengesahan,statement gue ini tidak didajalkan oleh member2 yg tak sengaja telah bukak blog gue,mmg gue yg keluarkan dalam keadaan sedar dan dalam keadaan sah sembahyang fardhu)..tq..=)

raya 2011

salam..
al-kisahnya pada tahun ini,apa yg diimpikan ketika kanak2 dahulu untuk beraya bersama isteri di rumah sendiri telah pun dimakbulkan tuhan..Alhamdulillah..kedatangan orang baru di pagi hari raya sbagai ahli keluarga yang baru sedikit sebanyak menambah keceriaan hari raya di rumah gue terutama gue..selain itu turut menambahkan kepelbagaian makanan di rumah aku seperti roti celup telur dan majerin goreng yg amat sedap jika dimakan panas2(tak sesuai untuk dicicah cili sos atau air nescafe kata isteriku,tapi terpulang kepada citarasa masing2...kek coklat yang ledend dan koktey(kerjasama antara tiga tukang masak)
 
kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..jemputlah datang ke rumah cuti akhir tahun..maaf kl gue ada tergurau sampai tahap yg mendekatkan kepala aku disapu bersih oleh pelempang kawan2..
maaf juga sebab tak tetap pendirian dalam penggunaan kata ganti nama diri..atee mmg lemah dalam tetap pendirian..

Saturday, July 2, 2011

ah chai punya durian

salam..
akibat sudah tiga malam mimpi makan durian tanpa buang kulit,maka gue nekad hari ini untuk mencari mana2 apek jual durian yg sanggup let go durian dengan harga murah2 tanpa mengira kaum,selaras dengan slogan pak jib satu malaysia..selepas satu jam menilik satu2 muka apek di satu pasar kulai,maka aku memilih untuk pergi ke kedai apek yg muka penjualnya lansung tak menunjukkan muka ingin menipu pembeli yg blur2 cam gue nih..
durian ah chai yg nampak sedap dari luar..kuning!durian ni akan sertai Bersih 2.0 nanti..
gue:ah chai,ini durian berapa ringgit?mana kulit?lu dah makan ke?sebab lu dah makan kulit,jadi harga mau kasi potong kaw2 punya chai..
ah chai:bos,ini durian keluar dari pokok mmg tak de kulit..mmg tip top punya durian..beli la..satu pek ni gue bagi lu harga anak belanak gue la,sepuluh hinggit je satu..
gue:ooo..ok2..gue amik dua..(mmg tak pikir panjang punya gue!)
sesampai di rumah,tanpa memberitahu hosmate2 yg lain,gue makan durian ni sorang2,dan ketika gue sedang ingin membuat mimik muka nikmat dan gelak besar dpat makan durian,gue rasa durian ini ada sedikit masam..ada sedikit rasa nak baling bijik durian dekat jiran sebelah sedang basuh kereta..gue bungkus pek pertama,masukkan dalam tong sampah..berlari gue untuk rasa pek kedua...gue makan dengan bulu kening gue terangkat sebelah,tanda nikmat dpt makan durian,tetapi tiba mata gue terpaksa dipejam rapat..gue tilik betul2 durian gue makan,mmg tak de rupa pauh putik atau limau..rasanya ada masam ala2 busuk skit..bungkus,buang..bukak laptop,layan lagu perpisahan ini..zzz..

Sunday, June 26, 2011

awok dan bini di sabah

salam..
alhamdulillah..perjalanan awok selama lima hari ke sabah bersama bini awok akhirnya berjalan tanpa apa2 benda pun terputus seperti putus jari,putus tangan,putus hubungan atau putus nyawa..
antara aktiviti yg awok lakukan adolah:
1)memekik lolong apabila melihat kapal terbang..awok mmg teruja dengan kapal terbang,sebab awok punya cito2 maso kecik,awok nak jadi tayar kapal terbang..tapi takdir tak membenarkan..

sempat pulak budak dua orang ni duk buat kerja rumah tepi kipah kapal terbang..kalu la awok pun bleh lepak2 macam bebudak ni,awok sejukkan kopi jantan panah awok depan kipah kpl terbang ni..
 
awok sempat memerhatikan kerja tak berfaedah mamat duo ekor ni..sempat lagi jual boger complete pakej dengan sluppy depan tangga..tapi seriusly,boger dia sodap..perlu dicuba..
2)hari kedua,awok sampai,awok terus ke kundasang..awok sukoo..awok sukoo..(ado sobabnyo)..

 ni la bini awok..dio mmg suko cium bau bungo rayo..tapi silap hari bulan,masuk mulut slow2..
awok dengan bini awok di pekan nabalu..tin berkarat jadi tripod..sebab tu awok terpaksa peluk bini awok..(stail cari alasan takde kaitan walapun orang tak tanya bakpo peluk bini sungguh sangat)

posing paling digemari bini awok iaitu stail burung terbang dengan riak wajah macam anak burung baru dpt terbang..jgn terbang jauh2 sgt yo bini awok..awok tak dan nak igap nanti..

awok dan bini awok di dairy farm (syurga bagi lembu2 susu)awok suko posing ni..tak tau eh napo neh..


 ni la tempat yg bini awok paling suko (tempat paling awok paling takut)..bini awok suko mencari bendo tersembunyi di sini..tmpat ni dipanggil pasal philipine..awok lagi suko kalau tmpat ni dipanggil pasar segalo mok neko..macam2 bendo ado..awok raso macam lepah berjalan itik keliling bangunan sekolah (selalu dilakukan ketika di sek rendah) apabila siap jalan2 di pasar philipine ni..saranan:menyediakan kerusi roda untuk orang2 yg lutut lemah seperti awok..



sampai sini ajolah coretan awok mengenai perjalanan awok ke sabah bersamo bini awok..sekian..
kepada bini awok, semoga bini awok jago diri molek2..jangan lompat ikut suko hati lagi..salam..