raya haji 2009,merupakan raya haji yang ke 23 kali yg sempat aku sambut kat dunia ni..tapi aku masih gak tak de title haji kat depan nama..bila la agaknya aku dapat naik kapal terbang pergi ke Makkah..duit tabung dah hampir cukup (separuh celeng)..tapi nama masih tetap tak de lam list..belum dibagi rezeki oleh Tuhan barangkali..
Raya haji tahun ni agak kurang meriah jika dibandingkan dgn raya2 haji sebelum ni..dua orang dari adik aku tiada kat rumah..dua2 bukan sedang mengerjakan haji,tapi sedang berjuang dgn masa depan masing2..Gud Luck diucapkan kat EE dan juga Pokyam!jadi raya tahun ni aku tak nak la bermeriah sgt..tiada dentuman meriam di bangsal lembu Paksu(arwah jiran)..tiada letupan buah Sukun nenek aku akibat disumbat mercun..tiada lagi percikan t*hi lembu yang berterbangan di udara apabila diletupkan Pokyam dgn mercun bola yang dia beli RM 15.00 ringgit satu sumpit..rindu pulak nak rasai saat2 yang kl setiap raya,kl tak darahkan telinga dan jari dgn bunyi mercun,tak sah raya tu..aku sertakan sedikit manual2 nak meletupkan buah sukun dengan jayanya..
masukkan mercun ke dalam buah sukun dengan penuh kasih sayang..jgn terlalu dalam dan jgn terlalu tak dalam..
letak buah berkenaan di kawasan lapang yang telah dipastikan tiada adik2 kecil berada dekat..ketatkan kain pelekat sebelum menyalakan sumbu mercun tersebut..takut tercabut..susah lak nanti..
inilah hasilnya..amat membanggakan..tapi AWAS!jgn lakukan ketika ayah anda di rumah..takut anda yang akan jadi seperti dalam gambar di atas..
raya haji tahun ni,hanya satu benda aku pakai baru..iaitu kain pelekat cap Gajah meniarap..hasil hadiah daripada anak murid aku..kain ni aku terjumpa semasa sedang mengemas rumah sewa akibat dah nak berpindah..dan aku terkejut sgt2,nama budak yang bagi hadiah kat aku ni adalah budak yang pernah aku bagi dahi dia satu bujik buah duku..merah dan nampak amat menyakitkan (mata dia sedikit mengeluarkan air mata akibat menahan sakit)..sori bro...cikgu larang tak dengar sgt..terima la padahnya..hahhah.. tq diucapkan ntuk kain pelekat ni..jgn dia kebas ayah dia punya kain pelekat dah..
walauun raya tahun ni kurang meriah,dan sedikit rasa hiba dgn ketiadaan dua orang adik kesayangan,tapi aku sempat belajar benda baru sebelum aku bergelar cikgu dalam bulan 12 ni..iaitu cara2 melapah daging untuk orang korban dan juga rasa sakit bila pisau yang kita guna wat lapah daing tu digunakan untuk lapah tgn sendirik..
sebelum disembelih,lembu berkenaan hendaklah dibaringkan dulu..tak leh main hiris je..nanti kena penyepak dia kat tgn,bengkok gak tangan tu nanti..setelah direbahkan,terdetik sedikit rasa kasihan aku kat lembu ni..aku cuba berinteraksi dgn lembu berkenaan..dgn menumpukan sepenuh perhatian,aku pun dial la nombor tepon otak dia..
aku:lembu,ko sedih ke ni nak kena korban?
lembu:aku gumbira..sebab aku tak yah lagi kena jemur tengah2 panas oleh tuan aku..tak yah lagi kesejukan di bawah hujan..tak yah lagi di gigit nyamuk..
Makcik Mana Ntah cuba Mencelah perbualan aku:ooootttt..tengok sajo!!gi tolong tarik tali supaya lembu tu tak bangun nu dop!!
potong stim betol makcik ni..aku baru nak berkenal lebih rapat dgn lembu berkenaan...
selepas di takbir,lembu berkenaan pun selamat lah bertemu dgn Tuhannya..dan sekarang tugas aku untuk melapah daging..satu je peristiwa yang buatkan aku rasa nak lapah orang je..iaitu..Pakcik yang sedang melapah daging dgn aku masa tu,tidak mengkabarkan yang daging ntuk digulai sudah cukup..daging yang nak digulai hendaklah di hiris kecik2 (macam anak batu jalan),manakala yang nak dibahagi kepada tujuh bahagian cukup dgn sekadar dengan lapah2 sebesar lebih kurang saiz penumbuk..aku dah melapah hampir dua besen daging tersebut jadi kecik2 anak batu..dan aku mula la terasa musykil lalu berinteraksi pulak ngan pak cik senyap pelik ni:
aku:hmm..pakcik cool selamber pelik...nape pakcik lapah daging besar2 penumbuk,tak kena lapah sampai jadi kecik2 cute2 cam yang saya lapah ni ke?
pakcik cool selamber pelik:sebenarnya dik..kita hanya melapah daging cute2 cam adik buat tu hanya nak wat gulai..gulai dah masak pun dik..jap gi bleh makan..yang adik duk lapah kecik2 tu buat ape...pakcik tengok pun terasa nak tergelak..
selepas berinteraksi dgn dia la aku rasa angin sikit..lalu lepaskan geram dgn menikam2 daging lembu tadi..lalu..balasan tuhan terus diberikan kerana aku bertindak kasar dengan daing berkenaan..tgn terasa sedikit pedih..nak lapah daing pun dah tak selesa..lalu..aku letak pisau..terus balik...hehheh...
sekian saje coretan untuk kali ini..
selamat Hari Raya Aidil Adha..
maaf zahir batin..