Wednesday, November 17, 2010

raya yg tidak begitu meriah..

salam hari raya..
raya aidiladha di johor mmg jauh bezanya jika dibandingkan dengan kemeriahan di kelantan..selepas solat sunat hari raya,ana bersama2 lima orang lagi kawan ana mencari2 kedai untuk brekfast..tapi hampa..hanya kedai makan Beng Loi, Sup Special Ah Teng yang bukak..tiada satu kedai mamak atau kedai2 siam kelihatan terbuka..membuatkan ana dan kawan2 terpaksa memilih Mc'D untuk dijadikan tempat makan pagi..
 
"akak2!saya nak pesan lemang satu!bakar bagi rangup sikit ye!kuah campur kacang dengan sambal"
keadaan yg sepatutnya tak patut berlaku di Malaysia ini..mencari makan di pagi raya sehingga ke Mc'd..tapi tiada pilihan lagi akibat semua kedai lain tutup!

 selepas itu,ke bandar tenggara untuk menghadiri jemputan kawan..dalam perjalanan,aku berusaha untuk snap sekor dua gambar lembu yg dikorbankan..tapi saya..satu pun tidak jumpa..
gambarajah cikgu2 kelantan yg tak dapat balik beraya...
may all our struggles and sacrifices be rewarded with Allah blessing..InsyaAllah..

Tuesday, November 2, 2010

polis baik hati

ketika aku sibuk nak kesekolah menguruskan file untuk ditemuduga,tiba2 satu roadblock telah muncul secara tiba2 di depan..kekalutan aku untuk memakai sit belt dapat dikesan oleh abg polis trafik lalu menahan keretaku ke tepi-tepian..muka pasrah..belum sempat ditanya ape2,aku sudah hulurkan IC yg terlekat gambar ibuku dan lesen..
abg polis:mak ke ni?
aku:uik??a'ah..mak saya la tu..
abg polis:bagus awak ni simpan gambar mak..kenapa nampak saya baru nak pakai sit belt?
aku:untuk mengelakkan di saman encik..rumah saya dekat ni aje..tak sempat nak pakai sitbelt..
abg polis:sit belt bukan untuk elak di saman,tetapi untuk keselamatan diri awak..
aku:paham encik..jgn saman bleyh?
abg polis:kerja mana?
aku:SKBP..nak pergi sekolah,ada urusan dengan pentadbir..
abg polis:laa..cikgu ke?tak balik kg main banjir?(bila masa kelantan banjir??)
aku:esok kena interview SPP...doakan saya berjaya ye encik
abg polis:owh!ok2..jgn lupa banyak berdoa dan solat hajat..
aku:tak jadi saman la ni encik?
abg polis:saya lepaskan awak..lain kali jgn sesuka hati ingat sit belt tu nak elak kena saman..selamat bertemuduga..tips dari saya,tegas dan yakin semasa menjawab(abg polis ni mungkin penemuduga SPP atau mungkin jugak baru lepas ditemuduga)
aku:time kasih banyak2 encik..moga cepat dapat isteri..

syukur alhamdulillah..tak melayang duit aku yg dah secopet nih..esok interview..agak kecelaruan..

SPP

assalamualaikum..
semakin aku membaca,semakin aku rasa makin banyak aku tidak tahu..lalu terpaksa la aku berhenti seketika untuk merasai secawan tea sabah, sekeping keropok moni dan luangkan masa untuk melepaskan tension..
pada hari khamis ini,insyaAllah aku akan ditemuduga oleh SPP untuk pengesahan jawatan kesifuan aku setelah hampir setahun mengajar..yang menjadi kerisauan dihati,soalan2 berbentuk fakta dan hubung kait akan ditanya..soalan2 seperti itu mampu membuat aku terdiam seketika,mengesap2 peluh,dan hanya satu ayat mampu aku keluarkan.."Dato,saya nak ke tandas.."
persiapan semuanya telah dibuat..kot telah dibawa jauh dari kelantan,baju dan seluar telah di iron,stokin telah disangkut di area TV supaya senang nampak(aku mengalami masalah di mana stokin selalu hilang di pagi2 hari),sijil2 telah disusun rapi, kasut terpaksa pinjam kawan punya, dan pen telah banyak dibeli
cuma persiapan mental masih belum cukup..
moga2 tiada soalan menguji tahap ketabahan aku akan ditanya nanti..
waktu rehat telah tamat..kembali membaca..