Monday, December 29, 2008

my life as a student at IPKB

the opening of the last season for me in IPKB..wuhuhu..ade rasa sedih nak lalui tahun terakhir di maktab ni..ade rasa excited..ade rasa tak nak abis lagi belajar,tapi pada mase same ade gak rasa kan elok kalau aku dah abis belajar sekarang..dah 4 tahun setengah aku dah berada di maktab..lama beb..dari aku tak tau ape2 pasal perguruan,dari sedikit pun tak de minat nak jadi cikgu (minat sebenar nak jadi engineer,tapi markah quiz kat matrik aku dapat 2 per sepuluh,rasa cam jauh je nak capai cita2..hahhah)sampai la aku rasa dah bersedia nak di post kan di sipadan..wahahaha..rasa je,tapikalau kena post sana,sure teriak guling2 gak..wakaka..

apa aku dah lakukan sepanjang aku bergelar pelajar di ipkb slen belajar?saje nak berkongsi kisah..




coral speaking..benda yang tak pernah aku lakukan sebelum ni..banyak benda yang tak leh aku lupakan semasa nak jayakan coral speaking ni..ketua kumpulan bengan ngan anak2 buah sebab tak buat dengan elok..selalu ponteng latihan..sepatut dua jam latihan,jadi dua minit..sape tak angin ca ni..haha..nasib baik la ketua tu tak kena penyakit telesamia akibat stress ngan anak buah..walapon coral speaking ni nampak macam kanak2 tadika kemas yang buat,tapi tak pe...permulaan..wahaha..




kawan2 yang telah berjaya membuat kan ketua coral speaking hampir2 terlantar di hospital akibat tak tahan ngan prangai bebudak ni...kepala botak tu ketua kepada geng yang suka buat hal..mie,berubah la..kita dah tua..kihkih..


b.ed math..d underdog team..


d underdog team get ready to make the opponet pee in their pent..wahaha..

perkara kedua yang masih aku ak leh lupakan ialah bergelar naib johan dalam pertandingan liga maktab..sampai sekarang hidung aku masih kembang(sape tak bangga)..aku ditempatkan sebagai defend..coach meletak aku defend sebab aku gelabah bila bermain bola..nanti bila aku buat gelabah depan striker pihak lawan,dengan2 striker dia akan gelabah..lalu shoot bola ke arah pihak lawan..perhhh..memang bijak la rancangan coach aku ni,walopun aku rasa cam dipergunakan..haha..terima kasih diucaapkan kepada sume yang telah menjayakan pertandingan ini..termasuklah kepada pihak lawan yang telah menjadi johan..kalau tiada pihak lawan yang menjadi johan,macam mane nak bergelar naib johan..kan?

aku tak tau la kenapa batch aku ni susah sangat nak dapat buat trip keluar maktab..mungkin kena sumpahan Timbalan Pengarah kot..ini sume gara2 kejadian trip masa foundation yang terpaksa dibatalkan..sob!sob bertanggung jawab!!tapi alhamdulillahh..dalam2 payah2,dapt gak kua pergi trip dekat cameroon..


berposing di tengah highway akibat bas rosak..amik gambar macam dah sampai..tak de lansung tanda2 risau dengan keadaan bas..


bajet di luar negara..

berjaya menangkap orang asli berkaca mata di gua musang..tapi sebenarnyaorang asli ini kawan aku..duwe..weaa..sori wea..silap orang..

banyak lagi nak citer..

untuk menghilangkan stress berada dalam kelas,aku dan kawan dah banyak buat perkara yang dapat mentenangkan jiwa..contohnya..berlumba motor ka?..wahaha..tu hanya cara2 orang yang bodoh memilih untuk menenangkan jiwa..tu bakan menenangkan jiwa,tu namanya menghancukran jiwa dan juga raga..aku tak bodoh..untuk buat jiwa tenang,aku melakukan aktiviti yang tak memerlukan aku buat muka stress..antara aktiviti2 yang aku suke lakukan:


1. pergi pantai semata2 untuk ambil gambar..pastu balik sambil tersenyum..


2. bergayut sambil buat gaya macam dah berjaya buat sesuatu yang mengaggumkan(contoh-dpat 10a1 dalam spm)..sambil jerit..mak ayahh..kami dah berjayaaa dengan cemerlang dalam examm!!biapun exam midsem yang lepas fail 2 paper..wahaha..

uikkss...dah magrib..banyak lagi nak diceritakan..sambung lepas2 ni la...semekomm..salam tahun baru kepada sume manusia..

Saturday, December 27, 2008

holidays come to the end..

bukak mata...tutup mata..bukak mata..tutup mata..sakit mata..dah nak sampai ke penghujung nyawa..eh bukan..(cakap jgn sebarang cakap)..penghujung kepada cuti akhir tahun aku tahun ni..dah nak masuk awal tahun..tak kira la tahun omputeh ke..tahun ISLAM ke..ape dah aku buat dalam cuti ni untuk buatkan hidup ku lebihberfaedah?yang pertama perkara biasa aku lakukan bila cuti adalah lebamkan mata sendiri dengan tido yang tak reti nak kabar ingat..ish..tabiat yang susah aku nak ubah..tahun ni gak aku dah buat satu benda yang tak pernah aku lakukan sebelum ini..apakah benda itu?melepak di tengah lebuh raya sambil tunggu di langgar kereta dutsun hijau?bukan..aku dah pergi pondok..haha..tapi tak lama..3 hari je..(masuk lam genius book of record untuk kos yang paling pendek periodnya)banyak gak ilmu masuk dalam kepala..walopun tiga hari,tapi aku rasa ianya amat berfaedah..pagi2,aku ngan adik aku lepak dulu dekat kedai kopi akak tea susu manis tahap akan terkena kencing manis tahap kritikal(potong segala2nya) jika minum tanpa teknik kawalan yang betul..apa punya akak la..ari pertama di kedai tu,aku tak leh tahan tergelak bila tengok sorang pakcik sedang mementong batu kepada ayam yang berada di tepi pagar rumahnya(mementong dengan muka stress)..yang tak leh blah,banyak2 batu yang dia lempar,satu pun tak kena..tapi sumenya menuju ke jalan raya..ak ternanti2 gak sebutir batu yg dia lempar tu akan terkena penunggang motosikal yang baru lepas gaduh ngan bini..sure aku dapat makan serabea(makanan yang diberikan selepas menanam orang mati) dengan tea susu akak yang manis gile2 tu..wakakaka...tapi alhamdulillah..hari ketiga aku duk situ,pakcik tu masih selamat duk mementong ayam2 dekat pagarnya itu..

aku suka time ustaz2 pondok tu mengajar..lucu siot..ade sekali aku tergelak sampai terkentut..tapi slow je la..nak buat ca ne,da lucu sgt..aku citer la sikit2 apa yang lucu..
1. kelebihan pak lebai berbanding mat rock..pak lebai mempunyai kepala yang licin..tak kira la kepala apa pun..atas or bawah..hahaha..tapi kalau mat rock,selalunya rambut panjang..serabut..begitu juga dibawahnya..hahaha..
2. semasa mengerjakan haji,orang laki kena belajar cara2 memakai pakaian haji dengan betul..untuk mengelakkan akan menimbulkan bahana kepada diri sendiri apabila kain yang dipakai tu tercabut tanpa disedari..wahaha..tawaf tanpa kain..tak pasal2 tawaf orang len same terbatal..wahaha..

Friday, December 5, 2008

the worst thing ever happened

semalam satu gurauan dari seseorang telah buat aku terkejut gila..menangis meraung..haha..malu beb bila ingat semula..orang yang pertama aku pergi nak mengadu bila dapat berita itu adalah mama )mak aku..perhh..dalam hati cuma Tuhan saja yang tahu apa yangaku rasa..jantung dah terjatuh sampai ke ibu jari..ginjal tu memang dah tak tau la dah pegi ke mana..maklumlah..aku tak pernah hadapi perkara cam ni dalam hidup aku..orang2 yangrapat dengan aku sumenya masih ade disisi aku..tiba2 seorangdarinya tiba2 mati...sape tak sedih..memang ujian ni Allah masih tak uji aku..Apakah kerana Allah sayangkan aku atau nak mengajar aku supaya bersyukur di atas nikmat yang masih Allah berikan kepada aku selama ini?Subhanallah..Allhamdulillah...nasib baik ade mak aku cuba tenangkan..huhu..time kasih mama..walopun berasa malu gila lepas tu,tapi nak buat ca ne..hahhah..da memang terkejut..untuk adik2 sume,along mintak maap banyak2 pasal kejadian semalam..jadi macam orang tak kaba..and time kasih banyak2 buat mama sebab masa tu along dapat rasa ca ne kasih sayang seorang ibu amat penting buat anaknya bila anaknya itu dalam kesusahan..walopun mama tak tau dan tak kenal kawan along itu,tapi tetap risau dengan keadaan yang berlaku..hidup ini cuma satu..hidup kerana menjadi hambaNya..kejadian semalam mengajar aku supaya lebih mengingati dan bersyukur atas nikmat yang masih diberikan kepada aku..yang sebelum ini aku kurang merasainya..selalu rasa tak cukup akan apa yang aku dapat..Ya Allah..ampunkanlah hambamu yang hina ini..seperti yang aku tulis dikepala blog aku ini..life full of sickness..but it teaches me to get ready to go to the new world..