bukak mata...tutup mata..bukak mata..tutup mata..sakit mata..dah nak sampai ke penghujung nyawa..eh bukan..(cakap jgn sebarang cakap)..penghujung kepada cuti akhir tahun aku tahun ni..dah nak masuk awal tahun..tak kira la tahun omputeh ke..tahun ISLAM ke..ape dah aku buat dalam cuti ni untuk buatkan hidup ku lebihberfaedah?yang pertama perkara biasa aku lakukan bila cuti adalah lebamkan mata sendiri dengan tido yang tak reti nak kabar ingat..ish..tabiat yang susah aku nak ubah..tahun ni gak aku dah buat satu benda yang tak pernah aku lakukan sebelum ini..apakah benda itu?melepak di tengah lebuh raya sambil tunggu di langgar kereta dutsun hijau?bukan..aku dah pergi pondok..haha..tapi tak lama..3 hari je..(masuk lam genius book of record untuk kos yang paling pendek periodnya)banyak gak ilmu masuk dalam kepala..walopun tiga hari,tapi aku rasa ianya amat berfaedah..pagi2,aku ngan adik aku lepak dulu dekat kedai kopi akak tea susu manis tahap akan terkena kencing manis tahap kritikal(potong segala2nya) jika minum tanpa teknik kawalan yang betul..apa punya akak la..ari pertama di kedai tu,aku tak leh tahan tergelak bila tengok sorang pakcik sedang mementong batu kepada ayam yang berada di tepi pagar rumahnya(mementong dengan muka stress)..yang tak leh blah,banyak2 batu yang dia lempar,satu pun tak kena..tapi sumenya menuju ke jalan raya..ak ternanti2 gak sebutir batu yg dia lempar tu akan terkena penunggang motosikal yang baru lepas gaduh ngan bini..sure aku dapat makan serabea(makanan yang diberikan selepas menanam orang mati) dengan tea susu akak yang manis gile2 tu..wakakaka...tapi alhamdulillah..hari ketiga aku duk situ,pakcik tu masih selamat duk mementong ayam2 dekat pagarnya itu..
aku suka time ustaz2 pondok tu mengajar..lucu siot..ade sekali aku tergelak sampai terkentut..tapi slow je la..nak buat ca ne,da lucu sgt..aku citer la sikit2 apa yang lucu..
1. kelebihan pak lebai berbanding mat rock..pak lebai mempunyai kepala yang licin..tak kira la kepala apa pun..atas or bawah..hahaha..tapi kalau mat rock,selalunya rambut panjang..serabut..begitu juga dibawahnya..hahaha..
2. semasa mengerjakan haji,orang laki kena belajar cara2 memakai pakaian haji dengan betul..untuk mengelakkan akan menimbulkan bahana kepada diri sendiri apabila kain yang dipakai tu tercabut tanpa disedari..wahaha..tawaf tanpa kain..tak pasal2 tawaf orang len same terbatal..wahaha..
No comments:
Post a Comment