Wednesday, November 25, 2009

berakhir sudah..


tanggal 25 november 2009,maka berakhirla hidup aku sebagai seorang pelajar di IPGM kota bharu..alhamdulillah..semuanya sudah selesai..Exam,insyaAllah tak de big prob..tapi kl big C,mmg ade..KISSM lak insyaAllah lulus gak..yang menjadi kemusykulin aku sekarang ni,aku dapat pergi sabah ke tak..lambat betol la BPG nak umumkan nama aku pergi sabah..aku dah tak sabar baa..(pura2)..aku gak dah mendapat surat lantikan..pada mulanya aku ingat kan surat lantikan ni macam surat bil api atau surat manggil nikah...nasib baik aku tak buang je..aku alah dengan surat2 ni,sebab kena baca..n aku mmg alah dengan membaca..kesedaran pentingnya surat lantikan ni bila aku bagitau mak aku tentang kebolehan sudah aku mendapat surat lantikan, aku terus dipeluk..hehheh..dari situ aku tau,surat ni mmg penting..jadi aku dah leminate semua surat2 lantikan tu..letak dalam satu peti besi berkunci berpalang..dan diletak bom masa yang akan meletup jika dibuka dgn tidak mengikuti prosedure2 yang telah ditetapkan dalam perintah am Bab C (Bab Cuti)..
dalam kegembiraan aku,ada gak kesedihan..mngkin persalaman aku dengan kawan2 sebatch semalam adalah persalaman terakhir aku dgn mereka..perasaan sedih tu mmg ada dalam hati,tak sedih tak de makna la berkawan..tapi masing2 ada haluan..terpaksala terima..haluan ke sabah..ke serawak..dan aku mungkin ke kelantan..

selamat berkhidmat dengan bagus dan cemerlang kepada semua kawan2 aku yang aku....nak cakap sayang tu..tak la..tapi..kasihi...sepanjang di maktab,selain belajar macam mana nak main kejar2 ngan budak2 bila mengajar nanti,bnyk gak benda lain yang aku pelajari,terutama dalam bab B,iaitu berkawan..kawan tak semestinya yang ngam ngan kepala buntut kita je..tapi merangkumi semua jenis makhluk..ada yang kita suka..ada yang buat kita otokk je..ada gak yang sampai tahap sampai aku berfikir - kl jumpa mamat ni dalam gelap senseorang,aku tikam je belakang dia..tapi suka tak suka,tu kawan kita..kita yang kena ubah diri supaya bersesuaian dgn mereka..tapi kalau tak tahan baca gak skit2,tak cukup ngan baca,lempang je terus..


kepada housemateku yang mmg terbukti kesengalan tahap otromen yang nyala lampu lop lep lop lep kat dada tunggu masa je nak mati,aku ucapkan terima kasih berjuta-juta kerana sudi berkawan ngan makhlus seperti aku ni..dan seribu kemaafan dipohon..rumah aku tak lekang dari gelak ketawa dgn penipuan mint yang muka tak bersalah..alih bahasa cerita oleh moazim yang melalut dan terbawa2 kat aku sekarang..rul..tidur bercakap..hehheh..mint..zim..rul and Lah endoro..aku akan ingat korang semua sampai bila2..gud luck my frend..


dulu..aku ada tiga perkara yang paling aku tak suke..satu,membaca..kedua,mengulang kaji pelajaran..ketiga, tolak motor akibat minyak abis (selalu berlaku di akhir2 bulan)..sekarang bertambah lagi satu perkara..iaitu..perpisahan dgn kawan2 yang amat rapat dgn aku...mmg sedih beb..

2 comments:

Army Of Allah said...

setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lumrah kehidupan...WAH2.., x sangka army pndai wat ayat..huhu

uto laut said...

army mmg pandai..=) sekarang nak bermula lagi satu pertemuan..tapi kawan2 baru uncle nanti mesti dah tak cam yang dulu lagi..