Wednesday, November 4, 2009

berkursus la pulak.

minggu depan insyaAllah aku dah start kursus yg orang2 tua panggil KISSEM..aku tak tau la ejaan tu betol tak,yg aku pasti cam tu la cara ianya dipronounced..apa itu kissem?adakah ianya merupakan satu keturunan dengan penyakit denggi berdarah ataupun penyakit yg dinobatkan sbg penyakit paling popular tahun ini,H1N1?hmm.. aku tak dapat nak bagi jawapan..sebab sekarang,mmg terbukti bahawa aku punya previous knowledge pasal kissem ni mmg zero..tapi aku punya previous knowledge pasal aktiviti semasa kursus dapt la aku kongsikan di sini..aku yakin sgt2 la,bila sebut 'kursus',anda mesti pernah mengalami situasi di mana apabila penceramah memulakan bicara..'assalamualaikum dan salam satu malaysia..'anda dgn immediately:
1)mengangakan mulut dgn luas..sambil air liur terkeluar berjuis2..
2)lalu berdengkur sakan ketika tidur megalahkan tidur malam yg mengakibatkan anda menjadi tumpuan masyarakat di dalam dewan..atau kl anda bernasib baik,anda akan melalut out of topik,bercakap ketika tidur..contohny..ketika suasana sepi..hanya kedengaran suara penceramah yg sedang bercakap dgn bersemangat walaupun dia tau tak de sapa nak dgr dia cakap..anda tiba2 bersuara dgn kuat.."APA!!kau belum potum lagi mat??!! lalu penceramah tadi menjawab.."of courseee!"(mulut muncung) dan disambut oleh akak sebelah yg juga sedang melalak tidur.."berbaloii..eh berbaloii2.."
3)kdg2 kaki berjentak mengigau dilanggar jet pejuang yahudi semasa anda berusaha nak pergi mengebom askar2 yaduhi laknatullahh..
4)dalam asyik anda melayan mimpi anda kena bom,tetiba anda terdengar satu sound.."click!" dan diikuti dgn suara hilai tawa kawan2 anda yg membuatkan anda rasa mudah je nak membunuh seseorang..anda dijadikan model ntuk mereka mgambil gambar..mereka mngkin akan menyumbat pen lancer 5 posen kedalam mulut anda..atau lebih teruk mulut anda akan disumbat kerusi (ni bagi kes yg tidur mati akibat tak baca doa)..selepas itu gambar anda dikongsi rakan2 lain lalu mencetuskan suasana yg agak melucukan...(bagi orang lain la..)

sbg seorang yg pernah melalui pengalaman seperti ini,perkara ini amatlah menjatuhkan maruah aku sbg seorang y amat terkenal dgn sikap sopan dan berjunrus..perkara ini perlu dielakkan..jadi aku sertakan di sini beberapa langkah yg aku lakukan untuk megelakkan anda melalui pengalaman2 seperti di atas semasa berkursus:
bila penceramah mulakan bicara
1)dgn sepantas atromen cirit, anda mengeluarkan handphone anda,carik je apa2 yg buleh melarakan anda..contohnya game pengguin yg pernah aku main semasa lecturer aku sdg mengajar..padahnya nama aku telah disebut dan telah dituduh tanpa bukti tak bagi perhatian..padahal aku bagi sepenuh perhatian kpd game yg aku men..kl tak,takkan la aku dapat top score..sapa2 nak game ni,bleh beri nama kat aku dan sediakan duit kecil (seringgit per head)
2)jika anda tidur melenggak ke atas (biasanya cara ni paling digemari oleh makhluk2 yg suka tidur di dalam dewan.)anda buat2 macam mengira lampu di syiling yg dah rosak..lepas tu cakapla anda ni mempunyai masalah bau mulut yg baunya akan megalahkan bau sampah kalau dibiarkan terperap lama..jadi mulut tak bleh tutup lame,kena biar terbuka baru angin masuk..dan air liur perlu ditukar selalu lalu mengeluarkan air liur tanpa rasabersalah..kalau beruntung,cicak punya air besar pun aku tumpang sekaki..kl mata anda tertutup,cakap je anda silau melihat lampu2 di syiling..
3)jikalau anda jenis yg bercakap semasa tidur,anda cuma perlu tidur mengiring..iaitu mengadap kawan sebelah anda..jika semasa anda tidur,anda tercakap sesuatu,anda bleh covernya dgn bercakap2 dgn kawan sebelah..tp pilih topik yg betol la..macam pasal2 keguruan ke..pasal masalah tidur dikalangan guru pelatih semasa berkursus ke..jgn pilih topik di mana akan mengantoikan anda sedang tidur..seperti anda melalut "saya terima nikahnya Pak Imam..jemput2 makan ape2 yg ada..saya nak pergi jenguk bini sya yg baru saya nikahi tadi jap.."
4) kdg2 anda mngkin memilih jalan yg akan amat memalukan anda ketika tidur,iaitu berdengkur..tapi anda tak bleh dipersalahkan jika berdengkur,sebab itu salah saluran pernafasan anda yg tidak begitu sempurna..jadi ntuk mengatasi suara dengkuran anda direkod dan dibluetooth antara kawan2 anda lalu dijadikan bahan ntuk mereka gelak sampai kekejangan urat betis,anda kena carik seorang kawan anda yg amat bleh dipercayai..anda pesan terus kat dia:
anda:mat..kl aku berdengkur,ko terus lempang aku kuat2 ye..biar sampai bersepai gigi aku..kl aku tak sedar gak, ko amik je kerusi hempap kepala aku dgn kuat..sampai aku senyap terus..pastu biarkan je la aku terbaring kat situ..sebab aku tak leh bangun terus,buat2 mati dulu..baru leh cover malu..tapi..kl aku mati betol,ko pergi la tahlil rumah aku ye..kat bachok je..kl bertuah,ko leh merasa laksam bachok..

itu sajelah cadangan2 yg bleh aku cadangkan di sini..selamat la mencuba..tapi yg paling baik adalah langkah ke lima
-anda motivasikan diri anda supaya tidak tidur di dalam dewan kerana kursus ini amat berguna kepada anda ketika anda menjadi guru kelak..jika tidak didengar dgn betol,maka rugi la anda melepaskan peluang yg amat berguna ini..cuma sekali dalam seumur hidup..dan yg lagi elok..anda niat,anda mempelajari ilmu2 baru di dalam kursus ianya merupakan tuntutan di dalam Islam untuk mempelajari sesuatu yg baru..supaya anda dapat memanfaatnkannya kelak..insyaAllah..

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad(Hadith)Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah."

2 comments:

Cikgu Ije said...

pen lancer? uhu. lama doh x guno pen tu. pen kegemaran maso ngiro maths dulu kala

uto laut said...

skrg pn msh menjd kegemaran plaja2 mktb trutama yg jns brjimat..hehe..murah kan..