Friday, November 20, 2009

megi dan milo..


semalam,aku telah melakukan semula tabiat aku semasa kecik2..iaitu korek idong..tu mesti la,kl tak tersumbat la idong..sebenarnya adalah korek celeng (tabung)..kl dulu,aku korek celeng sebab nak wat beli kereta dash yankuro atau pun nak buat beli TORA, tapi sekarang aku korek celeng ntuk melakukan sesuatu yg bermakna sedikit..iaitu..buat makan...BSN (bank paling lembab pernah aku temui)tempat aku simpan duit2 elaun sekarang hanya tinggal RM 12.30..aku cuba kuarkan 12.20 ringgit..biar ade 10 sen je dalam tu..tapi limit dia menetapkan kena ada 10 ringgit paling skit..aku cuba berpuluh2 kali ntuk kuarkan 12.20 ringgit tu,mana tau mesin tu kasihan kat mamat sengket ni..lalu dia pun permis la aku kuarkan duit yg seceput tu..tapi mmg terbukti mesin tu tak punya hati kemanusiaan..yg dia kuarkan hanya resit..ni la akibat tak dengar kata2 orang tua..dah beratus kali dinasihat suh berjimat,tapi buat tak tau je..mngkin sebab sebelum ni aku tak merasai rasa susahnya ketiadaan duit..sebab elaun sebulan2 500..mak ayah lagi bagi..

 ni la rupa celeng tom and jerry aku..dan hasilnya selepas 5 tahun menabung..sedey..sedey..


apabila aku bukak aku pnya celeng,ada sedikit rasa hampa..duit lam celeng tu tak sampai separuh..haddoo..ni la balasan orang malas menabung..aku pun start la megira duit kesayangan aku tu satu persatu..cukup 3 ringgit,aku tutup semula celeng..tak leh amik lebih..nanti membazir..eh jap..kena amik samah lagi,wat beli air sirap..
sebelum keluar beli nasik dan air sirap (tak leh dah beli tea o beng laici..sobb..sobb)..aku terpandang maggi aku dan air milo..play more..learn more..dgn sepantas kilat aku masukkan duit tadi ke dalam tabung semula,lalu ambil maggi dan milo tadi..tapi fikiran aku serabut..duk pikir nape la aku gi sumbat semula syiling2 tadi lam celeng semula..kan elok pergi kedai runcit tukar ngan duit kertas..satu kije nak kira semula..


rupa meggi dan milo aku..disebabkan nak jimat,aku campur je meggi ngan milo dalam satu mangkuk..mmg mangkuk sungguh lah...(AMARAN:jgn lakukan perkara di atas tanpa pengawasan orang2 tua)..di akhir2 pengajian aku ni,aku sedikit diuji dengan masalah duit..tapi aku bersyukur kerana diuji dgn masalah duit dgn jumlah yang masih kecil..elok gak sedar masa ni..kl dah berhutang sampai beratus2 ribu baru nak sedar,dah terlambat...

aku dah berazam..mulai hari ini,AKU TAK AKAN CAMPUR ADUKKAN MEGI DENGAN MILO LAGI..kerana rasanya mmg pelik..


satu lagi..aku berazam akan pandai menguruskan wang sendiri..supaya masa depan aku tak gelap dengan utang2..niat aku nak beli vios diletak ke tepi dulu..hohoho..syukur kat tuhan kerana sedarkan aku sebelum ianya jadi lebih parah..


salam...

2 comments:

Army Of Allah said...

ya allah.....betul ke ni?

peliklah uncle ni..

uto laut said...

apa yg btol?apa yg plik?sume yg dcter 2 btol la..bese la..ni la padah org boros..hehe..