Thursday, November 12, 2009

tea o beng laici dan budak sek sering

pukul 6.30 ptg
selepas tidur pada tahap beruang kutub pada musim sejuk,akhirnya aku berjaya membuka mata..penat kursus KISSM masih tak hilang..tapi aku berusaha gak ntuk pulang ke kg halaman setelah lama sungguh aku tak menjenguk kg ku itu (seminggu lamanya dah aku tak pulang)..selepas packing2 apa yg patut,aku berjaya mengumpul 2 3 helai baju yg hendak di basuh..dan juga stokin ku yg dah seminggu aku pakai wat pergi kursus dan stokin yg sama juga la aku buat main bola ptg2..tapi aku heran,tak de lak yg menrungut stokin aku sedikt mengeluarkan bau yg tdk menyenangkan..tapi atas sebab perintah am bab L menyatakan bahawa stokin seorang penjawat awam mestilah dibasuh seminggu sekali untuk mengelakkan penjawat awam itu di bunuh dgn kejam oleh penjawat2 awam lain yg tak puas hati dgnnya,maka aku membuat keputusan ntuk membasuh stokin kesayanganku itu...

dalam perjalanan pulang ke bachok, aku terasa sedikit kelaparan..maka aku berhenti la di sebuah kedai makan yg agak2 nampak mewah...aku segarkan diri dgn menyerup air tea o beng laici yg aku ketagih sekarang ini..tiba2 ada sekumpulan budak2 pumpuan datang duk menyerabutkan diri di tepi aku ketika aku sedang menikmati buah laici..aku terus membuat tafsiran bahawa budak2 ni adalah peragut buah laici ketika orang minum2 di kedai itu..sesaat sebelum aku melekatkan kaki aku di muka diaorang..satu perkataan telah tersumbat di telinga capang aku ini.."Cikgu!"..

nasib baik la kaki aku masih sempat di elakkan daripada terkena diaorang lalu terkena pakcik di sebelah aku yg juga sdg minum air tea o beng laici dgn muka penuh layan kesedapan laici itu..tapi tak pe,dia dah maafkan aku..

aku tak berapa cam sebenarnya budak2 ni..anak2 murid aku yg mana ntah datang mengaku aku cikgu diaorang lak ni..aku pun mulakan la tutur bicara..

aku:awak ni sape sedap2 mulut panggil saya cikgu?awak sumo anok murid cikgu ko?
bdk2:hom la cikgu wehh..dop kenal ko sayo hok cikgu ajar bola baling ari tuh..tcikgu ni cikgu zaki kam?
aku:eh..salah..cikgu zaki yg lain..saya sir zaki..
bdk2:betol la tuh..cikgu ni selalu buat lucu yg agak membahayakan diri sendiri..kena kerusi gak dia ni..
aku:ye..betol la tuh cikgu..nape awak sume kat sini?nak pekena tea o beng laici gak ke?jgn harap cikgu nak belanja..cikgu ada singgit cukup2 je ni..silap ari bulan cikgu kena jadi kuli kedai ni ntuk sejam..
bdk:cikgu..kedai ni kedai mak saya..sya nak minum sampai pecah pundi kencing pun tak kena bayar..
aku:eh..kena!bayar kos hospital dan kos van jenazah..
bdk2:cikgu ingat tak kami sume ni?
aku:ingat la..budak2 kelas 1 Usaha tu kan?
bdk2:nampak sgt cikgu ni short term dan tak dapt mengenal pasti pertumbuhan kanak2 mengikut theory piaget..kami kelas 6 Usaha la cikgu!!(Usaha-mengikut kata2 guru2 sekolah tu, kelas Usaha ni melambangkan usaha seorang guru untuk mengelakkan diri dari menemui ajal bila berada dalam kelas itu coz murid2 nya yg melepasi paras normal..atau pendek citer,kelas paling belakang)
selepas lbh kurang suku jam aku lepak kat kedai tu bersama budak2 sengal tadi,aku pergi la nak bayar..niat ati nak mintak diskaun 50 posen (arga segelas RM 1.50),tiba makcik tu jawab..

makcik:tak pe la cikgu..anggap makcik belanja..kali pertama datang kan..
aku:llaaaa..nape tak cakap awal2..??bungkus nasi goreng USA special la satu..siap ngan air paling mahal kat kedai ni gak ye..nak wat makan malam..
makcik:agak melampau la tu cikgu..dah2..pergi balik cepat..

dalam perjalanan pulang,hidung aku tak berhenti dari meluaskan ukuran lilitannya akibat dari merasa bangga di kenali anak murid..mungkin aku dah dapat merasa sedikit apa yg penting dalam hidup seorang guru..bkn pangkat atau duit,tapi penghormatan yg diberi oleh anak didikannya..ceewaahhh..

ps:minggu depan aku akan menjelma lagi di kedai tu..khohh....khohh..

2 comments:

f!eZa said...

hahaha..nk ikuttt..kdai mane 1 ni?

uto laut said...

kedai di jalan yg menuju ke bachok..tak tau nama tempat...tapi sebuah kedai yg ada payung..dan mempunyai air tea o beng laici yg sedap..