Tuesday, November 2, 2010

polis baik hati

ketika aku sibuk nak kesekolah menguruskan file untuk ditemuduga,tiba2 satu roadblock telah muncul secara tiba2 di depan..kekalutan aku untuk memakai sit belt dapat dikesan oleh abg polis trafik lalu menahan keretaku ke tepi-tepian..muka pasrah..belum sempat ditanya ape2,aku sudah hulurkan IC yg terlekat gambar ibuku dan lesen..
abg polis:mak ke ni?
aku:uik??a'ah..mak saya la tu..
abg polis:bagus awak ni simpan gambar mak..kenapa nampak saya baru nak pakai sit belt?
aku:untuk mengelakkan di saman encik..rumah saya dekat ni aje..tak sempat nak pakai sitbelt..
abg polis:sit belt bukan untuk elak di saman,tetapi untuk keselamatan diri awak..
aku:paham encik..jgn saman bleyh?
abg polis:kerja mana?
aku:SKBP..nak pergi sekolah,ada urusan dengan pentadbir..
abg polis:laa..cikgu ke?tak balik kg main banjir?(bila masa kelantan banjir??)
aku:esok kena interview SPP...doakan saya berjaya ye encik
abg polis:owh!ok2..jgn lupa banyak berdoa dan solat hajat..
aku:tak jadi saman la ni encik?
abg polis:saya lepaskan awak..lain kali jgn sesuka hati ingat sit belt tu nak elak kena saman..selamat bertemuduga..tips dari saya,tegas dan yakin semasa menjawab(abg polis ni mungkin penemuduga SPP atau mungkin jugak baru lepas ditemuduga)
aku:time kasih banyak2 encik..moga cepat dapat isteri..

syukur alhamdulillah..tak melayang duit aku yg dah secopet nih..esok interview..agak kecelaruan..

5 comments:

gaun putih said...

gud luck! takpo if tak tau, jawab
"maaf dato' saya tak tahu" & jgn sesekali goreng jawapan sehingga hangus terbakar.. heh!

uto laut said...

erk??kena jawab saya tak tau ke?hohhoh..ok cikgu!

Atiqah said...

uto..aku dah kembali..follow aku balik deh..

Uncle said...

hahaha. sumbat molek. bakpo x wi air sirap nge char kue goreng jah ko polis tu? mesti dio x kecek psl saman pun.

uto laut said...

qa:kenapakan cikgu ct mengcreate blog baru?sume baru..fb jugak baru..ni mesti kes lupa paswod..nak kata penyakit tua,masih muda2..huihui..
uncle:kedai charkuewteow tutup masa tu..takdam nak gi beli..kalu dam,baik bagi pulut kuning laluh..takpun manisan depavali..huhu