Monday, December 21, 2009

panggilan ke KPM..

trruuttt..trruutttt...ehek..ehek..truutttt..
uto ensem:assalamualaikum..adakah saya sdg bercakap dgn PN........sila isi tempat kosong..
puan KPM: ye..PN KPM bercakap..jgn cakap banyak..saya sudah tahu apa hajat adik mencalling2 saya sampai berdarah telinga adik..
uto ensem:owh..macam ahli nujum lak ek?mmg dah berdarah..ni calling saya yg ke seratus berapa ribu dah..nasib baik PN KPM angkat..kl tak..saya yg akan angkat tgn..letak tepon kat telinga..kol sekali lagi..
puan KPM:dah2..jgn cakap banyak..ape tujuan adik kol nih?akak nasik kerabu tak sempat nak abis kan lagi nih..kepala ikan goreng celup tepung ni mmg sedap dimakan begitu sahaja..
utoensem:saya kol ni nak tanya..lori jenazah ada kosong tak sekarang..saya rasa saya nak muatkan akak dalam lori jenazah tu la..lalu tumbangkan dalam gaung..saya nak cek postim la!!
akak KPM:owh..saya mmg dah tahu tujuan adik..saya kan ahli nujum.hmm..sila bagi nombor kad topup sepuluh ringgit ye..
uto ensem:jgn loyar buruk leh..nih no ic saya....86...bla..bla..55..
akak KPM: jap ye..saya nak abiskan kepala ikan celup goreng tepung saya..hmm..adik dapat JOHOR!!tahniah sebab tak dapat negeri yg adik pinta..hahaha..padan muka!!
uto ensem:syukur alhamdulillah..ingatkan saya dapat kat tempat yg penduduknyer bercakap dgn lorat yang akhir bunyi K di belakang..contoh..kitak..sayak..kepalak bapak kok..
akak KPM:bleh saya sambung melahap ikan celup tepung saya ni?
uto ensem:eh jap..jap kakkk..akkaaakkk..
puan KPM:aku dengar la..jgn lah menjerit..gegendang telinga aku dah la yg mmg azali dah longgar..
uto ensem:ok2..sori2..bleh tak cek kawan saya punya..86...bla..bla..bla..
puan KPM:dia dapat kelantan..tahniahhh!!!sebab dia tak dapat negeri yg dia pinta gak..saya tahu dia pinta terengganu..
uto ensem:biar betol!!kelantan??
puan KPM:biar betol..biar betol..betoll..
uto ensem:alhamdulillahhh...

jadi..28 disember..aku akan berangkat ke johor..yg menjadi kerumitak skit di benak hati..aku sepatah pun tak dapat bercakap luarr..aiyakkk..mati dennn..mmg sure anak2 johor tak dapat paham percakapan aku nanti..
and kepada norhafieza..selamat lah berpostim di kelantan..
kepada semua kawan-kawan..selamatlah berpostim di tempat masing2 dan jgn lupa...kat mane pun kito diletakkan..kito tetap sep2 bed math uh 2006-2009..

dan yg paling dan teramat penting..terima kasih berjuta-juta lemon kat ibu bapa aku yang mendidik aku supaya jgn lupa berusaha ntuk berjaya dalam idup..dan kata2 yg selalu terlekap difikiran aku.." kalau taknak jadi penanam tembakau yg terpaksa bersusah payah ntuk boleh sesuap nasi,jgn sesekali malas belajar"..pesanan yg selalu bermain di fikiran aku..sebab di kg aku,kebanyakan nyer penanam tembakau and aku dapat rasai kesusahan seorang petani tembakau..segala usaha mereka tak mungkin dapat aku balas sampai la aku tersedak2 menunggu maut...

Wednesday, December 16, 2009

mood otok..

mak aku:elo..assalamualaikum..ini KPM ke?
akak tak tau name: ye..sini mmg KPM..ada ape2 bleh saya bantu?
mak aku:saya nak bertanya mengenai penempatan pelajar lepasan Maktab Perguruan yg program PISMP tu..sudah ada list nama penempatan ke?
akak tak tau nama: owh..saya sendiri sebenarnya kurang arif mengenai benda ni..tapi mengikut firasat saya,esok KPM dah akan hantar list2 nama pelajar kepada JPN mengikut negeri yang mereka dapat..

ini adalah secebis potongan perbualan antara mak aku dgn akak dari KPM yg tak sempat ditanya namanya..tapi dari pengamatan suaranya,aku rasa akak ni adalah perempuan..kalau laki pun,mngkin laki bersuara perempuan..akak ni mustahil adalah seorang lembu atau pun kerbau kerana dia dapat berinteraksi seperti manusia biasa..hari ni,16 disember 2009..pada 1 disember 2009, aku telah menelefon KPM dan telah diberitahu bahawa keputusan penempatan akan dapat diketahui pada 15 disember..tapi masih2 belum diketahui..takkan Disember tahun 2020 kot...apa yg KPM buat sampaikan nama penempatan masih tidak dapat diketahui?yang tak dapat tahu tempat ni tak pe lagi,tapi KPM lansung tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai penempatan lepasan maktab nih..dulu,KPM cakap postim 1 disember,lepas tu senyak cam tu je..ape ke hal nih?tak wat kijo ko?apa guna web page tersengkang kat internet kl tak nak update perkembangan semasa?sekurang2nya letak la yang postim 1 disember tu dibatalkan..tu pun payah ke weiii!!!aku hayun gak siku aku nih!!!astafirulllahh..terlebih otok lak..yg ada kat web page tu hanyalah mengenai pertandingan mewarna kanak2 sekolah rendah pedalaman ape ntah..dan juga tawaran biasiswa kpd pelajar akan ditarik..haddoo..pengurusan apa cam ni ni?memalukan la..dan juga menyakitkan hati..update la webpage tuh!!bagitau apa perkembangan semasa..jgn lepas bagitau satu benda,lepas tu senyap menyepi...dah la line tepon sibuk semacam..cam ni ke kementerian yg dianggap salah satu paling penting di 1 malaysia ni??

Nota kaki:aku tau KPM takkan baca penulisan aku nih..tapi sekadar lepaskan otok di otak...fuuhhh..dah tak otok lagi..

Thursday, December 10, 2009

dunia baru bagi apih


Ini aku punya adik..takkan abg lak kan kecil semacam je..nama popular yg digemarinya adalah apih..dan nama pantang disebut didepannya adalah "i'ah"(kozennya)..apabila disebut dia akan mula gelabah jika keadaannya pada masa tu tidak berseluar dan berbaju ataupun dia sedang dalam keadaan bad mood..umo dia mestilah di bawah tahap kanak-kanak bawah umor dan memerlukan penjagaan ibu bapa yang sepenuhnya..maknanya dia hanya dibenarkan melihat rancangan yg mempunyai tanda 'U' iaitu umum, dan dilarang sepenuhnya melakukan aktiviti2 yg akan mendatangkan bahaya kepadanya,termasuklah melakukan acara payung terjun,terjun bungee, terjunam kedalam gaung atau membawa kereta sama ada kereta tu adalah kereta maual ataupun auto..tahun 2010 merupakan tahun pertama baginya bergelar seorang pelajar sek ren tahun 1..apabila menyebut dia akan bersekolah tahun depan,terpampang di wajahnya keexcitednan ntuk bersekolah..antara tanda keexcitednannya itu adalah seperti selalu menanyakan bila tarikh sekolah akan dibuka walaupun dia sendiri sedar yang dia tidak mahir sgt dalam membilang hari dan bulan..ataupun dgn selalu menyidai uniform sekolahnya ditempat yg berpatutan risau kl2 baju yg baru dibeli itu tak dapat ditemui pada hari persekolahan nanti..selepas menganalisis tindakan adik aku ini,aku cuba reflect semula apa yg aku rasa semasa hari pertama persekolahan aku dulu..tapi mmg terbukti daya ingatan aku ni elok skit je dari daya ingatan itik..aku tak dapat nak ingat apa yg aku rasa pada hari pertama aku daftar sekolah dahulu..yg aku ingat hanya bila sampai disana,aku rasa nak terkucil..maka aku bertanyakan kat seorang akak manis(bdk darjah 2 agaknya) mengenai tempat aku dapat membuang air kucil aku ini..akak itu menjeling kepada ku,lalu senyum manis..perhh..dalam hati,mngkin akak ni dah terpikat dgn kecumelan aku..lalu dia pun menunjukkan tempat aku bleh kucil,iaitu di sebalik sebuah pokok ru..lalu dia gelak sambil lari lintang pukang..dalam hati,nasib baik akak tu dapat lari,kl tak aku tunjuk gak cara2 orang buang air tepi pokok..dia gak fobia ngan pokok nanti..


yg dpt aku ingat lagi di awal persekolahan aku adalah aku dilarang ntuk ke tandas oleh ustazah fardhu ain..sampai sekarang aku masih berdendam dgn ustazah berkenaan..masih jelas wajah ustazah tu dalam ingatan aku..ada ke patut dilarangnya budak darjah satu hendak ke tandas..dia cakap aku bosan dia ngaja sebab mmg muka dia terbukti membosankan...last2,aku tunjuk kat dia.."ustajah..wa punya suar da basah..tajah bertanggungjawab!!wa nak saman malu kat ustajah!!!.." nasib baik la tak de orang perasan..kl tak malu den..
di awal persekolahan jugak,aku telah mendapat gelaran aku sendirik dan ianya kekal sehingga sekarang..dulu,masa darjah satu,aku telah dibelikan sebuah beg berwarna merah jambu dan terpampang gambar gajah sekor..mmg cumel gambar gajah tersebut,dan telinganya mmg terbukti besar..kebetulan pulak,tuhan telah kurniakan telinga yang agak capang kpda aku..jadi,mmg sinonim dgn beg berkenaan..dan sehingga sekarang,kawan2 sekampung memanggil ku gajah..kurang asam!!tapi tak pe..dulu masa kecik2 ada gak rasa nak marah,tapi tu kenangan beb..tapi kl panggil banyak2 kali,mmg melayang gak pelempang aku ini..koh3..


jadi,kepada adik bongsu aku tu,selamat la menjadi murid sek rendah nanti....belajar rajin2..

salam..

Thursday, December 3, 2009

tips2 berpostim



tidak sampai sebulan lagi,InsyaAllah aku bersama  seribu lebih lagi makhluk2 aneh dalam first batch PISMP akan berpostim di seluruh ceruk2 Malaysia..
sebagai seorang guru baru di sekolah,anda tidak akan dapat mengelakkan diri dr terlibat dgn gejala2 tak sihat yg akan menstresskan anda tahap cipan terlekat bijik durian sebesar saiz penumbuk afdlin shauki yg gemuk tu..lalu..dgn perlahan2 perangai anda yg dahulunya ceria,suka memampus rakan2, pantang melihat anak dara terus adjust,suka buat sesuatu yg selalu mendatangkan kebencian orang lain mulai berubah..anda akan menyepikan diri..anda mulai terasa seperti anda mempunyai SUper Power seperti dapat bercakap dgn pokok2..binatang2 buas..jika keadaan lebih parah,anda akan mulai merasakan anda bebas ntuk melakukan apa2 seperti menyanyikan lagu negaraku dgn bersemangat ketika majlis tahlil arwah penghulu Kg..ataupun anda akan mengutip2 makanan2 di tong sampah..dan pada tahap seius,satu perkataan akan tersumbat di telinga anda..iaitu.."oree giloo..lariiii"..saya tau,anda mesti ketakutan sekarang..jgn ketarkan lutut dan dagu anda dahulu..di sini saya sertai tips2 bagaimana untuk mengelakkan perkara di atas berlaku ke atas anda..

1)sebagai seorang guru yg baru,anda tidak boleh bersikap seperti ayam jantan..bukan ayam pondan,ayam tambatan,atau ayam berak kapur,tapi ayam jantan..jika anda pernah analisis ayam2 jantan di kg anda,dia suka mengankat kepala,buat hal sendiri,berkokok dengan muka bangga(atau lebih tepat dengan muka suruh orang shoot ngan selipar jepun)..pantang jumpa pumpuan dia nak ejas(tanda ayam jantan ejas-dia buat2 macam badan dia berat sebelah lalu nak jatuh mengiring atas badan ayam pumpuan..bajet ayam pumpuan tu nak riba time dia jatuh)..maksudnya disini bukanlah anda tidak boleh berkokok atau tdk boleh mengejas dgn cara buat2 nak rebah cam ayam jantan tu,kl dah badan mmg mengiring,nak buat macam mana..dan kl anda berkokok,awal2 lagi orang ok anda ada something wrong..tp maksudnya jgnlah terlalu menunjuk2 kemampuan diri walaupun mmg terbukti anda jaguh dalam bahagian lari dalam guni ketika sekolah rendah dulu..buat sekadar tidak lebih dari apa yg disuruh..jgn menjadi ketua dgn rela hati,sebab anda akan diperhatikan..dan bila bergaul dgn orang kg,jgn angkat diri..kerana jika orang2 kg anda itu adalah orang2 kg orang Asli sarawak 0r sabah,anda mngkin dihadiahkan sesuatu di dahi anda..

2) jgn terlalu taksub atau ghairah dgn kerja anda..contohnya ketika kali pertama anda menjejakkan kaki di sekolah anda,anda dilarang sama sekali untuk terus berlari dgn kelajuan maksimum menuju ke mana2 kelas,lalu terus masuk ke kelas itu,dan terus menerajang guru yg sedang mengajar ketika itu,lalu merotan dgn sekuat hati mana2 budak yg anda rasa tak pernah siapkan kerja sekolah yg anda bagi..kejadian seperti ini akan mendekatkan anda kepada pemecatan on d sport perkhidmatan anda dalam perkhidmatan awam..yg sepatutnya,ketika kali pertama anda jejakkan kaki di sekolah anda nanti,anda menyapa sesapa yg anda jumpa dgn memberi salam dan salam satu Malaysia..tak kira la yg anda jumpa tu kucing,lembu2,tukang kebun,kl bernasib baik anda dapat menyapa akak2 kepada budak2 sekolah itu..tapi Awas..jgn terlalu mesra jika anda merasakan sekolah anda itu memerlukan anda menaiki Bot selama 7 Jam,helux 4 jam dan berjalan kaki separuh hari..masyarakat di sana senang jatuh hati kepada guru2 terutama yg ensem2..yang muka macam nangka kena jirik kat lori pun dinasihatkan jangan..walaupun muka anda terbukti buruk dan tidak disukai ramai,tapi di sana muka tu tak penting..yg penting,kerjaya anda yang amat disukai..


3)berbaik2 dgn guru besar walaupun terbukti guru besar tersebut tidak digemari ramai..ini amat penting ntuk anda kerana guru besar mempunyai kuasa yg besar dalam sekolah..jgn sesekali mengatakan tidak kepada guru besar,kecuali perkara itu membawa kepada dosa..sbg contoh,jika guru besar berkata:
GB:guru baru,buleh tak anda tolong handle satu house training ntuk guru2 sekolah ni tentang mengurangkan masalah tidur sambil berdengkur ketika mengajar..?kat sini susah nak cari penceramah,jadi saya harap awak je jadi penceramah
anda:bereh boss!!kerja senang je tu!kita buat sekarang ye boss!!
GB:melebih pulak mamat ni membodek..

4)selain guru besar,orang kedua yang perlu anda bodek adalah kerani..di kebanyakan sekolah,kerani ni merupakan seorang staff sokongan yang mempunyai raut wajah yang tidak begitu ceria dan menghampirkan diri kita untuk menyiku2 kepala mereka..pada tahap normal,kerani akan berinteraksi dgn kita dgn muka tak de perasaan atau lebih tepat dengan muka suruh orang hempap kerusi..tapi awas!!anda jgn sesekali menyiku,menghempap kerusi di atas kepala kerani itu,atau apa2 yang akan membuatkan kerani itu terasa sakit,termasuklah menampar kerani itu dgn sekuat hati sampai terberai cermin matanya dan berterbangan semua gigi2 palsunya walaupun alasan anda adalah ntuk menempis nyamuk di pp kanannya..seelok2nya selalu bertanyakan kabar kerani itu..cakap elok2 dgn dia walaupun anda tidak ikhlas..lebih2 lagi,jika anda belum diconfirmkan..kl buleh,setiap pagi,anda hadiahkan dia cermin mata dan gigi palsu baru(ni bagi kes kerani di atas)..jgn sesekali memandai nak bagi hadiah tak berpatutan,seperti pewangi hilangkan bau badan ataupun ubat penyakit berjangkit(seperti kusta) kepada kerani anda tanpa usul periksa..

5)mengelakkan diri daripada kerja yang banyak daripada guru-guru senior..kebiasaanya,sebagai guru baru tak buleh lari drpd di suruh oleh guru2 senior..atau lebih tepat,diraggim habis2an..anda tidak la buleh melatah dgn tiba2,sebaliknya mesti bijak menguruskan nya..mengurus disini bukan bermaksud dgn mengangguk2 kepala dgn bersungguh2 tanda buleh melakukan kerja tersebut,tetapi brmaksud kerja itu tidak akan membebankan anda..sbg contoh,jka anda disuruh menaip satu buku rancangan tahunan bagi semua darjah,ini dah buleh dikira melampau..jadi ketika anda disuruh,mula2..anda hendaklah senyum..relek..tenangkan fikiran lalu memulakan bicara:
anda:saya bukan tak nak buat cikgu..kl bleh,yang sekolah menengah pun saya nak buat,tapi kl saya buat banyak kerja,nanti guru besar tgk saya rajin,tak pasal2 saya dinaikkan pangkat..dah la baru ni dia dah tawarkan saya kenaikan pangkat ke DG 54 terus,tapi memandangkan ramai lagi guru-guru lama baru duk DG 44,saya tolak tawaran itu..cikgu mana nak?saya naik DG cepat ke,atau saya bagi peluang tu kat cikgu..cuma syaratnya,cikgu kena buat kerja tu kat kawasan awam la..baru guru besar nampak..


ini sajela tips2 yang sempat dikongsikan bersama-sama disini..pandai2lah kawan2 semua menjaga diri ditempat orang kelak..
salam..