Thursday, September 9, 2010

ops sikap

"sari berita penting..
ops sikap hari ini mencatatkan 18 lagikematian menjadikan jumlah kematian sejak 6 hari yang lalu menjadi 95 orang..sekian berita disunting oleh saya sendiri semasa berbuka puasa semalam"
terkejut..
risau..
lapar (puasa)..
dalam 6 hari,95 orang buleh sampai ajalnya di atas jalan raya..
syukur tuhan masih panjangkan umurku untuk terus bernyawa di bumiNya ini..

mengikut statistik yg dikeluarkan oleh tv3 semalam,70 peratus punca kemalangan adalah berpunca daripada pemandu sendirik,iaitu melebihi laju..
ini terbukti berdasarkan pengalaman aku balik dari johor..sebuah kereta viva dengan kelajuan lebih kurang 140km/j tanpa segan silu memotong2 kereta2 di hadapannya walaupun di selekoh..
ini juga membuktikan rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa kereta yg diaorang naiki itu bukanlah dicipta dengan teknologi makhluk asing yg mampu menerima apa2 hentakan termasuk hentakan lori treler..
mengikut seorang kawan aku yg balik dari KL,satu kemalangan telah berlaku di sebuah jalan dan telah mengakibatkan kepala mangsa terputus..dan sudah pasti meninggal dunia..masyaAllah..moga2 dijauhi diri aku ini dan orang lain dariapda kejadian seperti itu..
jadi kepada rakyat malaysia (selaku pemandu jalan raya),hati-hati lah anda di jalan raya..jgn kerana anda,orang lain turut menerima kesannya..kalau taknak ingat orang tersayang pun,ingatlah amalan anda mungkin masih belum cukup untuk menemui ajal..jadi pandu perlahan..asal selamat sampai..insyaAllah..

moga2 perjalananku kembali kejohor dan jugak perjalanan perantau2 lain nanti selamat sampai..aminnn...

No comments: