Saturday, October 9, 2010

oh jiran

usop:salam..awak..awak sedang tidur sambil mulut ternganga2 lagi ke?sudah pukul 5 petang ni awak..
saya:saya sedang memantau jiran2 saya ni wak...entah kenapa,tiap2 petang dia suka sgt membawa anjing2nya membuar air kecil dan besar di depan rumah saya..kaki conget2 lalu tanpa segan sila menabur..awak tau,saya rasa macam nak melayangkan segala siku2 dan kaki2 saya ke anjing2 tersebut,,tapi nanti kaki sy akan kena samak...kalau saya layangkan kaki saya kat perut jiran saya,takut nanti saya masuk jail..sape nak jaga budak2 saya 4 wawasan tu..
usop:senang aje der..malam2 lepas dipastikan tuan ajing2 tersebut tido,apa kata awak geletek anjing tersebut sampai dia terkencing selama sejam tak henti2..dan diakhiri dengan satu hentakan siku dengan style ong bak di kepala anjing tersebut..tapi silap pastikan awak tak tinggalkan bukti la..
saya:agak ganas cadangan tu awak..tapi sy akan pertimbangkan..

kenapa anjing2 tersebut perlu dibawa kedepan rumah aku untuk membuang air kecil diaorang??padahal depan rumah dia pun ada pagar..hanya pasrah..nak lawan2 karang,dikungfunya pulak..ilmu silat aku lak tak lebih dari bukak gelanggang,tomoi setakat pakai sarung tangan,tu pun tak reti nak ikat...

Tuesday, October 5, 2010

saya menang motoo!

apabila diumumkan sebagai antara salah seorang pemenang pertandingan makan pisang tanpa buang kulit paling banyak, aku telah dihadiahkan tiket perlancongan ke melaka selama 1 hari tak sempat malam bersama beberapa lagi cikgu lain..yang aku kurang suka skit,adalah pemenangnya jugak adalah termasuk 120 murid-murid tahun 4 sek keb bandar putra..
maka pada pukul 9 pagi hari ahad,bertolak la kami semua ke melaka dengan riang gembira..dalam bas,murid2 kelihatan semuanya membawa handset dan mengambil gambar sendirik dengan menggunakan taktik pembesaran lubang hidung..muka disendengkan,senyum kambing lekat duri keman,lalu ambil gambar dari atas..biasanya dilakukan oleh kanak2 yg ingin kelihatan comel..
apabila tiba di sana,murid-murid berlumba-lumba ingin turun bas,tak terkecuali cikgu zaprol dan cikgu12 lain..antara aktiviti yang aku dan murid2 sempat lakukan adalah:
1)melawat zoo negeri melaka-hanya satu yang menarik perhatian aku..aku terjumpa seekor lembu (aku namakan sebagai Lolo anak lelaki Bobo(ayah dia meninggal kerana tertelan jam Bonia yg terjatuh dalam kandang tersebut)) yang agak girang memamah besi..sejam aku habiskan memerhatikan lembu tersebut..kl aku bawak lori,sure lembu tersebut aku angkut bawak balik bachok kawan ngan Mail..
 
Lolo yang begitu comel memamah2 besi..Kl Mail ada mesti lagi best..

2)menaiki bot musing2 bandar melaka-aku sempat muntah hijau akibat mabuk laut walaupun ia sebenarnya adalah sungai..terima kasih kepada encik usop kerana telah menawarkan penadol..sempat melambai2 orang2 di tepi dengan menjerit "selamat tinggal orang malaysia.. gue nak balik indone dah..berigap semalam PATI masa ngeteh kat mamak"
  tiga bujang SKBP 

"tutup gigi gak sikit" katanya juru gambar..gigi besar boh!
 taktik bergambar dengan ustazah hujungg sekali..yg depan 4 orang ni sbg pasu2 bunga aje..(kenyataan yg agak kasar)
 lutut dan punggung dah tak rasa ape sebab serban berjalan banyak sgt..

 kuda paling aneh..muka duku rambut tak reti nak potong..cikgu layerkan jugak rambut kuda kenik nih..



pemandangan dari bulan..
3)menaiki menara taming sari yang sememangnya amat mengujakan..apabila sampai atas,aku hampir2 menelepon mak ayah serta orang kampung nak memberitahu aku sudah sampai bulan..tapi sayang,bateri handset low kuat sgt amik gambar..

sekian..

Friday, October 1, 2010

Mail..

Mail...maill..laungan yang aku laungkan apabila aku tiba dirumah..kelibat Mail kelihatan di sebalik pokok2 mata kucing yang sedikitpun tak endahkan laungan aku..aku agak dia tak paham apa yang aku laungkan..aku masih lagi melaungkan nama tersebut..maill..maiilll...mail kelihatan sedikit terganggu dengan panggilan aku..tapi panggilan dedak campur nisan dan rumput kehijauan lebih menarik perhatiannya..dia kelihatan sedikit pun tidak endahkan najis2 mutawassitah yg bersepah dibuang merata-rata..agak kurang asam perbuatan ko mail..aku yg kena angkut nanti..tiba-tiba..
Tok..Tokk..Tookk...kie..kiee..
eh,sape pulak ketuk pintu tgh malam nih..jam menunjukkan jam pukul 1.30..aku bukak pintu mengharapkan Mail menjelma..tapi sangkaan ku salah..Carmello(nama main bubuh) housemateku yg menjelma..
aku:kenapa lo?awal lagi nak ke sekolah ni?
Carmello:bro,lu kena tolong gua bro..tunang gua menghadapi masalah..ada perkara tak elok berlaku..ada orang nak pecah rumah dia bro..
aku:pemecah rumah ni betol2 mengganggu mimpi indah aku lah..jom bro!kita kasik hentam itu pemecah lumah..
maka bergerakla kami ke skudai..sesampai di sana,aku rasakan hatiku makin mengecut...lebih2 lagi rumah tersebut memerlukan kami berdua menaiki tangga yg agak sunyi kerana rumah nya di tingakt dua..tetapi,demi mengelakkan sesuatu yg lebih buruk,aku dan hosmate memberanikan diri..sesampai di tingkat tiga,maka kelibat pemecah rumah tersebut sudh tiada..ko bernasib baik pemecah rumah..kalau tak,mmg tak tau ape nak jadi..kami pergi membuat laporan polis..dan laporan polis itu ada yang berbunyi macam nih..
"siti dan elly (bukan nama sebenar) sedang lepak2...tiba2 terdengar suara orang memekik tak tentu hala.."jangan bukak pintu tu kak!jangan bukak!" siti dan elly telah terlihat seorang lelaki di koridor rumahnya cuba membuka sliding door..tetapi siti agak berani dan menahan sliding door tersebut..selepas itu,siti sudah penat,siti berlari2 anak masuk kebalik bersama elly..selepas itu tunang elly sampai bersama kawannya yg kedua2nya mata lebam akibat tak cukup tido..kedua2nya telah tertido semasa report ini dibuat..nak tido,baik tido kat rumah woi!siti dan elly tidak tahu sama ada itu pemecah rumah tersebut masih berada di dalam rumah atau sudah mengankut segala harta benda dalam rumah itu.."
dan hari ini,Carmello mengatakan rupa2nya lelaki semalam adalah lelaki yg ditangkap khalwat..hohhoh..kurang asam punya pengkhalwat!lu hutang gua mimpi gua bersama Mail..

selesai

hujung minggu menjelma lagi.tetapi hujung minggu ini agak berlainan untuk aku.kegumbiraan dihati menyambut kedatangan hujung minggu ni lebih kurang sama dengan rasa gembira anak ayam tumbuh bulu dada pertamanya (agak2 jah)..syukur sehingga akhir minggu selama aku menjadi ketua guru bertugas angkuh,sekolah masih dapat diselamatkan dari apa2 ancaman pengganas atau makhluk perosak lain..tiada perkara-perkara di luar kawalan aku yg berlaku..antara tugas2 penting yg perlu aku lakukan adalah seperti:
1)memberi ucapan di perhimpunan tiap2 pagi di depan guru2 dan murid2..sekeping nota yg dipegang di tangan tak dapat di baca dengan elok kerana tgn terketar2..lutut jugak turut join serta dalam mengetarkan dirinya..denyutan nadi agak kencang..peluh lak keluar macam la aku masa tuh sedang membuat aktiviti lari daripada bayang sendiri di padang pada pukul 1 tgh hari dengan memakai sweater bulu tebal..
2)memaki hamun murid-murid.ini biasanya terpaksa aku lakukan di waktu rehat.jumlah murid yg agak ramai membuatkan aku sedikit mengalami kesukaran..lebih2 lagi,murid2 nih tak reti nak rasa takut dengan kebengisan aku..
terima kasih diucapkan kepada guru2 lain yang sudi membantu..aku bebas!