Sunday, June 26, 2011

awok dan bini di sabah

salam..
alhamdulillah..perjalanan awok selama lima hari ke sabah bersama bini awok akhirnya berjalan tanpa apa2 benda pun terputus seperti putus jari,putus tangan,putus hubungan atau putus nyawa..
antara aktiviti yg awok lakukan adolah:
1)memekik lolong apabila melihat kapal terbang..awok mmg teruja dengan kapal terbang,sebab awok punya cito2 maso kecik,awok nak jadi tayar kapal terbang..tapi takdir tak membenarkan..

sempat pulak budak dua orang ni duk buat kerja rumah tepi kipah kapal terbang..kalu la awok pun bleh lepak2 macam bebudak ni,awok sejukkan kopi jantan panah awok depan kipah kpl terbang ni..
 
awok sempat memerhatikan kerja tak berfaedah mamat duo ekor ni..sempat lagi jual boger complete pakej dengan sluppy depan tangga..tapi seriusly,boger dia sodap..perlu dicuba..
2)hari kedua,awok sampai,awok terus ke kundasang..awok sukoo..awok sukoo..(ado sobabnyo)..

 ni la bini awok..dio mmg suko cium bau bungo rayo..tapi silap hari bulan,masuk mulut slow2..
awok dengan bini awok di pekan nabalu..tin berkarat jadi tripod..sebab tu awok terpaksa peluk bini awok..(stail cari alasan takde kaitan walapun orang tak tanya bakpo peluk bini sungguh sangat)

posing paling digemari bini awok iaitu stail burung terbang dengan riak wajah macam anak burung baru dpt terbang..jgn terbang jauh2 sgt yo bini awok..awok tak dan nak igap nanti..

awok dan bini awok di dairy farm (syurga bagi lembu2 susu)awok suko posing ni..tak tau eh napo neh..


 ni la tempat yg bini awok paling suko (tempat paling awok paling takut)..bini awok suko mencari bendo tersembunyi di sini..tmpat ni dipanggil pasal philipine..awok lagi suko kalau tmpat ni dipanggil pasar segalo mok neko..macam2 bendo ado..awok raso macam lepah berjalan itik keliling bangunan sekolah (selalu dilakukan ketika di sek rendah) apabila siap jalan2 di pasar philipine ni..saranan:menyediakan kerusi roda untuk orang2 yg lutut lemah seperti awok..



sampai sini ajolah coretan awok mengenai perjalanan awok ke sabah bersamo bini awok..sekian..
kepada bini awok, semoga bini awok jago diri molek2..jangan lompat ikut suko hati lagi..salam..

Monday, June 20, 2011

anak lelaki muka tak bercahaya

salam
situasi di kedai Moha (kedai makan paling digemari oleh orang yg bini jauh)
ketika sedang ghairah aku memilih lauk,menyiku pembeli2 lain,tiba2 pandangan aku tertumpu pada sorang makcik yg sgt tua yangsedang memilih bnyak lauk untuk dibungkus dan dibawa balik..aku agak dia mengalami penyakit lutut bergoyang kerana dia berjalan sperti ingin jatuh kadang2,seperti ditiup angin kadang2,dan kadang2 aku rasa nak sarankan makcik tu guna kerusi roda,melambatkan proses orang lain nak memilih lauk (agak pentingkan diri)..tapi risau lauk pauk yg dia pilih tu masuk mulut aku tanpa kerelaan pulak..
aku dengan mr naim(bini jauh gak) makan di satu meja dengan lahapnya akibat dari pagi,pukul dua baru jmpa nasik,aku ternampak makcik tadi duduk di meja depan aku..rupanya dia datang bersama anak lelakinya (tgk muka tak bercahaya) dalam umur 40 tahun dan cucunya dalam 20 tahun (bagaimana aku tahu hubungan mereka?telinga capang digunakan sepenuhnya ntuk mecuri dengar perbualan mereka)..
anak lelaki muka tak brcahaya:ibu,mana cukup lauk banyak tu..nasik dua je bungkus?rumah kita tu ramai..takkan nak makan kongsi?
makcik tua lutut goyang:ibu ingat yg lain dah makan..takpe nanti ibu pergi tambah (lalu berjalan la makcik tu dengan lutut goyang2)
cucu:abang pergi tolong atuk jap ye..
anak lelaki muka tak bercahaya:haa..pergilah..atuk tu bukan tau sgt..(sambil duduk hisap rokok)

moga2 anak laki dia esok2 pun buat cam tu kat dia..

Saturday, June 18, 2011

sirap selasih

sila klik disini dahulu.."in new tab"
salam..
kebiasaan pada hujung minggu,gue akan memaksa sedaya upaya diri gue supaya tidur melebihi dari kadar seorang kanak2 dewasa biasa mampu lakukan..tapi pada minggu ini,rutin tak bermaruah gue itu terpaksa dibatalkan apabila telah dipilih sbg fasi bagi satu program yg dinamakan Sirap Selasih..biarpun gue lebih suka minum kopi jantan,tapi bos telah tetapkan nama program ini sirap selasih,jadi gue tak boleh suka2 hati gue nak tukar program ini kepada program Kopi Jantan Kurang Manis satu gelas kasi letak dua paket jgn Lupa kacau..(dah melalut..sbelum jadi makin parah,jom kembali kepada topik yg lebih berilmu.)..
prgram ini bertjuan ntuk mbawa balik budak2 hard core kmbali ke jalan yg benar (dan kbnyakan guru2 yg terpilih adalah guru2 hard core yg juga sudah jauh dari pangkal jalan..)
prgram ini bertjuan ntuk mbawa balik budak2 hard core kmbali ke jalan yg benar (dan kbnyakan guru2 yg terpilih adalah guru2 hard core yg juga sudah jauh dari pangkal jalan..)

Hari pertama
senaman ringkas didahulukan pada petang hari..

sesi pertandingan perut sapa paling boyot..dimenangi oleh pelajar ini..lebih boyot dari TC Boy!


sesi regangan yg agak menyakitkan..

mangsa tidak dapat kembali ke bentuk asal selepas regangan..menjadi tumpuan rakan2 untuk bergambar.."mari2..tukun duyung kena strok!"

akibat agak susah dikawal,maka satu hukuman yg agak zalim dilakukan..sesi menarik telinga rakan sekuat hati tanpa rasa agak telinga rakan akan membesar sebanyak satu inci dan menjadi merah-merah sperti telinga lotong..

"gue tetap macho walau kepala dah senget!cikkguu..sakitt"

"ahhh..gue dah strokk..gue dah strokk!"

pada petang hari diadakan permainan yg dinamakan "HamunKing" di mana setiap pasangan dikehendaki memaki hamun rakan mereka tetapi dalam topik "kenapa rakan kamu tak layak jadi guru".tapi yg aku musykil, satu suara keluar dari mulut budak2 nih.."weii..ko telinga capang!!"..rasa ringann je lutut gue dengan secara tiba2..tapi..saboo..
\
perbincangan.."ko kutuk budak india tu,panggil dia orang minyak terlebih masak.."

pada malam hari diadakan satu aktiviti di mana aktiviti ini bertujuan bagi menguji tahap ketahanan mental bebudak..caranya
1)lima orang budak akan dipilih ntuk memberi ucapan mengenai apa2 perkara yg mereka sayangi..mana kala budak2 lain dekehendaki mencaci budak tersebut sekuat2 hati mereka tanpa rasa apa2 belas kasihan..dan hasilnya...berikut..

Ayahanda SKBP menangis teresak2 apabila dicaci rakan2 mereka..tajuk ucapannya adalah....Ibu yang saya Cintai...mmg terasa sakit bila dicaci bila kita menceritakan mengenai ibu yg kita amat sayangi..maaf ayahanda,nak menguji ketahanan mental ayahanda..
tetapi selepas sesi caci mencaci,mereka diinsafkan semula oleh fasi..sehinggakan mereka menyesal perbuatan terkutuk mereka.."aku menyesall..kawan..maafkan ku.."ayat seorang budak yg buatkan aku terasa sedih bangat baa..nasib baik tak cucur sekali air mata..

semangat kekawanan oleh mereka yg dikatakan hard core..berpeluk setelah sedar akan kesilapan mencaci rakan yg rapat dengan mereka.."ayahanda..abang long mintak maaf atas cacian abang longg.."

sebelum tidur,satu aktiviti diadakan dimana mereka dikapankan dan diberikan pengalaman (olok2) berada di dalam kubur..ada yg sampai terketar2 lutut mereka..ada yg menadah doa memohon keampunan..dan..dlm ramai2,ada tiga budak india berani dikafankan..syabas bro..(tapi hanya bertahan selama tiga minit)

Hari Kedua
pada hari kedua,ibu bapa dijemput hadir untuk mendapatkan anak2 mereka yg 'baru'..

ibu..bagaimana anak sekalipun,tetap menyayangi sepenuh hati..
seorang ibu yg tak dapat menahan air mata apabila melihat anaknya menitiskan air mata..sakit seorang ibu melihat anaknya menangis hanya dapat difahami oleh seorang ibu..
anak2 yang menjadi harapan ibubapa masing2..seteruk mana anak2 sekalipun,harapan dihati ibu bapa tak pernah hilang untuk anak2 mereka..
seorang ibu yg menunggu untuk memeluk anaknya apabila anaknya menangis akibat penyesalan terhadap kesalahan yg telah dilakukan..
"aku menyesal ibu.."
pelukan ibu yg menenangkan anaknya..

tidak dilupakan..ayah yg selalunya diam seperti tidak mengendahkan..tetapi tetap jua tidak dapat menahan apabila anaknya dalam tangisan...

Thursday, June 16, 2011

pengaruh..

salam..
situasi di dalam kelas 3 visi (3 last yg kebanyakan budak2 memerlukan bantuan hentakan kuat di kepala untuk belajar secara baik)..
latihan bertulis:
isikan tempat kosong dengan kata nafi yang seswai
1) Nora ___________ kakak kepada ahmad

jawapan ikhwan(budak yg paling dahagakan kasih sayang siku gue)
1)Nora Elina kakak kepada ahmad
OOO EMM JII!OO EMM JII!!

gue:nora elina ada adik ke?
ikhwan:adik dia tak masuk tv cikgu..tapi sy kenal la..ngehngeh (ayat melipak gue)

maka satu libasan buku kedatangan telah berlaku di kepalanya..

Wednesday, June 15, 2011

kisah tudung

situasi di dalam kelas 4 bijak

gue:lu orang tau tak,orang perempuan yg tak pakai tudung ni,tak beriman..
perempuan 1(bukan nama sebenar):heyy cikgu,jaga skit mulut..perempuan yg pakai tudung labuh tu tak semestinya dia beriman..kl dia beriman,beriman la dengan Allah,jgn nak tunjuk2..

gue terkentut tanpa niat(terkejut sgt2) mendengar ayat macam tu bleh keluar dari mulut seorang murid perempuan kelas aku..lalu ape lagi,gue mmg suka menguji tahap pemikiran orang nih,lebih2 lagi kanak2 bawah umur..lalu gue berdiskusi lagi dengan budak tersebut

gue:kalau macam tu,tece tuuutt ngan ustazah tuttt yg pakai tudung smpai ke lutut tu saje nak tunjuk baik depan orang la..
perempuan 1:diaorang bukan..saya cakap orang lain..
gue:hmm..macam mane pulak dengan perempuan yg bila kat sekolah pakai tudung,tapi bila kat luar sekolah,tak pakai?dalam pesbuk pun gmbar tak bertudung..(perbuk budak ni tak pakai tudung)
perempuan 1: heyy..cikgu ni mmg suka cari pasal ngan saya la..kat sekolah tak pe la..kat luar tu panas la cikgu..cikgu takpela,tak pakai..kang sy pakaikan jugak tudung kat kepala cikgu karang..mak sy pun tak marah sy tak pakai tudung..cikgu pergi bagi ceramah kat dewan lah..
gue:ingat..panas neraka lansung tak terbanding dengan panas berada dalam tudung awak tu..
perempuan 1:eeeee!!!

gue berfikir di kantin selepas itu..

Monday, June 13, 2011

syukran

salam..
syukur alhamdulillah pada 4 jun 2011 ana telah dikurniakan seorang isteri yang diberi nama Nor Hafiza Bt Mohammad..syukur kerana Allah telah menyediakan jodoh untuk ana dengan seorang perempuan yg lebih pada layak untuk ana..terima kasih ana ucapkan kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakan majlis kesyukuran ana..ana tak mungkin dapat membuatnya seorang diri,kerana ana sedar,ana mmg blur bila mbuat sesuatu kerja yg berat2..RAM rendah..terima kasih terutamanya dekat keluarga dari kedua2 belah pihak yg banyak sgt membantu dari segi tenaga dan shh..kewangan..(masuk tunggakan,i.Allah bleh claim..huu)..
 ayah dan mak, mama dan papa

keluarga baru ana..dah bertambah bnyk..ngeh

 adik-beradik ipo

sejuta terima kasih diucapkan kepada keluarga ana yg tersangat banyak mmbantu..

semoga Allah akan permudahkan urusanku selepas ini..walapun jauh,moga2 akan diperdekatkan dengan mudah..aminnn..