Monday, June 20, 2011

anak lelaki muka tak bercahaya

salam
situasi di kedai Moha (kedai makan paling digemari oleh orang yg bini jauh)
ketika sedang ghairah aku memilih lauk,menyiku pembeli2 lain,tiba2 pandangan aku tertumpu pada sorang makcik yg sgt tua yangsedang memilih bnyak lauk untuk dibungkus dan dibawa balik..aku agak dia mengalami penyakit lutut bergoyang kerana dia berjalan sperti ingin jatuh kadang2,seperti ditiup angin kadang2,dan kadang2 aku rasa nak sarankan makcik tu guna kerusi roda,melambatkan proses orang lain nak memilih lauk (agak pentingkan diri)..tapi risau lauk pauk yg dia pilih tu masuk mulut aku tanpa kerelaan pulak..
aku dengan mr naim(bini jauh gak) makan di satu meja dengan lahapnya akibat dari pagi,pukul dua baru jmpa nasik,aku ternampak makcik tadi duduk di meja depan aku..rupanya dia datang bersama anak lelakinya (tgk muka tak bercahaya) dalam umur 40 tahun dan cucunya dalam 20 tahun (bagaimana aku tahu hubungan mereka?telinga capang digunakan sepenuhnya ntuk mecuri dengar perbualan mereka)..
anak lelaki muka tak brcahaya:ibu,mana cukup lauk banyak tu..nasik dua je bungkus?rumah kita tu ramai..takkan nak makan kongsi?
makcik tua lutut goyang:ibu ingat yg lain dah makan..takpe nanti ibu pergi tambah (lalu berjalan la makcik tu dengan lutut goyang2)
cucu:abang pergi tolong atuk jap ye..
anak lelaki muka tak bercahaya:haa..pergilah..atuk tu bukan tau sgt..(sambil duduk hisap rokok)

moga2 anak laki dia esok2 pun buat cam tu kat dia..

No comments: