Thursday, May 28, 2009

simple such bubble

why should having persecution if all of us are in equal level? who give the authority to certain people to give their expression to others even though they also losers? i might looked stupid to others..but i'm not some one who are begging for my life..i love to pretend happy though there are lots of pain..cry is useless without any effort..others may assumed that i'm is nothing to be care of.. but thats what i want..if the care may bring to another lies..

Friday, May 8, 2009

buat ibuku..(orang len jgn bace!!ngaa..)

selamat hari ibu diucapkan kepada ibuku..Siti Saloma Othman..yang berada di kemudi,bachok(tempat aku dibesarkan dan juga tempat aku sedang menulis blog sekarang ni..hihi..)..terima kasih diucapkan kerana dah besarkan kami adik beradik..=) kalau nak citer satu2 perngorbanan ibu kat anak2nya ni..4 juto milion page blog ni tak cukup..dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara..tapi bagi ibu,aku yakin tak de satu pun benda yang dianggap remeh untuk anaknya..anaknya terkehel leher sikit pun(sebut betol2..terkehel..bukan patah..)..seorang ibu pasti akan kalut..pergi ke hospital..pergi rumah tok bomoh..kalau ade spaire leher kat kedai Ah Tong(kedai motor depan JPJ panji),aku pasti seorang ibu itu akan beli spaire part leher itu dekat kedai Ahtong Motor..tapi anggota badan kurniaan tuhan ni tak de spaire part nya..cari kat Law Yat sekalipun,spaire anggota badan ni takkan dapat dicari.. dari lapan beradik,yang besar2 kira dah berjaya menempah pelajaran untuk kerjaya esok2..walapun bukanla kerjaya untuk mencari kekayaan,tapi cukup untuk menikati hidup dengan rezeki yang halal..kejayaan anak2 itu mustahil akan datang dengan tiadanya pengorbanan seorang ibu..duit..itu pengorbanan yang zahir..yang nampak di mata..doa yang tak pernah putus dari seorang ibu merupakan satu sebab penting kejayaan anak2nya..ibu aku sentiasa mendoakan kejayaan anaknya..kl time anak2nya exam..seharila ibu aku dalam pakaian sembahyang..sembahyang hajat..untuk setiap subject anaknya ambil..tak kirala exam tu..UPSR..PMR..SPM..and lain2 exam..kalau nak dibandingkan dengan duit,pengorbanan seorang ibu tiada bandingannya.. sebagai anak,pengorbanan ibu tak harus disia2kan..kalau tak..neraka la jawapannya..nauzubillahh..aku dapt lihat kejayaan aku dan juga kejayaan adik2 aku hasil pengorbanan seorang bergelar ibu..kalau arap2kan usaha sendiri semata2,aku pasti,kejayaan itu takkan berkekalan atau tidak akan diredhai..

nama makhluk halus ini adelah Ahmad Zafrullah Zaki B. Ahmad Fikri..merangkap aku sendiri..sekarang belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu..maknya disini..doktor la aku bila grade nanti..(angan2)..aku yakin tanpa usaha seorang ibu,aku tak mingkin dapat sambung belajar sampai ketahap ni..untuk pengetahuan,aku adalah seorang makhluk tuhan yang amatttt...pemalas..ngahaha..(kutuk diri sendiri)..syukur Alhamdulillah,aku punyai seorang ibu yang tau perangai pelik anaknya ini..SPM,ibuku sanggup bangun kul 3 4 pagi teman aku study..pastu aku tido dulu dari ibuku..berap2..arap2 makhluk jenis aku ni tak banyak kat muka bumi ni..arap2 tahun depan,aku akan berjaya bergelar guru..dan dapt membalas jasa ibuku..walapun aku tahu, jasa seorang ibu takkan dapat dibalas hanya dengan duit yang seceput itu..



Ahmad Zafrullah Afham B. Ahmad fikri..berada di Royal Collegue ..merupakan adik aku yang kedua..sekarang berjaya belajar jauh kat eropah..aku pun eropah gak..tapi sekadar nama course..tak pergi sana pun..ngaa..dari kecik lagi adik aku yang ni dah start belajar jauh..tapi takpe..usahaa ibu aku dan usahanya sendiri insyaAllah takkan sia2..Gud Luck E!!=)


Mohd Taqiyuddin bin Ahmad fikri..merangkap anak yang ketiga..sekarang dah berjaya menyambung pelajaran kat IP teknik Cheras Kuala Lumpur..belajar molek d..jgn stress2..jgn caro sgt pasal Dr Tajol tu..doa je la supaya pintu hati encik kajol itu akan terbukak sikit..jawap exam molek..=)
adik2 aku yang len masih belajar di sekolah..satu di Alam Shah..and satu lagi di MRSM Kuala berang..

yang len masih di sekolah tempatan (bachok)..arap2 sume dari kita takkan lupa,yang setiap kejayaan tu datang dari seorang ibu yang tak pernah lupakan kita..=)


Selamat hari Ibu Sekali lagi kepada Ibuku..

thanks a lot..

sorry for all of the trouble that we all had made(lebih2 lagi anak sulungnya ini)..

Love u..=)

kata-kata himkat oleh prof engku aziz..

di sini aku ingin berkongsi sedikit kata2 hikmat yang dikeluarkan oleh engku aziz..

1)rajin belajar,rajin bercakap - bagus
2)rajin bekerja,malas bercakap - kena buli
3)malas bekerja,malas bercakap - tak guna
4) malas bekerja,suka mengadu - lalat hijau
5)malas bekerja, suka ponteng - lebih baik berhendi
6) malas bekerja, suka termenung - lebih baik mati
7)rajin bekerja, rajin mengadu - kaki bodek

Thursday, May 7, 2009

stop island..(pulau perhentian)

aku berjaya ke pulau perhentian akhirnya..walapun pergi dengan sekolah,tapi tak lansung terikat ngan mane2 jadual..satu pengalaman yang tak akan aku lupakan..sejarah pulau perhentian adelah pulau yang dinamakan sebagai pulau perhentian disebabkan pada dulu kala,pulau itu selalu menjadi tempat perhentian penyu2 bertelur..(jgn percaya sgt)..

keseronokan berada dipulau perhentian tak pernah kurasakan..(lebih2 plak)

muka bangga nak dapat naik bot laju..mata jadi luas..hidung lagi la luas..(bro zim..sori lu punya pic nampak mata sebijik je..hihi..)..mama..papa..along berjaya naik bot laju!!wahaha..(nak tunjuk rase bangga dapat naik bot laju)..

ketibaan di pulau perhentian..nak safe bajet,banyak makanan segera yang dibawa(yang dipegang oleh dua sahabat ku)..contohnya..nasik berlauk rm 1.50 makcik depan rumah sewa..maggi..air mineral..kami punya makanan logik la gak..kalau guru besar..siap bawa buah tembikai..isk..memang safe bajet sungguh guru besar ni..

muka2 excited dapat duk pulau..

"aku dapat berenang..yeshh!!zim..tepi..aku nak berenang ni..karang terlanggar ko lak..(berenang sambil pakai life jacket)

hmm..ngantuk la..out luh..salamm..

perkara2 yang aku tak pernah buat..

sepangjang berpraktikal di Always Primary National School (sekolah kebangsaan Sering), sempat gak la aku melakukan perkara yang belum pernah aku buat..ade benda yang aku suka, and ade benda yang aku tak suka..

1) perkara pertama - melapah (bahasa kelatenya 'siam') daging lembu

untuk pengetahuan semua,aku adelah seorang makhluk tuhan yang tak begitu pandai buat kerja..melapah daging lembu ni jauh bezanya dengan belajar mathematics..apa yang amat diperlukan hanyalah sepotong pisau dan batu asah..mula2 aku pegang daging mentah,perasaan ku..masyaAllah..aku rasekan macam ginjal, buah pinggang aku belah kiri,dan hempeduku nak terkeluar dari mulut..tapi nasib baik tak keluar..kalau keluar,aku mesti sedang menulis blog dalam kubur sekarang..

aku dah pandai melapah daging!!!yeshh!!lembu2 jiran akan ku lapah semuanya nanti!!kambing2,itik2,ayam2,angsa2..beware..(perangai orang bila dapat buat benda baru)

2) disuruh jadi pengerusi oleh ustaz j-qaf.
perkara kedua adelah jadi pengerusi majlis perpisahan ngan PK hem Always Primary National School..suara donald cam aku ni leh disuruh jadi pengerusi..dah la majlis tu majlis yang memerlukan aku buat2 suara sedih..susah betol..kami bahagi2kan tugas berpengerusi tu kepada 4 orang..part aku sikit je..aku cuma perlu cakap.."sekarang tibalah mase yang dinantikan oleh semua orang..ucapan terakhir kali oleh PK hem kita,jgn panjang2 sgt ye..perut dah lapar ni..laksa menanti di kantin tauu..majlis dengan segala hormatnya mempersilakannn...!"tu je..tapi ketar seluruh badan..

3) membuat mural- aku hanya perlu mengecat semula mural yang telah dibuat oleh kanak2 praktikal yang dulu..(mungkin kanak2 itu adelah cikgu besar sekarang)

sebelum diproses..dinding nampak teramat teruk..rase macam duk belakang bangunan lama yang dah berabad tak guna..busuk!!kotor!!semut banyak!batang paip..tak keluarkan air!!(sebab tak buka)..

setelah dicat..sekolah sering menjadi tumpuan pelancong asing..tempat peranginan yang paling ingin dilawati..4 orang lam gambar tu adelah orang2 yang telah menjayakan mural ini..

kami tak besar,dan kami tak kuat..ape yang penting..kerjasama!!(sebenarnya..apaaa yang penting?namaa ditulis selepas buat sesuatu kebaikan..ngaa...)

tips2 berpraktikum..

selama 3 bulan tambah 2 bulan sebelum ni,cukup 5 bulan aku berpraktikal sepanjang course aku..sepanjang aku berpraktikal,banyak gak la yang aku pelajari cara2 nak survive kat sekolah ni..biasala,kanak2 praktikal ni selalunya akan menghadapi masalah semasa berpraktikal..antaranya adelah masalah nak control budak,nak kontrol cikgu..nak kontrol macho ..nak kontrol segala2nya..nak tak nak,kita kena hadapi..di sini aku sertakan serba sedikit tip2 nak hidup selesa di sekolah..

1)masalah paling besar kanak2 praktikal adelah - guru2 disekolah tidak sedar yang makhluk pelik datang ke sekolah diaorang ini adelah seorang guru pelatih..yang diaorang nampak pada seorang makluk ini adelah sebuah file hitam,beg sangkut kat bahu, tie ketat di leher..ape lagi,meraka akan fikir kita ini adelah seorang penjual ubat ataupun penjual kapet (kalau muka tu macam arab)..dan meraka pun akan mula la menjauhkan diri dari kita..atau lebih radikal,mereka akan cakap.."dikk..pasar rabu kat sebelah sekolah je.."jadi untuk over come masalah ini..seorang guru pelatih hendaklah ke sekolah lalu masuk ke dalam kelas..mengajar tanpa ade rase was2 akan dilempang oleh guru sebenar kelas itu..lalu guru2 disekolah akan sedar bahawa kita bukan penjual ubat,tapi seorang guru yang bersemangat waja dan juga tak tau malu..

2)masalah datang lewat ke sekolah-


masalah datang lewat ke sekolah memang masalah besar di sekolah,tak kira cikgu praktikal,cikgu ganti,cikgu cemerlang cikgu memandu ataupun cikgu besar..jadi tips untuk tak diblack list oleh guru besar adelah dengan datang lewat kesekolah selewat2nya..kalau bleh waktu budak2 tahap satu rehat..bila sampai,jumpa je mana2 cikgu anda mesti cakap.."aii..awal ari ni cikgu?dengan cara ini guru tersebut akan lupa akan kehadiran kita yang lambat,fikirannya akan tertumpu pada kehadiran awalnya pada hari itu sambil mengharapkan kenaikan pangkat oleh guru besar..waa...

3) masalah ketiga adelah control kelas..masalah ni kalau tak dapat di handle,akan membawa masalah besar kepada seorang guru pelatih..markahnya mungkin akan jatuh..jadi disini aku bagitau tips untuk control class dengan berkesan..anda cuma perlu cari seorang budak yang paling senyap dalam kelas tu..senyap sesenyapnya..kalau boleh,budak yang tak pernah pun mendatangkan masalah ketika anda mengajar..tekun..selalu siapkan kerja sekolah..tak buat bising..panggil budak tu ke depan..lalu rotan budak tu sekuat hati anda..sampaikan budak tu menangis...sampai terketar2 kakinya..tapi awas!!jgn sampai terbuang air..selepas itu,bagitau kat sume budak2 lam kelas.."sesape yang berperangai teruk atau pun bising berbanding budak ni,akan kena lebih teruk lagi!!"

4) masalah keempat-disuruh oleh guru2 lama mmbuat kerja..e;g mural,mark kertas jawapan budak, taip kerja diaorang..jadi untuk selesaikan masalah ini, sebagai seorang guru pelatih,anda mesti selalu selerakkan meja anda..kalau bleh,selerakkan meja guru2 di sebelah anda..biar anda nampak seperti sedang sibuk buat kerja biarpun pada mase itu anda sedang tidur(jgn lakukan di bilik guru,buruk padahnya)..bila guru tersebut datang sambil tersenyum..jalan slow2..tegur orang sekeliling sebelum sampai di tempat anda,itu petanda ada kerja yang berat untuk kita..jadi serta merta anda hanya perlu cari buku rph lalu bukak page yang last sekali(page yang masih belum ditulis ape2)..lalu guru tersebut akan mulakan perbicaraannya.."adik kita yang hensem macam buah kelapa ni sibuk ke??"..dengan sepantas kuda kita kena jawab.."cuba tengok rph ni..kosong lagi..kelas setengah jam lepas ni..agak2 saya sibuk ke tak cikgu??"..

itula serba sedikit tips2 aku dapat bagi..tips2 ni atas pengalaman aku sendiri...tak tau akan menjadi tak kat orang lain..tapi belum cuba,belum tau kan??huhuhu..

assalaaamualaikum!!

Friday, May 1, 2009

berakhirnya satu perjuangan di SK SERING..

alhamdulillahhh...akhirnya berjaya gak aku habiskan hayat aku selama 3 bulan di mana joe jambooo??bolos saje di sini..(rancangan yang dipengerusikan oleh zizan yang tak cukup singgit@seriyal)..sebenarnya di sekolah Sering untuk Latihan mengajar aku..nama 'Sering' sebenarnya berasal daripada perkataan sering yang membawa maksud Selalu atau bak kata orang putih always(bahasa arabnya adelah 'na'am)..macam mane sekolah itu mendapat nama Sering?macam ni ceritanya..mase kami sedang minum2 air dekat kedai nasik kerabu yang amat popular depan sekolah(kedai yang menjadi kegilaan orang kampung..siap teriak lagi bila dapat makan nasik kerabu kedai ni..cara dia buat senang je..apa yang diperlukan adelah nasik berwarna biru, ulam2 and mihun..siap and bleh dihidangkan),cikgu besar sekolah tu telah bercerita serba sedikit tentang sekolah ini..menurut beliau, nama sering diletak di sekolah ini sebab..tiba2...ringg...ringggg(bunyi tepon 3310 cikgu besar)...alahai..bini cikgu besar lak call..suruh cikgu besar beli nasik kerabu lebih dua..otokk!!kami pun dengan sendirinya menganggap nama sk sering ini dapat apabila bini cikgu besar Sering kali Call cikgu besar time2 genting..kami pun pergi dari situ sebab kami ade kerja yang lagi penting dari mendengar guru besar sedang berbual tentang nasik kerabu dengan isterinya

suasana SK Sering amat berbeza jika dibandingkan dengan Sekolah aku berpraktikal sebelum ini..atau lebih tepat aku cakap sekolah aku untuk tempah pakej2 penyakit VVIP..bebudak SK Sering tak de la sebuas budak SK Long Gafar..cikgu2nya pun baik sgt..lebih2 lagi cikgu Nik Lah..

biodata cikgu Nik Lah:
nama : nik Lah
umur : aku rase 40 lebih..
ketinggian : termasuk lam golongan orang2 tak tinggi..
perwatakan : bermisai lebat..suka senyum sambil misai masuk lam mulut lalu menolak misai yang masuk lam mulut tu dengan buatkan mulutnya muncung2....suka buat2 garang ngan budak..pendendam..lucu dan juga seorang yang pemerhati...tapi yang paling penting seorang bapa yang penyayang(selalu belikan anaknya makanan di kantin)

untuk praktikal kali ini..aku mendapat partner yang kepalanya gole(maksudnya sekepala dengan aku..)

partnerku bernama Sir Moazim..seorang yang tak berapa nak ensem..tapi leh la digolongkan lam manusia hensem gak..ngaa..seorang guru yang suka bagi motivasi kepada anak muridnya..kadang2 sampai menangis budak tu..suka melakukan PJ dalam kelas tanpa membuatkan budak2 mengamuk tak dapat turun PJ kat padang..respect ah aku kat mu zim..juga seorang yang suka buat lucu yang menyakitkan hati budak2...hihihihi...tapi 3 bulan bersama sekejap je rasenya..lagi elok dari dapat partner yang kerek..yang hanya tau suh orang buat kije..padahal yang dia sendiri entah ke mane..caihh..

aku mendapat tahun 5 Jaya 5 Gigih and 3 Iktiar(anak kesayangan) untuk subject mathematics...



budak2 sengal 5 Gigih..perangai brutal..ramai yang dah isap rokok..tapi masih teramat hormatkan gurunya...nama budak kegemaran aku - kemal(yang duduk betul2 di tepi aku) and aidil(budak lelaki pertama yang berdiri dari kiri)..perangai dua orang ni sebijik cam perangai nabil..ngaa..lenguh mulut aku kalau duk melayan budak2 ni duk main angin aku gak..



bebudak pumpuan 5 Gigih yang...hmm..yang ape ek...yang malu2 kucing bila di ajak bergambar..sufi-budak pumpuan 5 Gigih yang paling akan aku ingati(tiga dari kanan)..dia seorang yang bleh dikatakan jenih lincah gak..suka gelak..menyampuk tak tau malu..kdg2 gelak sampai jatuh kerusi..atau lebih teruk gelak sambil terkentut(citer benar)..tapi amat mudah menangis..bila ditanya..rupanya..mak dia dah tak de..



untuk kelas anak kesayangan aku lak adelah kelas 3 Iktiar..satu kelas yang buatkan aku angin seluruh badan..kadang2 sampai kekejangan otot2 akibat stress..tapi masih tetap anak kesayangan aku..ngaa..kelas ni merupakan satu kelas yang dikhaskan untuk budak2 pemulihan..kebanyakan budak2 kelas ni tak pandai membaca pun..tapi amat pandai membuat bising..dan juga membuat cikgunya kena penyakit..apa yang buatkan aku suka kelas ni adelah..aku suka bila diaorang ni dapat terima walapun satu je dari ape yang aku ajar..kalau dua lagi la suka..kalau tiga empat lima tu mustahil la..

kelas 5 J, kelas yang paling aku sayangi..tu mustahil la..kelas yang paling buat aku rase kaku bila berada di dalamnya..sejam rase macam sebulan..budak2 kelas ni nerd tahap senerd2nya..muka stress bila belajar..lambat paham bila aku buat lawak..tapi cepat pandai..tapi kelas ni gak la yang buat jamuan kat aku pada hari terkhir aku di sekolah tu..waaa..tq belly much..

partner aku,sir moazim kacak hampir2 menitiskan air mata bak terharu dengan jamuan yang diadakan..nasib baik aku tak pom..kalau pom..sure..ngaa..harap2 aku takkan dapat peluang melihat ko lam keadaan tu..hahahaha...=)