sepangjang berpraktikal di Always Primary National School (sekolah kebangsaan Sering), sempat gak la aku melakukan perkara yang belum pernah aku buat..ade benda yang aku suka, and ade benda yang aku tak suka..
1) perkara pertama - melapah (bahasa kelatenya 'siam') daging lembu
untuk pengetahuan semua,aku adelah seorang makhluk tuhan yang tak begitu pandai buat kerja..melapah daging lembu ni jauh bezanya dengan belajar mathematics..apa yang amat diperlukan hanyalah sepotong pisau dan batu asah..mula2 aku pegang daging mentah,perasaan ku..masyaAllah..aku rasekan macam ginjal, buah pinggang aku belah kiri,dan hempeduku nak terkeluar dari mulut..tapi nasib baik tak keluar..kalau keluar,aku mesti sedang menulis blog dalam kubur sekarang..
aku dah pandai melapah daging!!!yeshh!!lembu2 jiran akan ku lapah semuanya nanti!!kambing2,itik2,ayam2,angsa2..beware..(perangai orang bila dapat buat benda baru)
2) disuruh jadi pengerusi oleh ustaz j-qaf.
perkara kedua adelah jadi pengerusi majlis perpisahan ngan PK hem Always Primary National School..suara donald cam aku ni leh disuruh jadi pengerusi..dah la majlis tu majlis yang memerlukan aku buat2 suara sedih..susah betol..kami bahagi2kan tugas berpengerusi tu kepada 4 orang..part aku sikit je..aku cuma perlu cakap.."sekarang tibalah mase yang dinantikan oleh semua orang..ucapan terakhir kali oleh PK hem kita,jgn panjang2 sgt ye..perut dah lapar ni..laksa menanti di kantin tauu..majlis dengan segala hormatnya mempersilakannn...!"tu je..tapi ketar seluruh badan..
3) membuat mural- aku hanya perlu mengecat semula mural yang telah dibuat oleh kanak2 praktikal yang dulu..(mungkin kanak2 itu adelah cikgu besar sekarang)
sebelum diproses..dinding nampak teramat teruk..rase macam duk belakang bangunan lama yang dah berabad tak guna..busuk!!kotor!!semut banyak!batang paip..tak keluarkan air!!(sebab tak buka)..
setelah dicat..sekolah sering menjadi tumpuan pelancong asing..tempat peranginan yang paling ingin dilawati..4 orang lam gambar tu adelah orang2 yang telah menjayakan mural ini..
kami tak besar,dan kami tak kuat..ape yang penting..kerjasama!!(sebenarnya..apaaa yang penting?namaa ditulis selepas buat sesuatu kebaikan..ngaa...)
No comments:
Post a Comment