Friday, August 27, 2010

menghampiri cuti

cuti semakin menghampiri..kegumbiraan di dalam hati untuk pulang ke kampung halaman tak dapat dihuraikan dengan perkataan lagi..hanya mimik muka mampu menggambarkan kegumbiraan di hati ini (mata bercahaya seperti spot lite,mulut senyum lebar seperti anak bulan sabit)...keinginan berjumpa dengan ahli kuarga tersangat tinggi..tapi yg mejadi kerisauan,perjalanan dari johor ke kelate ini bleh dikatakan melampau jauhnya..tambahan pula dalam bulan ramadhan..jadi persediaan awal kepada semua pemandu2 yang ingin berjalan jauh hendaklah dibuat seawal saat ini (jam menunjukkan pukul 1.45 a.m..atau mungkin bleh dimulakan dengan esok lagi senang)..kondisi kenderaan masing2 hendaklah dipastikan tip top..di sini aku ingin berkongsi persediaan2 yg perlu dilakukan kepada kereta anda sebelum berjalan jauh..(walapun pengetahuan aku terhadap kereta tak lebih dari isi minyak dan isi angin tayar)
1)lampu-anda mestilah memastikan lampu kereta anda menggunakan lampu kereta yg betol..dilarang menggunakan lampu ayam atau lampu suluh..atau lagi teruk,lilin..kerana perbuatan ini akan mengundang masalah kepada pemandu lain atau mana2 pengguna jalan raya lain termasuklah kuntilanak2 di lebuh raya mersing ataupun si capang yg mempunyai belalai panjang yg suka sgt lepak atas jalan pada lewat malam..selain itu,anda jugak hendaklah memastikan lampu brek sentiasa berfungsi dengan baik..ini untuk mengelakkan orang belakang kereta anda tidak akan mengeluarkan kata2 kesat (sumpah saranah) bila anda membrek..signal jugak perlu dipastikan berfungsi dengan baik..pastikan dia lip lap lip lap dengan elok..kl buleh,elakkan signal yg hanya menyala di depan atau belakang sahaja..
2)tayar-keadaan tayar juga hendaklah dipastikan dalam keadaan yg seratos peratos tip top..pastikan tekanan angin bersesuaian dengan jenis kenderaan anda..dilarang sama sekali hanya menggunakan mulut sebagai pengepam angin sebab tayar kenderaan ni bukan belon..bunga tayar jugak mestilah dipastikan berbunga..jgn pula diletakkan sejambak bunga di tayar anda supaya orang tau tayar anda berbunga..bunga di sini bermaksud sila tekan disini (acah je..) ini untuk memastikan kereta anda bergerak dengan stabil dan tidak mudah terbabas bila anda membelok ataupun brek mengejut..
3)-anda juga mestikan memastikan air untuk peneyejuk enjin anda mencukupi..anda dinasihati jgn sesekalimenggunakan air jagung atau carrot susu sebagai penyejuk walaupun air tersebut mmg terbukti sedap bila diminum semasa berbukak puasa..cukup sekadar menggunakan air paip..begitu juga air bateri..bukan bateri anda,tetapi bateri kereta anda..segala minyak hendaklah dipastikan elok seperti minyak hitam,minyak gear box, minyak brek..jgn sesekali walaupun dalam keadaan terdesak,anda menggunakan minyak masak Saji sbg minyak pelincir atau apa2 minyak yg digunakan oleh kereta anda..
4) sebelum memulakan perjalanan yg jauh,anda dinasihati jgn lupa berdoa kepada Allah supaya perjalanan anda berada di bawah keberkatanNya..insyaAllah..
1)doa bermusafir..
Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarg

2)doa menaiki kenderaan darat
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

selamat pulang ke kampung diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yg berada diparantauan..

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;






insyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

thanks 4 de info

uto laut said...

welcome2..=)