Thursday, May 7, 2009

tips2 berpraktikum..

selama 3 bulan tambah 2 bulan sebelum ni,cukup 5 bulan aku berpraktikal sepanjang course aku..sepanjang aku berpraktikal,banyak gak la yang aku pelajari cara2 nak survive kat sekolah ni..biasala,kanak2 praktikal ni selalunya akan menghadapi masalah semasa berpraktikal..antaranya adelah masalah nak control budak,nak kontrol cikgu..nak kontrol macho ..nak kontrol segala2nya..nak tak nak,kita kena hadapi..di sini aku sertakan serba sedikit tip2 nak hidup selesa di sekolah..

1)masalah paling besar kanak2 praktikal adelah - guru2 disekolah tidak sedar yang makhluk pelik datang ke sekolah diaorang ini adelah seorang guru pelatih..yang diaorang nampak pada seorang makluk ini adelah sebuah file hitam,beg sangkut kat bahu, tie ketat di leher..ape lagi,meraka akan fikir kita ini adelah seorang penjual ubat ataupun penjual kapet (kalau muka tu macam arab)..dan meraka pun akan mula la menjauhkan diri dari kita..atau lebih radikal,mereka akan cakap.."dikk..pasar rabu kat sebelah sekolah je.."jadi untuk over come masalah ini..seorang guru pelatih hendaklah ke sekolah lalu masuk ke dalam kelas..mengajar tanpa ade rase was2 akan dilempang oleh guru sebenar kelas itu..lalu guru2 disekolah akan sedar bahawa kita bukan penjual ubat,tapi seorang guru yang bersemangat waja dan juga tak tau malu..

2)masalah datang lewat ke sekolah-


masalah datang lewat ke sekolah memang masalah besar di sekolah,tak kira cikgu praktikal,cikgu ganti,cikgu cemerlang cikgu memandu ataupun cikgu besar..jadi tips untuk tak diblack list oleh guru besar adelah dengan datang lewat kesekolah selewat2nya..kalau bleh waktu budak2 tahap satu rehat..bila sampai,jumpa je mana2 cikgu anda mesti cakap.."aii..awal ari ni cikgu?dengan cara ini guru tersebut akan lupa akan kehadiran kita yang lambat,fikirannya akan tertumpu pada kehadiran awalnya pada hari itu sambil mengharapkan kenaikan pangkat oleh guru besar..waa...

3) masalah ketiga adelah control kelas..masalah ni kalau tak dapat di handle,akan membawa masalah besar kepada seorang guru pelatih..markahnya mungkin akan jatuh..jadi disini aku bagitau tips untuk control class dengan berkesan..anda cuma perlu cari seorang budak yang paling senyap dalam kelas tu..senyap sesenyapnya..kalau boleh,budak yang tak pernah pun mendatangkan masalah ketika anda mengajar..tekun..selalu siapkan kerja sekolah..tak buat bising..panggil budak tu ke depan..lalu rotan budak tu sekuat hati anda..sampaikan budak tu menangis...sampai terketar2 kakinya..tapi awas!!jgn sampai terbuang air..selepas itu,bagitau kat sume budak2 lam kelas.."sesape yang berperangai teruk atau pun bising berbanding budak ni,akan kena lebih teruk lagi!!"

4) masalah keempat-disuruh oleh guru2 lama mmbuat kerja..e;g mural,mark kertas jawapan budak, taip kerja diaorang..jadi untuk selesaikan masalah ini, sebagai seorang guru pelatih,anda mesti selalu selerakkan meja anda..kalau bleh,selerakkan meja guru2 di sebelah anda..biar anda nampak seperti sedang sibuk buat kerja biarpun pada mase itu anda sedang tidur(jgn lakukan di bilik guru,buruk padahnya)..bila guru tersebut datang sambil tersenyum..jalan slow2..tegur orang sekeliling sebelum sampai di tempat anda,itu petanda ada kerja yang berat untuk kita..jadi serta merta anda hanya perlu cari buku rph lalu bukak page yang last sekali(page yang masih belum ditulis ape2)..lalu guru tersebut akan mulakan perbicaraannya.."adik kita yang hensem macam buah kelapa ni sibuk ke??"..dengan sepantas kuda kita kena jawab.."cuba tengok rph ni..kosong lagi..kelas setengah jam lepas ni..agak2 saya sibuk ke tak cikgu??"..

itula serba sedikit tips2 aku dapat bagi..tips2 ni atas pengalaman aku sendiri...tak tau akan menjadi tak kat orang lain..tapi belum cuba,belum tau kan??huhuhu..

assalaaamualaikum!!

3 comments:

apistakkisah said...

Waalaikumsalam...agak bernas gak idea-idea mu ni ki...boleh dipraktikkan ni...bagus2....

uto laut said...

huhuhu..praktik..jgn tak praktik pis ek..hihihi..

Anonymous said...

hahahahahahahahahaaaaaaaaaaaa