Monday, September 28, 2009

pengalaman semasa bercuti..

selepas beraya sakan macam tahun depan dah tak sempat nak beraya kat dunia ni, maka cuti raya pun dengan hampanya sudah berakhir..sepanjang cuti raya ni,bnyk gak la pengalaman yg bertambah dalam otak one terabite aku ni..maklumla,free space bnyk lagi..takkan full kalau setakat tambah bahan2 seminggu cuti raya ni..nak buat simpan movie format dvd pun muat lagi..

pengalaman pertama: kali pertama tengok orang akad nikah..sebelum ni tak pernah nak amik tahu pun pasal akad nikah ni,tapi memandangkan dah nak abis belajar,jadi aku pun menyibukkan la diri dekat masjid semasa majlis akad nikah tuan muhd faisal..nak2 je aku duduk tepi tok imam tu,salam..pastu akad gak..tapi syg,bakal tak de kat sebelah masa tu..kihkih. tapi .yang buat aku rasa cam nak wrestling je tok imam malam tu adelah,suara tok imam tu baca khutbah macam nak mengumpat..slow macam muke..(slow teramat sgt)..sedih la kan,minyak kete banyak abis..khutbah tak dapat dengar..jadi dengan sedap2 hati aku..tanpa pengawasan orang2 tua..dan tanpa amaran bahawa aksi ini mungkin boleh merbahayakan diri anda dan keluarga anda,aku telah mengaggap khutbah akad nikah tu lebih kurang khutbah semayang raya je..mungkin ade la isu2 satu malaysia skit..pastu mungkin isu2 harga minyak naik..tapi kerajaan ingat rakyat tak de otak,memperkenalkan ron 95..memangdah sah tok imam ni orang PAS..alhamdulillahh..faisal mendengar dengan muka serius..tergelak kadang2..aku tak pasti mane part lucunya..seorang lagi bakal pengantin mata dah merah..muka bagai nak tunggu orang sorong batal je,terus tido..kdg2 kedengaran dengkuran..seorang lagi siap pergi pesan nasik ayam n air sirap limau jap kat kedai depan masjid..sebagai kesimpulan, jgnla berkhutbah dengan nada slow..khutbah ni nak bagi orang dengar..kalau nak slow2, ikut lorong kiri la..anda mampu mengubahnya..

pengalaman kedua:mendengar cerita mengenai kemalangan....kejadian ni terjadi di merapoh semasa perjalan puland dari kii ill..semasa makan di sebuah kedai menjual alat2 elektrik(mestila kedai makan,nama pun makan),maka ade la beberapa orang pakcik tua sedang bercakap mengenai kemalangan yang berlaku semalam..kebetulan pemandu lori yg terlibat dalam kemalangan tu sedang makan bersama..aku pun ape lagi, sebagai seorang yang berilmu dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dengan kelebihan telinga capang aku kurnian tuhan ini,segera curik2 dengar perbualan orang..(tanggung la kau telinga esok2 bila disoal...)
pakcik 1: macam mane kemalangan semalam boleh berlaku ye wahai pemandu lori yg budiman?(sebenarnya dia bercakap kelantan..tapi telah dtranslate supaya lebih mudah difahami)
pemandu lori: macam ni sebenarnya..hahaha..saya pun tak tau kenapa tetiba je kereta tu masuk bawah lori..apa dia ingat lori ni pintu parking berbayar hypermarket ke nak masuk2..hahaha..(sambil gelak2..)
pakcik: macam mane ye keadaan driver kereta yang masuk bawah lori tu?
pemandu lori: haha..tak de la teruk sgt..nama pun masuk bawah lori,mesti la berada bawah lori kan..takkan atas lori lak..kepala ade la darah2 sikit..mana tak darahnya,dia masuk dengan kelajuan 160 km/jam..tapi tak lama tu..malam ni mati la kot..isteri dia mati kat situ gak..ahahaha..(gelak lagi)

aku segera la sedekahkan al-fatihah dekat isteri dia tu..yang aku heran knape pemandu lori tu bleh asyik gelak semasa bercerita..(walaupun telah ditokok tambah sedikit,tapi pemandu lori tu betol2 gelak sakan semasa bercerita mengenai kemalangan itu..)nak2 je aku bagi dia rasa siku aku ni..sampaikan aku pun nak tergelak..siap2 hisap rokok lagi..memang salah kereta tu,masuk line arah bertentangan,tapi takkan tak de rasa kasihan..isk2..mungkin pemandu lori tu dah biasa dengan kemalangan..sampai kan dia sudah tak rasa ape..

pengalaman ketiga:memandu kereta di kii ill ..baru aku tahu yang memandu di kii ill ni amat memenatkan wlaupun jalannya luas dan selesa..yang amat buat aku rsa cam nak lempang2 je pemandu kereta sebelah adelah..aku dengan muka hati2..berwspada melihat sign board arah jalan..selalu tengok sekeliling ntuk mengelakkan silap jalan..(semasa dalam perjalanan dari ke gombak ke cheras)..dengn tiba2..dengan secepat kilat...aku rasakan kereta aku semakin tinggi...sign board ke cheras tiba2 macam telah berada di bawah..aku ape lagi..muka cuak la kan..pesal ni sign board jadi makin rendah..sebenarnya,aku telah naik fly over ape ntah..n aku telah menuju ke seremban,nilai..n klia..haddoo..bila masa lak aku nak naik flight..kontraktor fail exam 10 kali mane ni buat jalan?sedap2 hati je ubah haluan aku...tertekan kawe..tertekan!!

itu aje la yg sempat aku tulis..bnyak lagi sebenarnya..tapi memandangkan research belum start,jadi aku membuat keputusan untuk mengaggap research lagi penting dari menulis blog..
salam 1 malaysia yg entah pe2...

6 comments:

Ain said...

salam 1malaysia buat uto...herm, byk pengalamn luas pemandangan (terbalikkan)hihi. amboi, sakan cuti no. bljr2 la pasl khwin ek, walaupn lmbt lagi tp preparation mental tu perlu kot. xcident, no komen at all (cam kena terjah lk). memg sgt kuakui, bwk kete kat kii ill memg ill r. mencbr tol wlu xprnh bwk lg. n last, memg research lagi pntig sekarg ni!

uto laut said...

eh..sape kata lambat lagi..tahun depan dah tau..ain datang ye..huhu..tu pun kalau ade duit la..kalau tak de,lambat lagi gak..jln kii ill mmg menyakitkan hati..nasib baik la duk kelate..tak de la jln2 pelik gitu..bawa kereta pun rase selamat..research memang lagi penting ek??huhu..

apistakkisah said...

akhirnya diakhiri denagn kisah dahsyat dan menakutkan iaitu RESEARCH...hm...penulisan yang bagus... :P

MuHaMMaD86 said...

hurm nice story kie

luas pmdgn byk pengalaman kn

mu g nikah faisal ka?oooo,ambik berkat kot...yela,taun dpn mu dh kn

klimak yg baik iaitu Research...hahaha

P/S:aku tdo awl smlm g,so xdan nk reply msj mu...sori naik lori noh

uto laut said...

apis:haha..pnulisan yang bagus?cam perli jek..penulisan cek ni hanya bleh sekadar bace je..huhu..

zaid:tu la zaid..arap2 tahun depan giliran aku lak la..kan..bak kata miss foo,jgn tunggu lama2..nanti u will feel the alone is d best..waa..ngeri aku dengar ayat tu..taknak jadi lonely soldier..

uto laut said...

apis:haha..pnulisan yang bagus?cam perli jek..penulisan cek ni hanya bleh sekadar bace je..huhu..

zaid:tu la zaid..arap2 tahun depan giliran aku lak la..kan..bak kata miss foo,jgn tunggu lama2..nanti u will feel the alone is d best..waa..ngeri aku dengar ayat tu..taknak jadi lonely soldier..