walaupun reflection BIG aku masih belum siap, tapi aku masih sempat menulis blog.memang jenih releks..aku tujukan post ni khas buat budak2 pendidikan khas lati walaupun aku tau korang tak baca blog aku ni..
hari ni kami pelajar2 b.ed math telah membuat lawatan sambil belajar ke sekolah pendidikan khas kelantan..murid-murid kat sekolah ini mengalami masalah pendengaran lalu tidak semena2 menyebabkan mereka bisu..
sebenarnya yang buat aku rasa sedih bila tengok bebudak ni adalah mereka kelihatan seperti kanak2 biasa..ceria..suka melompat..suka berlari..suka memeningkan cikgu..suka bermain..cuma yang bezanya..mereka tak boleh bercakap dan mendengar..perkara yang aku lalui hari ni sebenarnya merupakan pengalaman yang tak pernah aku terpikir pun aku lalui..dan susah aku nak terima bila melihat keadaan diaorang..kecacatan bisu ni bagi aku berbeza dengan kecacatan lain..mereka kelihatan sungguh normal..dengan sikap..rupa..perasaan(lebih dalam dari manusia biasa)..yang berbeza cuma mereka tidak dapat bercakap dan mendengar..
EN FAISAL sedang menunjukkan bakat terpendamnya menghadle murid2 pekak dan bisu..
faisal telah menggunakan bahasa isyarat yang masih tidak didaftarkan dengan persatuan bahasa syarat sedunia..maka kanak2 tersebut tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh tuan faisal..
kanak2 pekak dan bisu membuat aktiviti meniup belon lalu menindih belon tersebut sehingga pecah..tetapi untuk kanak2 istimewa,peraturannya juga telah diperistimewakan..belon tersebut tak perlu pecah, cukup dengan selepas tiup, tindih lalu lepaskan anginnya..itu dah dikira berjaya..CAUTION:TIDAK TERMASUK ANGIN DALAMAN YANG MEMPUNYAI BUNYI DAN BAU..DAN JUGA WARNA(KES SERIUS)
aku paling respect budak ni=ALif(memakai baju sekolah)..bukan Azri..
alif disebelah cikgu azri ensem..
apa yang buatkan aku respect sgt2 budak ni adalah gayanya yang bersahaja ketika berbual dengan kami(walaupun sebenarnya tak sampai 1o peratus kami dapat fahami apa yang dia cuba terangkan)..dia paham yang kami tidak memahami apa yang cuba diberitahunya..lalu dia menulis perkara yang cuba diberitahunya di atas kertas..perbualan menjadi semakin rancak sehingga kami menjadi begitu rapat..
aku juga respect dia kerana dia tanpa segan silu,berani menujukkan jari ibunya ke bawah (thumb down) apabile Sir Pend menanyakan tahap kelevelan kehenseman wajah aku...cek akan ingat hg sampai bila-bila..bukan kerana nak revenge,tapi kerana cek respect akan keberanian hang..solute!!!
pengalaman yang begitu bermakna buat aku dan juga kawan-kawan yang lain..
sebagai seorang yang tiada kecacatan, aku bersyukur sgt100x kerana tuhan masih memberikan nikmatnya kepada aku..=)
6 comments:
hurm...best2...lawak je bila bc cerita mu kie....
tp aku ttp xkn memaafkan kesalahan mu thdp kami semua
disebabkan mu xcontact driver bas 2 ngn btl,kita lmbt smpai....sedih2
aku rasa lain kali mu ja yg bw bas 2 kie...hahahaha
apa2pn best gak g sana....sedapnya nasi beriani dia....wal'la...hahaha
en muhammad86 ni gap..itu bukan salah cek la..nape lak hg tak nak maafkan sedangkan cek tak bersalah..itu kerja cc contact ngan bas..aku kontek dia pagi tu..nanti kejadian begini terjadi kat hg,haa..baru hg tau..nauzubillahh la kan..yang penting,cek dah buat kerja cek..tapi kl hg taknak maafkan gak,tu cek tak leh nak buat ape la kan..hg berhak taknak maafkan sesiapa..aku kalau bleh memang nak bawa bas tu zaid..tapi risau kesemua kita arwah je..haha..maklumla..aku biasa bawa kete kecik2(viva je) tiba2 bawa bas..hg gak mati awal..nanti hg tak maafkan cek sekali lagi..koh3..
apa2 pun tq muhammad sudi melawat blog cek..n selalu puji2..hohoho..
hahahaha...sgguh berani bdk itu mnunjukkan thumb down...
hahahaha..
yea dia sgt berani..
mujur dia x kena kekoh ko tlinga nga zaki...
sapo eh dpt title laki plg kacak time tuh??
huahuahua
fieza: budak tu buat thumbdown sebab nak balas dendam benarnya..uto cakap dia suka merempit dengan basikalnya..kalau tak mesti dua2 ibu jari thumbup..huhuhuahaha..
hahaha..ko men cheat blue..aku tau ko kenyit mata kat budak tu..pastu tunjukkan gula-gula sugus..memang dia lantik ko sebagai pengerusi lelaki2 ensem b.ed math uh..
Post a Comment