Pada malam ni,aku masih lagi dikurniakan nikmat kekuatan olehNya untuk berterawih di masjid kg pantai damat..alhamdulillahh..alkisahnya,malam ni ade la kejadian yang agak aneh berlaku di masjid berkenaan..seorang orang tak cukup seriyal(atau bahasa kasarnya..gila) telah berada di dalam masjid tersebut untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama2..siap saf paling depan..nasib baik tak selari ngan tok imam..
mula2 melihat keadaan tu,aku malas la nak hiraukan..biarkan dia dengan dunia rebinanya asalkan dia tak datang dekat ngan aku untuk meminjam kopiah 'tok wakil PAS' yang baru aku beli kat mydin semalam..19.90 ringgit je..ingat nak pakai raya,tapi tak sabar lalu pakai la malam ni...sekejap kemudian,aku terasa sedikit sedih bila ade seorang makmun cuba untuk menyuruhnya ke belakang..tiba2 aku tersentak la kan..dah mamat tu semayang elok2 nape nak suruh dia duk belakang..dia pun ade gak keinginan untuk mendapat pahala bagi orang2 yang duduk di saf hadapan..selepas puas dipujuk,dia masih berkeras taknak ke belakang..orang2 disebelahnya dah mula la menunjukkan muka cuak masing2 apabila mamat tu kelihatan macam nak mengamuk..tapi aku lansung tak menunjukkan muka cuak atau takut(aku di saf paling belakang time tuh..persediaan awal..huhhuh..) akhirnya adelah seorang pakcik melarang makmun tadi menyuruh orang gila tu ke belakang...
pakcik:eh..ehh..biarla dia..dia nak semayang tuhh..biarkan je dia di situ..dia tak kacau sesape pun..tapi..biarla pakcik duk belakang je ye..lenguh lutuk sikit malam ni..makan cendol banyak..(selepas melarang,pakcik tadi terus berada jauh dari orang gila itu..)
-orang gila tu mempunyai pisau di pinggangnya..
akhirnya..orang tadi telah bersembahyang penuh tanpa meninggalkan satu rakaat pun..alhamdulillah..cuma ade la dia buat hal sikit...
1) duduk apabila dia rase penat..
2) mengikut bacaan tok imam dengan nada suara yang kuat bila tok imam membaca 'Bi Alaihimm' dalam fatihah..
3)menyuruh seseorang menegur tok imam yang telah terhenti seketika bacaannya akbibat tidak berapa ingat..(dengan nada kuat ketika bersembahyang''tegur tegur la tok imam dok ingat ayat tuhh!!!'')
setelah melihat kejadian tadi,aku terfikir la..macam mana orang gila buleh ada rasa keinginan untuk bersembahyang..Maha Besar Kuasa Tuhan..walaupun dia dah ditarik nikmat untuk mempunyai kewarasan yang normal,tapi tuhan masih bekalkannya dengan pengetahuan basic..why?why??question??addee..
walaupun orang gila ni tidak normal,tapi mereka masih mempunyai pengetahuan untuk menjaga diri mereka..seperti makan apabila lapar..pakai pakaian walapun sedikit..tak menghisap dadah..melihat kiri kanan sebelum melintas jalan raya..aku tak pernah dengar pun orang gila mati akibat terlibat dalam kemalangan..ataupun orang gila terlibat dalam jenayah ragut atau merompak..nampak sgt mat rempit dan perompak lagi gila dari orang yang sebenarnya gila..
jadi sebagai manusia yang masih lagi diberi diberi nikmat kewarasan olehNya,jgnla jadi teruk daripada orang yang telah ditarik nikmat itu Oleh tuhan..dan..jgn ponteng terawih..(pesanan dari pihak penaja terutama untuk DIRI sendiri dan kepada semua yang sudi membaca artikel ini)
10 comments:
Salam uncle uto, tertarik dengan kisah ni..
~orang tak waras pun pandai solat, tahu solat tapi orang sekarang ada yg dah tidak kenal sejadah
Teruskan...
kie...aku suka citer mu..menarik r
mula2 mmg aku dok senyum sorg2 tp lama2 rasa ada "something" dr cerita mu...tahniah!!!
memang org gila ni Allah bg keistimewaan....kt kg aku dlu pn ada...mmg dia nmpk hbt dr org biasa mcm kita ni
dan paling best SYURGA menanti org gila ni...dh dia xwaras
once again congrate...menarik!!!
kesimpulannya...
MALU WESSSS...
sedangkan kita yg cukup akal nih pon ada yg malas nk g terawih!!!
nih yg yg krg akal pon pegi teraweh...MALUU dowh!!
isk2 insaf aku baca...
tp btul kata muhd86...
kita nih patut jgn hina org gila ni..
sbb dia ahli syurga...x mcm kita..
ntah syurga atau x kita ni...hmm..
haha. tergelak besar weh baca kisah ni.
hal no 3 tu kelakar. dia suruh orang lain tegur tok imam. nasib baik dio x tegur sendiri. haha. kalu tidok melopong semo ore!
:P
wowww...
bagus entry kali ini...
tersirat dalam tersurat....
hoho..cuma mengambil teladan daripada kisah yang berlaku..cek tak pandai sgt nak menulis dalam bentuk berdakwah..huhu..mungkin gak kejadian yang berlaku tu nak menyedarkan aku yang sering laro ini..hehheh...bagi yang sudi membaca,terima kasih cek ucapkan..semoga kisah ni menjadi teladan untuk kita semua..=)
bagus la tu..boleh la pasni ajak pakcik sebelah umah terawih skali,hi2
wah uto..kelakar gile org gile leh plak tego2 tyme solat..hehe..papepon post ko kali ni trbaik kot..
asasinoo(sape hg sebenarnya?)..pakcik sebelah rumah baru mati hari ni..kena kencing manis..sambil penyakit tua..
al-fatihah..
iqa,banyak la post terbaik aku..cuba baca elok2..sumenya terbaik..haha..
bagus kisah ini untuk dijadikan tauladan. tahniah :)
Post a Comment