Wednesday, April 28, 2010

back home for 3 days..

esok balik kelate..hoyeahhh!!!senarai-senarai nak buat:
1)mesti salam ahli keluarga..
2)makan bersama keluarga..
2)bagi sedikit hasil titik peluh kepada mak ayah sbg amik berkat
3)jumpa nenek..ayoh..
4)jumpa si dia (kl diberi kebenaran oleh orang tua..huahua).
5)jumpa my new pet (wira se DAT)
6)amik transkrip dan ijazah (dah ramai yg akan di intebiew tak lame lagi)
7)tidur sampai tahap mak aku panggil tok bomoh sebab percaya aku dah kena rasuk hantu tido
8)pergi rantau panjang..(arap2 dpt kebenaran)
9)packing nak balik johor semula (bila agaknya dapat tukar kelate nih..dah lama sgt berkhidmat di johor)
sekarang dah 3 bag aku packing..buwahaha..tak sabo2 nak tido atas kete api esok..

Monday, April 26, 2010

jadilah cikgu..jgn terjadi cikgu..

gambar di atas bukan lah sekeping gambar surat khabar berita harian yg berat sebelah ataupun gmbar skrip drama Jidin yg mengarut entah pape,tapi adalah gambar skrip peperiksaan anak murid kesayangan aku dari kelas 5 Visi..untuk pengetahuan,kertas ini adalah kertas subjek english,bukan subjek untuk melalak sesuka hati..
apa yg perlu dilakukan oleh Daniel (hampir2 bukan name sebenar) hanyalah mencreate 5 ayat berdasarkan perkataan yg diberi..tp oleh kerana kemahiran membuat lawak budak ni mengalahkan kebolehan Man Belon..eh..Man belon..maka dia dgn beraninya telah create ayat di atas..pertama kali aku baca jawapan budak ni,keng sebelah kiri aku mengalami kecederaan teruk akibat tak dapat tahan gelak..
setelah melihat skrip jawapan ini,aku dapat rasakan bahawa beratnyer beban aku sbg guru english kelas ini..jadi aku merancang cara2 untuk membaik pulih Daniel..kalau setakat pelempang secara bertalu2 tanpa rasa segan silu sampai tercabut gigi palsu budak tu,aku rasa itu tak dapat mengembalikan ke pangkal jalan..kalau ke rahmatullah,ada kemungkinan..
apa2 pun,aku harap aku dapat gak menyumbangkan ape yg telah akubelajar selama ini untuk membawa balik Daniel ini ke dua realiti..di mana dia akan sedar bahawa dia sekarang menghampiri kepada jalan kegagalan..
jadilah cikgu..jgn terjadi cikgu..(koutation bernas dari seorang ibu bapa kpd murid di SKBP)

Friday, April 23, 2010

gaban punya kasut

dengan berbekalkan kasut baru adidas yg baru disebat dekat al-ikhsan,aku turun dari rumah untuk bermain futsal malam ni dengan penuh rasa ego,bongkak dan angkuh..perasaan ego dan bongkak aku bertambah lagi apabila kasut yg aku beli tu adalah kasut ori dan masih belum dibuang tag harganya..terpampabg harganya rm 1**.00..fuhh..aku yakin malam ini aku akan ayam2kan pemain2 lawan..

tu adalah perasaan aku sedetik sebelum perlawanan bermula pada malam ini melawan Gesta Po..
ketika perlawanan..
aku berusaha bersungguh-sungguh mengejar bola..kehulu..kehilir..tapi bola tetap2 tak menciumkan dirinya dekat kasut baru ku ini..aku hairan..tuan kedai al-ikhsan cakap,kalau aku beli kasut nih,orang pakai kerusi roda pun dapat perform dan score berpuluh2 bijik..kurang asam punya tokei..tp aku tak putus asa..dan diakhir minit2 perlwanan..
pungg!satu benda tiba2 terbang..aku buat tak endah..tp entah nape kaki kanan aku rasa macam tiada kasut..aku tatap..tilik..teliti betol2 benda terbang tersebut..ternyata benda terbang tersebut bukan kapal UFO ataupun gigi palsu puak gestaPo..tapi itu aadalah KASUT AKU!arhhh...aku buat relek..amik kasut seperti tak de benda berlaku...tepuk tangan sambil keluar court..
malu tahap gaban terlupa pakai kostum!!

Thursday, April 22, 2010

kunjung ziarah

hari ni maka bertebaran lah guru-guru sk bandar putra (sama ada dgn hati yg ikhlas atau hati nak dapat makan kuih muih..paling tidak karipap dua tiga bijik masuk mulut) ke setiap pelusuk taman2 di bandar putra berkunjung ziarah ke setiap rumah2 murid2 tahun 6..ini selaras dgn program Kunjung Ziarah yg menjadi populariti sk bandar putra yg amat dinanti2kan oleh setiap ibu bapak..sbg seorang guru baru yg sememangnya berperwatakan pemalu tahap orang akan cakap "lu ni pemalu tahap kucing kena cukur bulu ni nape?" program ini sedikit sebanyak membuat aku rasa nak menjadi golongan jin (ghaib)..tp apakan daya..cilok punya cilok..tgk2 aku dah pun dah berada di rumah murid2 terbabit..jadi disini aku nak gunakanlah pengalaman yg aku dapat td untuk distoly kat sini..

rumah pertama:
*maknya bersemangat mengalahkan orang nk dapat menantu,bersungguh-sungguh bertanyakan pasal anak nyer..contoh soalan:
-anak sy ni agak2 kalau dapat 5a,sy ingat nak suruh dia buat doktor..(dalam fikiran aku..agak awal sebenarnya nak fikir pasal tu..)
-cikgu,anak saya ni kan..balik rumah je terus bukak buku..balik je terus bukak buku..tp masalahnya..bila bukak buku,terus je tido..macam mane sy nak buat ni..(dalam fikiran aku..jgn la bukak buku..cuba bukak tv..mmg tak tido budak tu..)
*tapi lain pulak dgn anaknya..bila cikgu tanya..
yakin tak kau dpat 5a?
budak:tak tau la cikgu...eh adik,game boy abg mane?aku cakap ko jgn kacau game abg tadi!nak talking2 ngan cikgu jap nih..(adiknya mengganggu permainan vdeonya)..

rumah kedua:
mak dan ayahnya begitu bersemangat..bercerita tentang anak2nya yg dah berjaya bekerja..dah tiga sekarang berjaya menjejakkan kaki kat kuala lumpur..dan sekarang seorang berada di matrik..anaknya pulak walaupun sekarang cuma mendapat 1a,tp amat bersemangat..
cikgu:kau yakin tak dapat 5a?
budak:5a?buleh tak cikgu state nombor besar lagi..sy tak main la nombor2 Sa ni..saye main nombor Puluh..

jadi di sini..tugas aku hanya memantau..yg bercakap cikgu lain..ingin jugak rasa hati nak menyampuk,tapi takut tersalah sampuk,kena pelepuk lak..jadi lebih baik aku perhati dulu..tgk gaya orang tua cakap..pastu..baru leh makan karipap  dan mihun goreng ayam yg disediakan..alhamdulillahh..


Friday, April 16, 2010


bent spoong..


ketika gua busy melahap nasik puteh sup daging,gua rasakan seperti mulut gua ada masalah..seperti mulut gua dah jadi senget...atau mungkin gigi gua dah tumbuh gigi baru..perasaan pelik semacam ini gua tak hiraukan..yg penting nasik masuk mulut..tiba2 gua ditegur oleh member kacip gua..

Mintz:weii derr...apesal lu punya sudu gua tengok dah jadik macam keto sodok(traktor) punya pengaut...
gua:gua mengambil masa untuk pantau gua punya spoon jap..dengan muka terkejut wa menyahut..yeshh!!akhirnya gua berjaya buat magic di luar batasan fikiran lelabi air dengan bengkokkan sudu dengan pandangan menggoda gua!!hahaha..

nota kaki:entah ape tujuan tokei kedai kurang asam ni bagi sudu cam ni kat gua..dia nak tunjuk makanan dia sedap sgt smpaikan bengkok sudu orang guna buat makan...or dia saje nak rasa macam mane perasaan bila sudu bengkok ni gua gunakan untuk korek2 lubang idung lu..


nota jari kaki:ini merupakan post gua yg ke seratus!!!..akhirnya dah seratos idea bernas lagi berguna untuk kanak2 pra sekolah gua dpat curahkan di sini..moga2 akan sampai yg ke seribu...insyaAllahh..

tea o beng ohoo..


 

seperti biasa,selepas solat berjemaah isya' lengkap dengan pakej wirik dan doa dalam bahasa arab,gua bersama 3 lagi gua punya member kacip bersiap2 untuk keluar lepak2 sambil mencarik sesuap nasik dan setegup air..sesampainya makhluk ensem terlajak ke kedai yg telah dipilih,maka berebut la anak2 gadis untuk amik order..kami buat relek je..kami tahu diaorang mmg minat kami bereempat..maklumla..muka ala2 eto player barcelona..atau valencia MU..tak pun drogba..ntuk mengelakkan terjadinya pembunuhan antara mereka,maka kami telah memilih seorang yg nampak sopan santun kelakuannya..sampai dekat..

adik sopan:lu nak makan ape?
gua:nasik penyet ayam..
mint:lu bagi gua nasik basi..
naim:nasik ape2 pun tak pe..gua layan suma..
apis:nasik ape pun takpa..tp yg penting jgn lupa sambal belacang..(ampun pihh)
adik sopan:air?
gua:air tea beng deh..tp ingat..ais tu jgn jadik macam aisberg lak..

gua cuma nak highlight kan kat sini..aisberg..tak sangka gurauan itu telah membuatkan adik sopan itu mnjadik agak kurang ajo...tgk ape jadi kat air gua???sekali tegup,dah licin..siap ko adik sopan..orang cakap ade ubi ada batas..tp untuk adik sopan..gua bagi satu perumpamaan..

ada gak aisberg masuk dalam lubang idung seseorang karang..

Saturday, April 10, 2010

story of morning berlauk rice...

bangun paagi..gosok gigi..(nyanyian kegemaran semasa tak cukup umo)...cari ubat gigi tak adee..ubat gigi dah aabis..ape lagi, kebas rumet punya colgatee..
selepas siap menyanyikan lagu tersebut,aku pun bersiap la dalam  kul 8.30 untuk mencarik nasik berlauk pagi...dua tiga hari ni aku terperasan ade penjual nasik berlauk pagi di tepi jalan dekat kawasan rumah..dah banyak hari aku usha2,cuma tak sempat nak beli..dengan semangat..aku hidupkan enjin motor kriss aku,pakai helmet arc..dan terus bergerak ke kedai tersebut..tp entah kenapa hati suci aku ni mberi firasat bahawa aku akan dihayun senduk tepat ke dahi bila beli nasik nanti..aku berenti tepi jalan..cek minyak motor,ade..cek muka,mmg terbukti kacak bergaya..telinga je besar skit..cek taik mate,tak de..cek amilase,tak de..cek dompet,tak ade...eh jap..cek dompet...tak ade..adeyhh..dompet tertinggal..terpaksa la aku pusing balik supaya pagi2 cuti yg hening begini aku tak dihayun ngan senduk..selepas itu maka bergerak la aku bersama housemate ke kedai tersebut..sesampai di situ..hati kaca gua dan housemate pecah berkecai..niat nak pekena nasik berlauk pagi tidak kesampaian..pukul 8.30 kedai tu dah tutup??!8.30 standart la manusia malas cam aku ni baru keluar di bumi tuhan ni mencarik2 nasik berlauk....baik tak yah berniaga cam ni..untuk menyedapkan hati,maka gua ngan housemate pun membuat kesimpulan bahwa hari ini rezeki diaorang tidak begitu baik...kasihan diaorang...

Wednesday, April 7, 2010

5 visi..i love u..

jika semalam ana kena lepak kat kelas 5 visi selama 3 jam setengah,tapi hari ni lagi teruk..ana telah diassingned untuk bertugas di kelas 5 visi dari pukul 8.00 pg sehingga pukul 12.40..mula2 ana tgk slip jadual anjal berkenaan,hati ana rasa luruh bak daun2 bertaburan luruh apabila dilanggar kereta terbabas di tepi jalan..tp sbg guru yg sanggup mengambil cabaran, ana terima tanpa menangis teresak2 sambil landing kepala kat mana2 bahu yg ana sempat capai trmasuk bahu isteri orang..tapi ana yakin,jika ana berbuat demikian,kepala ana yg akan dilanding2 oleh suami cikgu berkenaan di bahu jalan..
seperti biasa,kanak hyperactive dalam kelas berkenaan dapat berperwatakan cumel seperti kanak2 lain hanya untuk sejam..selepas sejam,mereka akan berubah mnjadi kanak2 yg amat ditakuti oleh guru2 baru seperti ana ni..tapi syukur alhamdulillah..ana cuma kena kekal di kelas berkenaan sampai pukul 9.50 pagi atas pertolongan kawan ana,usop...
tapi yg menimbulkan masalah,hari ni ana kena jumpa sorang parent murid 5 visi..parent berkenaan membuat laporan pasal anaknya diterajang oleh seorang kanak2 cumel 5 visi dgn kuat tanpa menunjukkan ape2 belas kasihan..gelabah ana dibuatnya..selepas bertalking2 secara lembut,akhirnya parent berkenaan mbenarkan ana mengambil tindakan susulan terhadap murid berenaan..
tak cukup dengan tu..dua orang lagi kanak2 cumel 5 visi dihadapkan ke pejabat akibat bergaduh..seorang sampai bengkak dan biru matanya akibat ditumbuk..esok insyaAllah ana akan kena berjumpa lagi ngan seorang lagi parent yg nak mengadu anaknya dilebamkan mata kanannya..

sabo..sabo....

Tuesday, April 6, 2010

3 jam setengah yg buatkankepala aku berpunar2...

PERHATIAN..SEGALA NAMA YG TERLIBAT BUKANLAH NAMA WATAK SEBENAR.
hari ini merupakan satu hari yg agak mencabar bagi seoang guru berjiwa halus sperti aku..3 jam 30 minit aku terpaksa memaksa diri melekapkna diri aku di dalam kelas 5 visi..seperti kenyataan sebelum2 ni,5 visi adalah sebuah kelas di mana rakyat jelatanya kebanyakannya adalah hyperactive dan amat susah di kawal tidak seperti kanak2 normal lain..

30 minit pertama
keadaan masih terkawal..shahrul masih brada di tmpatnya..paranjoothi kelihatan tenang dan tidak bergitu giat buat kacau..syafiq kelihatan sedikit mengantuk..arshad pulak duk asyik gorek pensil walaupn dia sedar akan ensil dia tu sekaran hanya sepanjang jari anak kakinya...

30 minit kedua
sedang asyik aku mengajar,tiba2 sekumpulan budak2 pumpuan 5 mahir datang bawak kerusi meminta kebenaran untuk masuk ke kelas 5 visi..aku dapat lihat mata2 budak2 laki 5 visi jadi luas secara tiba2..shahrul mula bangun dan pergi padam papan hitam smbil menyanyi lagu m daud kilau..paranjoothi mula bersyair dalam bahasa tamil ngan kuat..syafiq mula kuarkan buku diari gambr salomunnya..arshad melalak tak tentu arah.."dia cikgu!dia cikgu!!" aku tanya "ape??!" "dia ni cikgu.....dia kan...tak de ape2 ah.."..ni ayat kgemaran arshad..aku menyahut.."ko kalau tgn gua melayang kat pp ko..gua yakin perkataan cikgu tu akan jadi hikngu..hikngu..hia han.."..arshad.."ok cikgu..ok"

30 minit ketiga
keadaan jadi tak berapa nak terkawal..kehadiran budak2 pompuan yg sumeya kawal cun tu membuatkan budak2 laki 5 visi bergiat aktif tanpa kebenaran..aku tak tau nak kawal macam mane..lepas menjerit,snyap jap..akhirnya aku buat keputusan untuk membuat satu kursus motivasi..aku mebuat satu analogi..aku ambil sebijik kapur putih yg panjang nya sejengkal...lalu aku berjadah..

cikgu stress: class..tgk kapur putih ni...tengok!! ibaratkan kapur putih ni adalah kamu!biar pn ada segelintir antara kamu ni adalah tergolong dalam golongan malap skit..walaupun kapur ni nmpak macam tak de kegunaan yg penting..tp kapur ini akan jadi berguna bila cikgu buat menulis..bila digunakan untuk mengajar..bila kamu akan dapat ilmu daripada penggunaan sebatang kapur ini..
arshad:cikgu!cikgu!diacikgu!"
cikgu stress:ko meh cni arshad..meh cni..sebelum muka ko cecah papan hitam..bek ko meh cni..
arshad:dia ni cikgu......
cikgu stress:ni la contoh kapur yg tak dapat digunakn..iaitu kapur yg telah dipijak..tak mendatangkan hasil!bila sy bercakap,satu benda tak masuk kepala...

aku telah mengambil sepuluh batang kapur..aku cakap..ni lah budak 5 visi yg tak pernah nak dgr arahan!aku lempar ke bawah..dan aku telah jirik hancur sumenya..tanpa aku bercakap ape2..kelas 5 visi bertukar seperti 5 arif..senyap tanpa sebarang suara..adakah analogi aku teramat kasar..hmm..adeyh..kena muhasabah diri balik.....

jgn ada mak ayah datang esok cakap..anak diaorang kena jirik2 dah la..

Thursday, April 1, 2010

adeyh..adeyh..adeyh...

buleh kah masa ni kita cepatkan seperti kita cepatkan CD ketika tgk cerita2 melayu yg bosannya tahap mengalami kemurungan yg tak tercapai akal...?supaya hari esok berlalu dengan cepat..esok merupakan hari yg aku mngkin akan diobserved oleh cikgu sekolah aku yg sememangnya sekarang membuatkan hati aku tak dapat duk diam..sekejap bergerak ke ginjal..sekejap melawat jirannya,pankreas..sekejap pergi ngeteh kedai mamak kulai depan petronas...weii hati!!ko duk diam bleh tak!!arwah gak aku melayan kerenah lu nih!

malam ni,aku berjaya siapkan 10 ABM untuk mengajar BI kelas 5 visi esok..tidak termasuk latihan dan kerja rumah..10 ABM tu kalau ikut logik,nak guna dalam masa sejam,mmg tak dapat..tp disebabkan kewarasan aku ni da tak berapa nak ade,entah macam mane lepas satu,satu..ABM tiba2 tercipta..aku yakin,esok kalau tak dua,tiga ABM je aku guna...yg menjadikan kepala aku ni sedikit runsing adalah aku akan diobserved di kelas 5 visi..ulang sekali lagi..5 visi..atau kata lainnya..5 sep2 alien..selama 3 bulan aku mengajar 5 visi ni,aku masih tak pasti apa yg sebenarnya aku dah ajar diaorang..yg aku ingat,time je aku nak ngaja,diaorang bercakap..time je nak ngaja,diaorang bercakap..time je diaorang nak bercakap,buku keluar masuk tandas hinggap kepala diaorang ngan kelajuan kuda cirit cari tandas...tapi senyap diaorang hanyatak lebih dari 5 saat setengah..esok takkan aku nak hinggap2kan lagi kepala diaorang ngan buku keluar tandas..kan aku lak kena hinggap pelempang kat cikgu tu..adeyh...sebab tu la hati aku sekang dah angkat tangan volunteer nak tukar tempat ngan pundi kencing.....

mudahan2 esok semuanya berjalan lancar..
sebelum tu,check dompet..ade 3 ringgit 50 sen..buleh dah pelepas cikgu tu nasik putih lauk telur jeruk ngan air sejuk..