pada kebiasaannya,my brain lancar je mengeluarkan idea2 bernas macam perdana menteri kita mengeluarkan idea satu malaysianya,tetapi malam ni ntah kenapa la jeng..stuck..semakin aku memaksa untuk menggunakan otak genius aku ini,semakin mengantuk rasanya..tambah2 lagi hujan yang ibarat dodoian ibu tercintaku yang mengalun supaya suruh tido semasa kecik2..masa kecik aku juruh..selalu suruh ibuku berselawat semasa mendodoikan aku...tapi bila besar ni,belum pe2 lagi dah tertido..mngkin warisan dari ayahku...nguahnguah..tapi kuah ke mana tumpahnya kalau bukan ke nasi kan..aku telah memerah otak aku ni selama berjam2 jam,tapi hanya berjaya keluarkan dua perkataan je..yang lain kebanyakannya darah2 beku..jadi untuk merelihkan tension aku ini,maka gatal la tgn aku ni nak mempublishkan post baru di blog aku ini..keinginan rasanya malam ni aku nak citer mengenai research aku..research lagi!!
tajuk research aku ni senang je,budak2 darjah 1 pun dapat buat (agak2la..ingat taraf pemikiran aku tahap budak darjah 1 ke?)..tajuknya adelah keberkesanan penggunaan Game dalam pengajaran 3 basic math operation yg melibatkan fraction..tajuk ni aku pilih sebab semasa kanak2,aku suka main card sambil main lompat2..jadi bila digabungkan,ternyata ianya menjadi satu educational game iaitu loop card.. loop card ni bila dtranslated menjadi perkataan melayu adelah kad lompat..bukan kad kredit..kad mesra, kad tesco ataupun kad raya..bila nama pun dah kad lompat,jadi cara main mestila dgn memegang kad lalu melompat2 sehingga anda berpeluh2..lelah2..n batuk2..agak2 la nak jadi budak berfikiran lurus pun..tu dah tahap tak gunakan otak namanya..
loop card ni merupakan game yang card2 nya berkaitan satu sama lain..kad tersebut mempunyai dua bahagian iaitu bahagian soalan dan jawapan..soalan di atas kad A,jawapnnya di atas kad b....tak paham??meh cikgu pahamkan..
kad A
bahagian soalan
ali merupakan budak yg hensem..mukanya ade iras2 cucur udang hangit yg kena pijak kat motor jiran sebelah rumah pak sedara dia..dia merupakan seorang budak yg selalu menolong orang tua dan menolong orang yg kehabisan minyak motor..ali merupakan budak yg normal dari segi fizikal dan mental...berapakah guli yg dipunya oleh ali?
bahagian jawapan(jawapn ni untuk kad lain)
43 ekor kuda yang dilanggar sampai kaki2 mereka kesemua tercabut
kad B
bahagian soalan
di suatu lebuh raya, ade 30 ekor kuda sedang bersiar2 di tengah2 jalan tanpa menghiraukan akan terabur pecah akibat dilanggar bas yg pemandunya memandu ala2 pandu sukoi..tiba2 mari lagi 13 ekor kuda yg rasa diaorang agak kebal lalu join kuda2 tadi..tiba2 ade sebuah treler buah dgn sengajanya telah melanggar kuda2 tak malu tersebut..berapa ekor kuda ke telah dilanggar kesemuanya??jawab..
bahagia jawapan
ali mempunyai dua guli..
nampak tak kesinambungannya?? lebih kurang cam tu la..jadi melalui game kad melompat ni,aku berkeinginan la nak kaji keberkesanan nya terhadap kecekapan budak2 mengira dan juga kebaikan yg akan diperolehi daripada bermainnya..kajian aku ni telah dijalankan untuk budak2 darjah 5 sk Sering(always in english)..
maka untuk mendapat kan data daripada kajian aku ini,aku dgn suka2 hatinya telah memilih 3 cara iaitu
1)test
2) questionnaire
3)observation
Test
Ujian yg dijalankan adalah dgn ikhlasnya bertujuan untuk mengkaji sama ada budak2 bertuah yg telah aku pilih itu Berjaya ke tak belajar dg lebih elok dgn menggunak kad lompat itu tadi..disebabkan tujuan kajian aku ini nak mengkaji kecekapan budak mengira,aku limit la masa menjawab kepada dua saat setengah…biar berdarah hidung budak2 tu menjawab..melawak je benarnya..aku pun akan berdarah hidung kalau masa dipertukkan hanya dua saat setengah..nak tulis nama dah dua minit..masa yg diperuntukkan sebeanrnya adelah 15 minit untuk sepuluh soalan..termasuk la nak tulis nama..nak ngorek pensil..nak jenguk2 kawan..nak menangis koz kena pecepuk kat dahi akibat jenguk2 kawan…
Questionnaire
Questionnaire ni bertujuan untukmengkaji benefits yg budak2 tu gained..contohnya :
1)melalui bermain loop card saya telah menjadi semakin beriman dan mempunyai hala tuju hidup..
Jadi,budak2 tick la diaorang setuju ke tak ngan penyataan itu..
Dapatan daripada test dan questionnaire ni telah dimasukkan kedalam SSPS untuk dianalisis datanya..akhirnya..hypothesis aku diterima..syukur alhamdulillahhh..Cuma..yg sekarang ni..nak buat report n summative..arghh..tertekan kawe!!tertekan!!!
dapat gak aku merelih tension malam ni..syukur alhamdulillah..walaupun cara aku merelih tensem ni agak pelik dan mungkin akan mengundang spekulasi,tapi ni la aku punya cara..hahhah..
No comments:
Post a Comment