Thursday, October 1, 2009

angin sepoi2 menimpas-nimpas ppku..

semalam, sedang asyik aku berbincang dengan beth farger,seorang mafia level tinggi di mafiawars facebuk, untuk meminta sesuatu darinya..sambil mendengar sayup2 lagu negaraku yg amat diminati oleh housemateku..tiba2..bangg!!!banggg!!!(jantungku dgn automatiknya dah berpindah ke esofagus..aku berusaha merubahnya ke tempat asal..)..bukan tembakan mafia,tetapi tingkap rumah ku tertutup dgn begitu kuat..teringin je aku melipat2 housemate ku yg menutup tingkap dgn begitu kuat..tapi sangkaan ku rupanya salah,rupanya2 ribut melanda..seorang housemateku melompat terkezut akibat melihat pokok di luar rumah macam nak tumbang lalu menimpanya tanpa berikan peluang kepadanya untuk habiskan job di cuba..dgn tak semena2,dia pergi amik air sembahyang,lalu sembahyang zohor..aku amat ketakutan..rumah sewa aku yang disewa dgn harga rm 200 ringgit drpd makcik sebelah ni macam tak dapat menahan angin yg begitu kuat..zink dapur terangkat2..bila aku jenguk ke luar,keadaan nampak teruk sgt..habuk2 berterbangan..nampak seorang makcik berpayung sedang bersiar2..ape dia ingat ni ke waktu nak bersiar2..aku observe and analysis makcik tu sampai makcik relek tu hilang dari pandangan aku..bukan nak usha,tapi aku takut ape2 menimpa dia..kalau la dibuatnya pokok kelapa yang bertimbun kat kawasan tu tumbang..mesti dapat minum air kelapa muda petang tu..pergi beli ais kat cabang tiga..memang kaww..tapi selepas bawa makcik tu ke spital ntuk dibedah siasat la..selepas lbh kurang sejam,angin pun reda..aku bersyukur sebab rumah aku masih tak roboh..n tak de kemalangan jiwa berlaku terhadap housemate2ku..maknaya sewa rumah masih dpat dikekalkan kepada rm 40 seorang..

pagi ni..
kul 9.45,waktu yang amat dinanti2kan oleh kanak2 rebina seperti aku ni..iaitu resess time..melompat2 bagai histeria..terutama kawanku,jemi..maka berkonvoi la kami ke Lang buana(tempat makan yang paling mewah untuk budak2 maktab yang elaunnya cukup2 wat makan ni)..sampai di kedai abg mat air tea beng samah(50 sen),kedai abg mat tutup..iskk!!time2 aku lapar dan dahagakan air tea o beng samah ca ni la dia nak tutup kedai..kami pun berlalu dgn machonya tanpa mengambil tahu nape kedai abg mat tutup..

pada tgh harinya,aku lalu lagi la kawasan kedai abg mat..kali ni lalu ikut sebelah tepi kedai..dan tiba2..masyaAllahh..aku rebah tersembam..menyujud di jalan raya..(dah tengok tak de keta,baru rebah..)..rupa2nya kedai abg mat hensem air tea o beng samah dah ditimpa pokok..roboh teruk..!perasaan sedih menakhluki hati suci mulia aku ini..di sinila tempat aku mula mengenal erti apa itu air tea o beng samah..di sinila aku mula mengenal erti lepak2 di kedai kopi yg sebelahnya ade makcik kedai runcit yg selalu nak marah orang bila berniaga..di sinila aku mula mengenal makcik menjual nasik berlauk pagi yg suka menanyakan soalan2 peribadi ketika berniaga..contohnya..adik baru rehat ke??tadi subject ape??lapar ek??nak nasik ape??nak berapa??nak isi ke tulang??nak sambal??dah cukup??nak getah dua ke tiga??nak tambah ape2 lagi??masyaAllah..bubuh2 je la makcik..ada banyak lagi benda nak citer ni..tak siap gak post aku kali ni...

makcik:ok2..dah siap..


keadaan kedai abg mat hensem terlajak selepas ditimpa pokok..anaknya sedang meninjau2 kawasan dgn harapan terjumpa sarang burung yg dah lama di idaminya,tetapi tinggi..sekarang dah cecah tanah...

kebetulan di situ ada isterinya yg sedang mengemas kedainya yang dah roboh..jadi,dengan ala2 nas ahmad terjah orang tak tentu kala,menerjah isteri abg mat...tapi dgn cara sopan la..mulai dgn bagi salam..

aku:salam kak..
bini abg mat:wasalam dik..nak tea o beng samah ke??
aku:tak la kak..nak interview skit pasal kejadian semalam..
bini abg mat:masuk tv tak??melodi ke ni??rupa adik macam nash ahmad la..ade iras2 jalan raya yg belum siap..
aku:masuk blog je kak..
bini abg mat:kurang asam punya budak..tapi layan je la..
aku:akak,ca ne ni bleh tumbang pokok ni??penebang pokok amatur mane ni tebang pokok sampaikan roboh kedai kebanggaan pelajar ipkb..
bini abg mat:kebanggaan ke??poh3..sebenarnya ribut semalam dik..yg masa adik sedang bermafia tu,masa tu la..
aku:Ya Allah..dah tu tak de kemalangan jiwa ke??
bini abg mat:ade!!tapi tu semasa ops sikap XX la..kat sini tak de..
aku:melawak pulak ye..

jadi,kepada pelajar maktab yg baca blog aku ni,marila kita sama2 menolong abg mat membina semula kedainya itu..sekurang2nya derma seriyal dua pun dah tak pe..aku rasa tu je la mata keranjangnya..(mata pendapatan sebenarnya..)..sama2 kita doakan supaya kedai abg mat dapat dibuka semula dan air tea o beng samah dapat kembali bertakhta di mulut setiap pelajar maktab..aminnn..

ada berita terkini..
sedang aku menulis blog,aku terlihat berita di tv 3 mengenai keadaan di padang akibat gempa bumi..amat menyayat hati apabila melihat keadaan saudara di sana..beratus2 menemui ajal..bini menjadi balu..anak2 menjadi yatim..tangisan anak2 kecil yang amat menyayat hati..walaupun pelajar2 akademi fantasia juga menangis dgn bersungguh2 untuk meraih undi sms,tapi ianya tak sama..tangisan pelajar akedemi fantasia tu buatkan kaki aku rasa ringan2 je nak melekatkan dirinya di muka2 mereka dgn had laju sonic..tapi tangisan anak2 di padang buatkan aku dgn secepat mungkin sedakahkan alfatihah kepada mangsa Islam yang terkorban...

al-fatihah.....

sebagai umat Islam,keadaan ni amat membimbangkan..mungkinkah khiamat sudah dekat??bermacam2 malapetaka berlaku sekarang.darila pelbagai penyakit yg diturunkan hinggala bencana alam yang menimpa..apakah kita selalu mengundang kemarahanNya??selalu melupakan suruhanNya..selalu melakukan laranganNya??hmm..

7 comments:

MuHaMMaD86 said...

kie...mu dok usha mak cik 2 sbb mu tggu kain mak cik 2 terselak dek angin taufan ketsana kn...astafirullah...hahaha

kerana rumah sewa rumah dibina oleh batu batu yg keras dan spt bungalow...rumah aku mcm ok ja...aku rs selamat n rleks ja dok men internet...moral valuenya,jgn sewa rumah mcm rmh uto...hahaha


xdak la...kkdg Allah SWT datangkan ujian coz dia nk sdrkn kita yg srg alpa dgn hal2 dunia ni...igt 2

f!eZa said...

tsentap jap bc komen kt ats ni...
btol ke en zaki??

uto laut said...

eh..mane adee..tak terlintas pun di otak uto ni nak ngintai makcik tu..mak cik tu..makcik!!hormat la sikit nak ngintai pun..muhammad saje je tu gurau..dia bercakap berdasarkan pengalaman..hahhah..

zaid,jgn angkuh tau..dekat padang, yg mati2 tu di timpa konkrit la..hehe..ditimpa papan tak kedengaran lak..kecuali ditimpa pokok...hahhah..

f!eZa said...

hehe..sje test.. i noe you're good..

MuHaMMaD86 said...

sorri2...lawak je 2...

bertuah cik fieza dpt en zaki...hahaha

uto laut said...

hehe..hidup kalau tak de gurauan kdg2 membosankan..kan?cik fieza tau sebenarnya en muhammad gurau tu..hehheh...

uto laut said...

hehe..hidup kalau tak de gurauan kdg2 membosankan..kan?cik fieza tau sebenarnya en muhammad gurau tu..hehheh...